I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Noh Salleh dan Mizz Nina Sah Bercerai
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Noh Salleh dan Mizz Nina Sah Bercerai

Last updated: 04/08/22 10:53 PM
Nur Afifah
Kongsi
2 Min Bacaan
Kongsi

Doa yang baik-baik sahaja buat mereka.

Noh Salleh dan Mizz Nina Sah Bercerai. Menerusi sebuah muat naik terkini gambar di Instagram Mizz Nina atau nama penuhnya, Shazrina Azman, beliau sendiri mengesahkan bahawa perkahwinannya dengan vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh telah pun dibubarkan.

Berita perceraian ini nyata mengejutkan ramai pihak kerana pasangan ini dilihat begitu serasi menjalani kehidupan rumah tangga, apatah lagi proses penghijrahan Mizz Nina juga berlaku sewaktu beliau sudah bergelar isteri kepada penyanyi berkenaan.

Noh Salleh dan Mizz Nina Sah Bercerai
Noh Salleh dan Mizz Nina Sah Bercerai. Sumber: IG @officialmizznina

Berpisah selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga

Menurut Mizz Nina melalui ucapan di Instagramnya, beliau dan bekas suaminya telah mencapai kata sepakat untuk membawa haluan masing-masing setelah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun. Selama tempoh tersebut, Mizz Nina bersyukur kerana telah diizinkan untuk melalui kehidupan yang indah serta penuh kenangan pahit dan manis bersama Noh.

Meskipun demikian, perceraian tersebut adalah dengan cara baik dan Mizz Nina menjelaskan bahawa mereka kini masih berkawan dan mendoakan kesejahteraan hidup masing-masing.

Tambahnya lanjut, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah mempunyai perancangan yang lebih baik.

Noh Salleh dan Mizz Nina Sah Bercerai
Gambar keluarga Noh Salleh, Mizz Nina bersama anak mereka, Musa. Kredit: IG @officialmizznina

Dalam pada masa yang sama, Mizz Nina memohon agar orang ramai menghormati privasi mereka berdua sepanjang tempoh Iddah yang kini sedang berlangsung serta memohon doa orang ramai. Mizz Nina juga menggesa agar orang ramai tidak menyebarkan spekulasi yang akhirnya akan menimbulkan fitnah.

Tiada sebarang kenyataan daripada Noh Salleh

Meninjau di ruangan media sosial Noh Salleh pula, penyanyi kelahiran Miri Sarawak itu tidak memuat naik sebarang kenyataan berkenaan perceraian tersebut.

Tempoh hari, Noh Salleh menafikan pertanyaan wartawan tentang berita keretakan rumah tangganya dan menempelak kembali wartawan hiburan Malaysia dengan mengatakan bahawa mereka semua sudah kena terpedaya (dengan berita palsu).

Apa-apa pun, marilah kita mendoakan yang baik-baik sahaja buat kehidupan mereka berdua.

Ini pula lain ceritanya:

Nur Afifah 4 Ogos 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Rupanya Rahsia Cuci Bekas Berminyak Tanpa Tinggalkan Kesan Licin
Next Article Bukan Sahaja Menu Yang Enak, Siap Boleh OOTD Lagi! Jom Ke Prairie Cafe & Grill Di Kuching Bukan Sahaja Menu Yang Enak, Siap Boleh OOTD Lagi! Jom Ke Prairie Cafe & Grill Di Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?