I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai ‘Asal Usul’ Kadazan-Dusun
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai ‘Asal Usul’ Kadazan-Dusun

Oleh Kedung BK 15 Oktober 2022
Kongsi
10 Min Bacaan
Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun

Merupakan tapak yang secara tradisinya dianggap sebagai ‘tempat asal’ Kadazan Dusun

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai ‘Asal Usul’ Kadazan-Dusun. Hampir semua suku asli di Borneo mempunyai cerita asal-usul mereka dan setiap satunya sangat menarik.

Bagi kaum Kadazan-Dusun, salah satu cerita rakyat mereka yang paling popular ialah mitos asal usul mereka. Menurut mitologi mereka, semua suku kaum dipercayai berasal dari satu tempat iaitu Nunuk Ragang.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai ‘Asal Usul’ Kadazan-Dusun

Nama berasal dari perkataan pokok kayu ara dan ‘merah’

Legenda Nunuk Ragang menceritakan tentang asal-usul orang Kadazan-Dusun. Menurut legenda, penduduk Nunuk Ragang merupakan nenek moyang masyarakat Kadazan-Dusun.

Perkataan ‘Nunuk Ragang’ berasal daripada dua perkataan yang bermaksud pokok kayu ara dan ‘merah’ – kedua-dua perkataan itu bermaksud pokok kayu ara berwarna merah.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Malay Wiki

Secara zoologi, pokok sebegini tidak wujud dan nama ini telah menyumbang kepada misteri asal usul perkataan tersebut.

Tambahan lagi, terdapat beberapa variasi mengenai mitos ini namun asasnya masih serupa.

Bermula dengan sepohon pokok ara merah besar

Kisahnya bermula beribu tahun dahulu, sebelum kewujudan manusia di Nunuk Ragang. Pada masa itu, terdapat sebatang pokok besar, di mana saiznya terlalu besar. Pokok tersebut, yang dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan lain, menonjol kerana ia adalah yang terbesar daripada mereka semua.

Saiz pokok tersebut juga membolehkan haiwan lain menggunakannya sebagai tempat perlindungan. Ia dipercayai haiwan-haiwan yang tinggal di sekelilingi pokok itu bersaiz raksasa dan salah satu haiwan yang tinggal di pokok itu adalah seekor ayam jantan.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Reference

Ayam jantan gergasi itu dikatakan sangat besar, sebesar seekor lembu dan aa dianggap sebagai raja kepada semua haiwan di Nunuk Ragang.

Ia sudah menjadi perkara biasa untuk melihat ayam itu mengais tanah untuk mencari tanah. Pada suatu hari, ayam tersebut mengais tanah umpama mencari sesuatu di dalam tanah dan akhirnya, muncul seorang pemuda lelaki.

Walaupun manusia pertama muncul, ayam jantan itu tidak berhenti, ia terus mengais tanah sehinggalah muncul seorang lagi manusia kedua, kali ini pula seorang gadis yang sangat cantik.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Gambar sekadar hiasan.

Melahirkan generasi manusia seterusnya

Oleh kerana tiada manusia pada masa itu, ayam jantan sakti itu memutuskan untuk mengambil dua orang manusia ini dan mengajar mereka cara hidup di dalam hutan.

Apabila kedua-dua pemuda itu semakin besar, mereka berkahwin dan mewujudkan keluarga mereka sendiri, dan akhirnya generasi yang lebih baru. Sejak itu, lokasi Nunuk Ragang dipenuhi dengan penduduk.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Borneo Today

Bagi memenuhi permintaan penduduk yang tinggal di Nunuk Ragang, pemuda lelaki berkenaan dilantik oleh ayam jantan sakti itu untuk menjadi ketua kampung. Ia dikatakan apabila pemuda itu menjadi penghulu, kampung itu menjadi makmur.

Dengan lokasinya yang strategik berhampiran sungai, Nunuk Ragang semakin bertambah makmur apabila penduduk kampungnya belajar bercucuk tanam dan sungai itu juga menjadi sumber pendapatan penduduk kampung Nunuk Ragang.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Gambar sekadar hiasan. Sumber: VOD

Penyakit yang tidak diketahui menimpa Nunuk Ragang

Kampung yang berkembang maju itu akhirnya mengalami keruntuhan apabila sebuah penyakit yang tidak diketahui melanda penduduk kampung.

Penyakit tersebut, yang dikenali sebagai ‘Ragang Tie’ yang bermaksud wabak tahi merah, menyebabkan penduduk kampung mula mengalami sakit yang lama dan juga kematian di kalangan mereka.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Gambar sekadar hiasan.

Sementara itu, sumber asli mereka juga mula berkurangan kerana penyakit itu turut memusnahkan apa sahaja yang ditanam penduduk kampung, termasuk ikan dalam sungai mati satu per satu. Perkara ini turut menyebabkan penduduk kampung tidak mempunyai apa-apa makanan.

