• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Netizen Sepakat Kumpul Derma Lunas Denda Lelaki Dijel Halang Konvoi TYT Sarawak

Oleh
Ismail NA
12 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

“Mereka bukan bomba atau ambulans (yang wajib diberi laluan),” – Aktivis

Netizen Sepakat Kumpul Derma Lunas Denda Lelaki Dijel Halang Konvoi TYT Sarawak. Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki telah dikenakan hukuman denda RM 10,000 serta penjara 12 hari atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam yang mengiringi konvoi Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak.

Isi Isi Penting
  • “Mereka bukan bomba atau ambulans (yang wajib diberi laluan),” – Aktivis
  • Gerakan proaktif dilancarkan oleh netizen di Twitter
  • “Bukannya kecemasan untuk hadiri perkara berkaitan hidup dan mati,” – Netizen
  • Bagi mereka yang ketinggalan tentang kes ini, anda boleh membaca lebih lanjut di sini:

Walau bagaimanapun, situasi yang menimpa lelaki berkenaan tidak disenangi oleh orang awam. Perkara ini mula disuarakan oleh pengguna di laman Twitter apabila lelaki ini tidak diberi pengurangan hukuman meskipun telah membuat permohonan kerana pihak pendakwa raya mahu beliau dikenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran.

Netizen Sepakat Kumpul Derma Lunas Denda Lelaki Dijel Halang Konvoi TYT Sarawak
Netizen Sepakat Kumpul Derma Lunas Denda Lelaki Dijel Halang Konvoi TYT Sarawak. Sumber : Twitter @sadhosays

Lelaki yang hanya mempunyai pendapatan kasar sebanyak RM 1,700 sebulan tersebut tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Gerakan proaktif dilancarkan oleh netizen di Twitter

Simpati dengan nasib yang menimpa, satu gerakan tabung derma dilancarkan oleh seorang aktivis, Tashny Sukumaran di laman Twitter. Beliau terus berhubung dengan isteri lelaki berkenaan dan memberitahu kepada orang ramai yang ingin membantu untuk menyumbangkan derma ikhlas ke akaun bank isterinya.

OKAY FOLKS HI! Spoke to his wife, Kak Badriah. She is really thankful people want to help her with the fine as it is a large amount. These are her details:

164258457777
Maybank
Siti Badriah (not including father’s name but have personally checked the account number).

— Tashny Sukumaran (@tashny) May 11, 2022

Di awal rajutan ciapan Tashny, beliau menggelarkan lelaki ini sebagai ‘hero’ dan menjelaskan kepada orang ramai bahawa orang awam tidak sepatutnya memberi laluan kepada pembuli jalan raya seperti pegawai pengiring TYT tersebut.

“Bukannya kecemasan untuk hadiri perkara berkaitan hidup dan mati,” – Netizen

Ciapan Tashny telah mendapat lebih 300 ulang ciap dan lebih 500 tanda suka.

Gerakan ini telah mendapat sokongan daripada netizen yang berharap agar keadilan dapat ditegakkan, terutamanya bagi golongan rakyat biasa yang sering tertindas apabila berdepan tindakan mahkamah.

Netizen Sepakat Kumpul Derma Lunas Denda Lelaki Dijel Halang Konvoi TYT Sarawak
Sumber: Twitter @tashny
Netizen Sepakat Kumpul Derma Lunas Denda Lelaki Dijel Halang Konvoi TYT Sarawak
Sumber: Twitter @tashny
Sumber: Twitter @tashny
Sumber: Twitter @tashny
Sumber: Twitter @tashny

Setakat jam 2.50 petang, sebanyak RM 8,475 telah didermakan oleh orang awam untuk membantu melunaskan denda yang dikenakan ke atas lelaki tersebut.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank isteri lelaki berkenaan seperti yang tertera di ciapan Tashny atau alternatif, akaun perniagaan Maybank adik ipar lelaki berkenaan seperti berikut.

Sumber: Twitter @tashny

Bagi mereka yang ketinggalan tentang kes ini, anda boleh membaca lebih lanjut di sini:

SUMBER :Twitter @tashny
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Puji JPJ Sarawak Tahan Pemandu Guna Laluan Motosikal Di Samarahan Netizen Puji JPJ Sarawak Tahan Pemandu Guna Laluan Motosikal Di Samarahan
Next Article Wajib Tahu! Ini Cara Untuk Anda Ganti Ayam Baru Di Kaunter KFC Kalau Tak Sedap

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?