• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching

Oleh
Ismail NA
29 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Fuh! Bukan budak-budak saja teruja, bapak budak pun terkesima tengok ni.

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching. Selalu tengok Ultraman Tiga dalam TV je kan, mesti anda tak sangka Ultraman Tiga ni sebenarnya boleh terbang dan boleh tengok depan-depan kan?

Isi Isi Penting
  • Fuh! Bukan budak-budak saja teruja, bapak budak pun terkesima tengok ni.
  • Penerbangan sulung Ultraman Tiga berjaya, memang nampak macam ‘real’
  • Bina sendiri guna bahan yang dibeli secara dalam talian bersama rakan
  • Berikut adalah binaan watak IT yang tidak menjadi yang turut dimuat naik oleh beliau di laman TikTok:
  • Watak Ultraman Tiga adalah permintaan majoriti pengikut TikToknya
  • “Cikgu RBT saya pasti bangga dengan abang,” – Netizen

Menerusi muat naik video di laman TikTok, seorang pemuda berasal dari Kuching, Rasz Malik telah membuat netizen kagum dengan binaan ultraman tiganya yang terbang di langit Kuching!

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching. Sumber: TikTok @Rasz_Malik

Video tersebut tular sebagai video ‘For You Page’ (FYP) dan kini telah mendapat sebanyak 2.5 juta tontonan dan mendapat lebih 4,000 komen.

Penerbangan sulung Ultraman Tiga berjaya, memang nampak macam ‘real’

Ultraman Tiga ciptaan Rasz itu telah diterbangkan di sekitar bangunan Baitul Makmur (Masja), Kuching. Sebelum ini, beliau pernah membuat cubaan untuk menerbangkan replika topeng karakter seram, IT, namun tidak berjaya.

Ultraman ini merupakan cubaan keduanya untuk menerbangkan binaan watak fiksyen dan disiarkan secara langsung di laman TikTok minggu lalu.

Rasz Malik, atau nama sebenarnya Muhamad Rasuli Malik ini memberitahu bahawa idea untuk menerbangkan Ultraman Tiga ini datang daripada pesawat udara kawalan jauh seperti yang ditunjukkan oleh penggemar di luar negara.

Bina sendiri guna bahan yang dibeli secara dalam talian bersama rakan

Untuk menghasilkan binaan yang berupaya terbang ini, ia mengambil masa selama 3 hari dengan menggunakan bahan-bahan yang dibeli secara dalam talian dan dibina bersama rakannya. Kebetulan, beliau mempunyai topeng Ultraman dan mencantikkan bahagian badan binaannya dengan pita pelekat berwarna merah dan biru.

Bahagian dada yang berkelip-kelip pula adalah binaan elektronik yang dibuat sendiri oleh Rasz bersama rakannya.

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Foto ihsan Rasz Malik via mStar

Berikut adalah binaan watak IT yang tidak menjadi yang turut dimuat naik oleh beliau di laman TikTok:

Watak Ultraman Tiga adalah permintaan majoriti pengikut TikToknya

Ujarnya anak kelahiran Kuching ini lanjut, watak Ultraman Tiga ini adalah berdasarkan undian majoriti pengikutnya di laman TikTok yang kini sudah mencecah lebih 100 ribu pengikut. Meskipun Ultraman ini boleh diterbangkan sejauh 40 kilometer dan selama 7 minit mengikut kelajuan, namun beliau tidak mahu mengambil risiko kehilangan Ultraman Tiga ini semasa pemanduan.

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Sumber: TikTok @Rasz_Malik
Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Sumber: TikTok @Rasz_Malik

Dalam masa yang sama, beliau juga tidak menyangka penerbangan Ultraman Tiganya itu mendapat perhatian yang meluas daripada netizen, bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia!

“Cikgu RBT saya pasti bangga dengan abang,” – Netizen

Menerusi ruangan komen di TikTok pula, rata-rata netizen berasa kagum dengan replika Ultraman Tiga yang diterbangkan oleh Rasz Malik ini. Malah, kebanyakannya juga memuji dengan skil teknikal yang dimiliki oleh Rasz untuk menghasilkan Ultraman Tiga ini sehingga ianya berfungsi dengan begitu baik sekali!

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Sumber: TikTok @Rasz_Malik
Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Sumber: TikTok @Rasz_Malik
Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Sumber: TikTok @Rasz_Malik
Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Sumber: TikTok @Rasz_Malik

Siap ada yang suruh buat raksasa sekali. Netizen ni memang macam-macam kan? Hehe. Layankan ajer laa..

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Sumber: TikTok @Rasz_Malik
Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Sumber: TikTok @Rasz_Malik
Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Sumber: TikTok @Rasz_Malik

Memang berbakat besar lah abang Rasz kita ni! Anda boleh mengikuti hobi pesawat udara kawalan jauh Rasz Malik di laman TikTok beliau di pautan @rasz_malik.

Selain Rasz, anak Sarawak ini juga memiliki bakat besar untuk menghasilkan Barbie berbusana tradisional Sabah Sarawak:

SUMBER :TikTok @rasz_malikmStar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen
Next Article "Apa Guna Letak Hon Kalau Tak Berani Pakai?" Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri ‘Apa Guna Hon Kalau Tak Berani Pakai?’ Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?