• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Norma Baharu, Berapa Banyak Aplikasi Yang Anda Perlu Muat Turun?

Oleh
ILB - AI
20 Mei 2020
Kongsi
7 Min Bacaan

Entah mengapa aplikasi aplikasi ini tidak dapat disatukan sahaja ya?

Norma Baharu, Berapa Banyak Aplikasi Yang Anda Perlu Muat Turun? Dengan keadaan vaksin yang masih belum ditemui, mestilah norma baharu merupakan satu gaya hidup terkini yang perlu kita hadapi. Norma baru juga bermakna keadaan bukanlah kembali seperti normal, ianya lebih menjurus ke arah gaya dan cara baru yang perlu diterapkan dalam kehidupan kita.

Isi Isi Penting
  • Entah mengapa aplikasi aplikasi ini tidak dapat disatukan sahaja ya?
  • 3 aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan
  • 1. Aplikasi GERAK MALAYSIA
  • 2. Aplikasi MyTrace
  • 3. Aplikasi MySejahtera
  • Kerajaan Sarawak juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan aplikasi mereka sendiri
  • Untuk pendaftaran masuk ke premis pula, pelbagai inisiatif, aplikasi natif dan aplikasi web dibina
  • Keberkesanan aplikasi pengesanan kontak menjadi debat seluruh dunia

Dari mengamalkan penjarakan sosial sehingga ke pendaftaran masuk ke premis premis perniagaan, begitulah norma baharu yang kita terpaksa tempuhi bagi memastikan diri kita selamat dari jangkitan pandemik terbaru ini.

Dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 ini juga, banyak inisiatif dijalankan. Teknologi terkini dimanfaatkan secara terus bagi memudahkan pengesanan kontak, pergerakan dan sebagainya. Namun begitu, hasilnya pula adalah lambakan aplikasi yang perlu dimuat turun dan kebanyakan aplikasi ini memakan memori telefon dan juga memerlukan kebenaran bluetooth, gps dan sebagainya.

3 aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan

Untuk tujuan pengesanan kontak, memantau permohonan pergerakan dan juga self assesment untuk gejala COVID-19, 3 Aplikasi dibangunkan dan didaftarkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

1. Aplikasi GERAK MALAYSIA

Norma Baharu, Berapa Banyak Aplikasi Yang Anda Perlu Muat Turun?
Norma Baharu, Berapa Banyak Aplikasi Yang Anda Perlu Muat Turun?

Aplikasi GERAK MALAYSIA di dalam penerangan aplikasi tersebut menyatakan kegunaannya sebagai sebuah aplikasi pengesanan kontak. Untuk permohonan perjalanan antara negeri, rakyat Malaysia perlu memohon kebenaran melalui aplikasi ini dan kebenaran akan dimaklumkan juga melalui aplikasi ini dan KOD QR untuk pengesahan akan dihasilkan.

Muat turun aplikasi GERAK MALAYSIA :

– GERAK MALAYSIA ANDROID
– GERAK MALAYSIA APPLE

2. Aplikasi MyTrace

Norma Baharu, Berapa Banyak Aplikasi Yang Anda Perlu Muat Turun?

Aplikasi MyTrace juga difahamkan adalah sebuah aplikasi pengesanan kontak rapat namun ianya mempunyai penjelasan yang lebih jelas dengan menyatakan ianya menggunakan teknologi bluetooth untuk berfungsi.

Secara ringkasnya, apabila 2 individu yang mempunyai aplikasi ini bertemu, fungsi bluetooth pada aplikasi ini akan mengaktifkan fungsi untuk mencatat dan bertukar rekod kedua dua individu tersebut telah bertemu. Sekiranya salah seorang daripada 2 individu tersebut disahkan positif COVID-19, individu yang lain dapat dikesan dengan mudah kerana ada rekod pertemuan di dalam aplikasi MyTrace.

Data pertemuan disimpan di dalam telefon pintar anda, dan hanya perlu dimuat naik sekiranya diperlukan dengan arahan pihak berkuasa. Aplikasi ini kini boleh dimuat turun untuk pengguna peranti android, tapi untuk pengguna apple IOS pula ianya masih mempunyai isu kebenaran dari pihak apple.

Dengan pelaksanaan PKPB, sangat penting kita mempunyai kebolehan untuk melaksanakan pengesahan kontak rapat & contact tracing. MyTrace dibangunkan untuk melaksanakan pengesahan kontak rapat melalui teknologi Bluetooth. pic.twitter.com/KeAG0gHovt

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 3, 2020

Muat turun aplikasi MyTrace di pautan di bawah :

– MyTrace Android

3. Aplikasi MySejahtera

Norma Baharu, Berapa Banyak Aplikasi Yang Anda Perlu Muat Turun?

