• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nikmati Tawaran 3 Pakej Telco Yang Menarik Ini Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Oleh
Ismail NA
22 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Apa Lagi Gais?

Nikmati Tawaran 3 Pakej Telco Yang Menarik Ini Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Perintah kawalan pergerakan (RMO) menjadikan anda runsing dan gelisah kerana kehabisan data? Walau pun anda boleh membeli top-up dan membeli data melalui perkhidmatan dalam talian seperti biasa, namun dengan jumlah waktu senggang yang begitu banyak di rumah, adakah anda yakin pelan data biasa anda mampu menanggung jumlah penggunaan anda sepanjang 14 hari ini? Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan aplikasi penstriman seperti Netflix, iflix, dan permainan mobile seperti PUBG, Mobile Legend dan sebagainya.

Ini ada satu berita gembira untuk anda. Anda boleh menikmati tawaran telco yang menarik selama tempoh perintah kawalan pergerakan (RMO) oleh beberapa syarikat telco terkemuka negara. Ayuh kita lihat mana satu yang paling cun!

1. Celcom

Bagi pengguna telco Celcom, para pengguna akan menikmati faedah seperti berikut secara PERCUMA :

  • Whatsapp Tanpa Had (chat, panggilan suara dan video)
  • Akses tanpa had ke Microsoft Office 365
  • Panggilan ke Crisis Preparednes Response Centre (CPRC) & Movement Control Order Hotline
  • Melayari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat terkini
Nikmati Tawaran 3 Pakej Telco Yang Menarik Ini Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Nikmati Tawaran 3 Pakej Telco Yang Menarik Ini Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Bukan itu sahaja, sekiranya anda membuat isian semula kredit menggunakan e-wallet Boost melalui Celcom Life App, anda bakal memperolehi 10% cashback! Boleh buat modal untuk isian semula pada masa akan datang kan?

2. Unifi

Unifi pula merupakan rangkaian telco di bawah kendalian syarikat TM. Kali ini, mereka menawarkan pakej komplimentari yang cukup cun untuk para penggunanya yang menggunakan kaedah langganan postpaid.

  • PERCUMA Pass Hotspot LTE Sebanyak 999 GB untuk pengguna Postpaid
  • Data Tanpa Had Mingguan #BEBAS
Nikmati Tawaran 3 Pakej Telco Yang Menarik Ini Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

3. Digi

Tidak ketinggalan, ini pula pakej yang diumumkan oleh Digi semalam selepas kebanyakan pesaingnya mengumumkan tawaran kepada pelanggannya beberapa hari sebelum. ‘Keeping You Connected To What Matters’ katanya..

Berikut tawaran PERCUMA Digi kepada pelanggan setianya ;

  • Panggilan dan Data 1GB Kepada Pengguna Prepaid Setiap Kali Isian Semula
  • Data 1GB Harian Kepada Pengguna Postpaid
  • Learning Hours dengan JomStud
  • Panggilan ke Servis Kesihatan
  • Akses ke Laman Web Kesihatan
Nikmati Tawaran 3 Pakej Telco Yang Menarik Ini Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Jadi, anda pengguna telco yang mana satu? Tebus sekarang sebelum tempoh 14 hari berakhir. Rezeki jangan ditolak gaiss!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article #Patient136 Trending Di Malaysia, Netizen Dakwa Lelaki Ini Punca COVID-19 Gelombang Kedua
Next Article Bapa Lelaki Ini Sah Positif COVID-19, Rayu Close Contact Di Kuching Samarahan Jalani Saringan Bapa Lelaki Ini Sah Positif COVID-19, Rayu Close Contact Di Kuching Samarahan Jalani Saringan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?