• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Niat Masak Makanan Kucing Bertukar Tragedi, Wanita Hamil 7 Bulan Melecur Disambar Api

Oleh
ILB - AI
5 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Niat Masak Makanan Kucing Bertukar Tragedi, Wanita Hamil 7 Bulan Melecur Disambar Api

Gara-gara hos gas bocor

Niat Masak Makanan Kucing Bertukar Tragedi, Wanita Hamil 7 Bulan Melecur Disambar Api. Seorang wanita melecur disambar api selepas hos yang disambung pada tong gas di kediamannya bocor ketika sedang memasak makanan untuk kucing peliharaannya.

“Punca kejadian hos gas bocor. Mungkin tak perasan. Lepas ni kena rajin check. Kalau boleh tong gas duduk luar lagi elok. Benda nak jadi. Gas pula dalam kabinet.

Niat Masak Makanan Kucing Bertukar Tragedi, Wanita Hamil 7 Bulan Melecur Disambar Api
Niat Masak Makanan Kucing Bertukar Tragedi, Wanita Hamil 7 Bulan Melecur Disambar Api. Kredit: Mstar

“Sebab tu pernah dengar bomba cakap bahaya gas dalam kabinet sebab pengudaraan terhad. Masa kejadian dia nak rebus ayam, bagi anak-anak bulus dia makan.

“Dia kuatkan api. Sekali tengah nak kuatkan, api sambar dari bawah. Pintu kabinet pun sampai terbuka. Lengan sampai siku, paha sampai bawah, rambut habis burn,” kata Zafirah Zainoddin, iaitu kakak kepada mangsa, Hatikah Zainoddin

Menurut Zafirah, mangsa yang sedang sarat hamil terpaksa mendapatkan rawatan di hospital manakala suaminya hanya cedera ringan.

Menerusi hantaran di Facebook, Zafirah turut memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan adiknya dan mengambil iktibar daripada kes itu.

“Memang masa awal-awal bawa dia ke kecemasan, kesian sangat. Dengan bawa perut (mengandung). Alhamdulillah Allah lindung dia suami isteri. Suaminya tak teruk sangat macam dia.

Niat Masak Makanan Kucing Bertukar Tragedi, Wanita Hamil 7 Bulan Melecur Disambar Api
Kredit: Mstar

“Jadikan pengajaran buat kita semua. Doakan adik kami Hatikah Zainoddin kuat menempuh tempoh penyembuhan luka daripada kesan terbakar.

“Adik sis ni mengandung tujuh bulan. Doktor cakap dia seorang yang kuat. Kesan terbakar pada tangan dan kaki dia, doktor cakap tujuh peratus,” ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, adiknya masih trauma selepas terlibat dalam kejadian itu dan kini tinggal di rumah ahli keluarga yang lain.

Niat Masak Makanan Kucing Bertukar Tragedi, Wanita Hamil 7 Bulan Melecur Disambar Api

“Dengan ubat tahan sakit tak boleh makan. Hanya boleh makan Panadol sahaja. Bisa (sakit) jangan cakap. Sis dengan dia daripada awal, sejak masuk zon merah sampai sekarang.

“Sekarang dia tengah trauma nak balik rumah sendiri pun tak nak. Duduklah dia di rumah Yayah, adik nombor dua. Sebelum ni kalau kakak-kakak nak makan apa, dia masakkan.

“Anak-anak buah request nak makan apa, dia buat. Lepas ni entah bila la dia nak masak lagi. Tak apalah, janji sihat. Doktor dan misi semua cakap dia kuat. Semua kesian. Sebab dia tengah sarat,” ceritanya lagi.

Baca lagi artikel menarik:

Padah Samun Wanita Di Tandas Pusat Beli Belah Di Kuching, Dua Remaja Lelaki Berjaya Diberkas
Mengemparkan Di Sarawak, Individu Serbu Rumah Pengamal Ilmu Hitam Di Serian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sesi YDP Agong Santuni Warga Sabah Sarawak, Ini Laluan Penuh Kembara Borneo Sesi YDP Agong Santuni Warga Sabah Sarawak, Ini Laluan Penuh Kembara Borneo
Next Article Kos Sara Hidup Tinggi Gaji Pula Rendah, Penari Kecewa Tak Terima Bayaran Setimpal

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?