Aplikasi MySejatera pula merupakan sebuah aplikasi yang membenarkan pengguna melakukan pemeriksaan kendiri terhadap mereka dan keluarga untuk sebarang gejala yang berkaitan dengan COVID-19.

Pengguna juga boleh memantau kesihatan mereka sepanjang pandemik COVID-19 ini. Aplikasi ini juga membenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memantau keadaan kesihatan pengguna dan mengambil langkah segera dalam menyediakan rawatan.

Kini, aplikasi MyTrace dan MySejahtera telah dihubungkan antara satu sama lain, namun pengguna masih perlu untuk memuat turun dan daftar masuk kedua dua aplikasi ini.

Kerajaan Sarawak juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan aplikasi mereka sendiri

Kerajaan Sarawak Bina COVIDTRACE, Aplikasi Pengesanan Kontak Rapat COVID-19

Baru baru ini, Kerajaan Sarawak juga mengeluarkan aplikasi pengesanan kontak mereka sendiri, aplikasi yang diberi nama COVIDTrace kini telah boleh dimuat turun oleh pengguna peranti android dan juga apple.

Fungsi COVIDTrace pula adalah sama seperti MyTrace.

Muat turun aplikasi COVIDTrace :
– COVIDTrace Android
– COVIDTrace Apple

Sarawak juga memperkenalkan gelang QR code yang dipasang pada setiap individu yang masuk ke Sarawak dan juga individu yang dikuarantin. Namun difahamkan gelang tersebut bukanlah mempunyai fungsi elektronik dan ianya hanya lebih kepada ‘penanda’ seseorang itu sepatutnya dalam kuarantin.

Untuk pendaftaran masuk ke premis pula, pelbagai inisiatif, aplikasi natif dan aplikasi web dibina

Di Sabah dan Selangor, mereka mempunyai aplikasi web yang mudah iaitu SabahTrace dan juga SELANGKAH , kesemua premis perniagaan di negeri negeri tersebut hanya perlu mendaftar perniagaan mereka di laman web yang berkenaan dan mencetak KOD QR. Pengguna pula hanya perlu scan KOD QR tersebut dan mengisi data seperti No Telefon dan Nama Penuh untuk tujuan rekod dan pengesanan.

Manakala, di kawasan Majlis Bandaraya Kuching Utara pula ada aplikasi QMUNITY, di mana ia datang dalam bentuk aplikasi yang boleh dimuat turun atau boleh juga diakses terus melalui aplikasi web iaitu qmunity.app . Pengguna perlu mendaftar nama, no kad pengenalan dan no telefon mereka di dalam aplikasi tersebut dan menggunakan aplikasi tersebut untuk memasuki premis premis perniagaan yang terletak di Majlis Bandaraya Kuching Utara.

Keberkesanan aplikasi pengesanan kontak menjadi debat seluruh dunia

Aplikasi pengesanan kontak bukanlah satu teknologi ‘rocket science’ kerana anda juga boleh membina aplikasi ini hanya dengan menggunakan source code sedia ada yang dikongsi di laman github di bawah projek Bluetrace.

Namun begitu, kebersanan aplikasi seperti ini menjadi satu debat di serata dunia kerana ianya hanya efektif sekiranya pengguna aplikasi itu mencapai satu angka yang cukup. Menurut pakar, keberkesanan aplikasi ini hanya akan efektif sekiranya 40%-60% dari keseluruhan rakyat menggunakan aplikasi ini. Sekiranya hanya 20% penduduk menggunakannya maka secara matematik, kebersanan dalam mengesan hanyalah 4%.

Di Australia, Singapura dan United Kingdom mereka juga mempunyai isu dan persoalan yang sama, sejauh mana keberkesan dan bagaimana untuk mendapatkan jumlah pengguna yang mencukupi. Belum lagi isu keselamatan data dan sebagainya lantas ianya terus menjadi persoalan.

Harus difikirkan juga, mengapa tidak dibina satu aplikasi untuk semua yang memudahkan dan menjimatkan ruang memori pada peranti peranti. Maklumlah, tidak semua orang mampu mempunyai telefon pintar dengan kapasiti 128GB kan?

Anda sudah muat turun semua aplikasi ini? Apa pendapat anda? Jangan lupa kongsikan pendapat anda di ruang komen!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guna Alasan 'Prank', Pembuli Budak Lelaki Yang Tular Di Indonesia Berdepan Penjara 3 Tahun Guna Alasan ‘Prank’, Pembuli Budak Lelaki Yang Tular Di Indonesia Berdepan Penjara 3 Tahun
Next Article 2 Minggu Tanpa Kes Baharu, Kota Samarahan Kini Kawasan Hijau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?