Akibat kerosakan yang diakibatkan oleh penyakit Ragang Tie, penduduk kampung mengambil keputusan untuk berhijrah keluar dari Nunuk Ragang ke seluruh Sabah, yang memulakan mitos bagaimana orang Kadazan Dusun berhijrah.

Masih ada yang memilih untuk tinggal di kampung

Meskipun kebanyakkan penduduk kampung berhijrah keluar dari Nunuk Ragang, masih terdapat segelintir penduduk yang memilih untuk menetap di Nunuk Ragang dan berusaha untuk tinggal di sana sebaik mungkin.

Ia diikatakan apabila tiba musim, penduduk kampung cuba bercucuk tanam semula. Pada masa ini, mereka mendengar suara yang datang dari tanah dan memaklumkan kepada penghulu. Atas arahan penghulu mereka, penduduk kampung menggali tanah sehingga menemui sebuah lubang besar.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Gambar sekadar hiasan.

Dari jauh, penduduk kampung dapat mendengar suara manusia dari lubang itu bercakap dengan kuat dan kasar. Penduduk kampung itu juga melihat manusia dari lubang terbabit, yang semuanya kelihatan sangat garang, menduduki setiap sudut di bawah tanah.

Oleh kerana mereka berada di bawah tanah, penduduk kampung memanggil mereka ‘orang bawah tanah’. Disebabkan orang bawah tanah ini juga manusia, penghulu Nunuk Ragang cuba berkomunikasi dengan mereka untuk membina hubungan dengan meminta untuk berjumpa dengan ketua mereka.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Gambar sekadar hiasan.

Namun, mereka dihina oleh orang bawah tanah kerana mereka percaya bahawa Nunuk Ragang telah pun dicemari dengan Ragang Tie dan mereka tidak mahu penduduk kampung tinggal bersama mereka di bawah tanah.

Golongan orang bawah tanah ini membenci penduduk kampung Nunuk Ragang sehingga mereka akan meninggalkan rumah bawah tanah mereka semata-mata untuk menimbulkan kekacauan di Nunuk Ragang.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Gwent.Pro

Kejadian ini dipercayai menjadi punca penduduk kampung Nunuk Ragang yang masih tinggal mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain di Sabah.

Sebaik sahaja penduduk asal meninggalkan Nunuk Ragang, golongan orang bawah tanah ini mula menduduki tempat berdekatan dengan Nunuk Ragang, yang dipanggil Tampias.

Disumpah Dewa Tanah kerana sering menimbulkan kerosakan di muka bumi

Orang bawah tanah ini dipercayai manusia biasa tetapi dikatakan disumpah sebagai hukuman oleh Dewa Tanah. Ia dipercayai mereka disumpah kerana ketika mereka masih hidup di atas tanah, mereka dikatakan memusnahkan alam sekeliling serta menyebabkan kerosakan di mana sahaja mereka berada.

Meskipun hidup di bawah tanah akibat sumpahan, hati mereka masih dipenuhi dengan dendam. Malah, mereka menjadikan keutamaan untuk membunuh penghulu dan ayam jantan sakti Nunuk Ragang.

Oleh itu, bagi memastikan keselamatan penghulu tersebut, ayam jantan sakti itu menerbangkannya dan penduduk kampung Nunuk Ragang ke kawasan tinggi yang tanahnya berlumpur – lokasi baharu ini dipercayai Ranau, yang bermaksud ‘lumpur’.

Dari sinilah sisa-sisa penduduk Nunuk Ragang ‘merasmikan’ Ranau dan mereka hidup dengan aman dalam tempoh yang agak lama. Walau bagaimanapun, ini masih tidak mencukupi untuk menjauhkan mereka daripada orang bawah tanah – yang akhirnya pergi ke Ranau untuk menjejaki penghulu mereka dan ayam jantan sakti itu.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Sumber: IddinMcorneR

Berpindah lagi untuk keselamatan

Sebelum orang bawah tanah tiba di Ranau, ayam jantan sakti itu dapat mengesan motif mereka dan memindahkan penghulu itu semula ke Tambunan. Bagi orang bawah tanah yang akhirnya tiba di Ranau, kerana mereka gagal mencari penghulu terbabit, mereka akhirnya berasimilasi dengan penduduk kampung Nunuk Ragang yang masih tinggal dan menduduki Ranau juga.

Akhirnya, orang bawah tanah berjaya mengesan keberedaan penghulu itu dan sekali lagi pergi ke Tambunan. Mengesan bahawa mereka sedang menuju ke Tambunan, ayam jantan sakti itu sekali lagi memutuskan untuk memindahkan penghulu itu.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Sumber: zh.m.wikipedia.org

Kali ini pula, mereka melantik seorang penghulu lain untuk mengetuai penghuni Tabunan sebelum berlepas. Penghulu ini dinamakan ‘Gombunan’ dan dipercayai Tambunan dinamakan sempena namanya.

Sepanjang masa, orang bawah tanah berusaha mengejar penghulu asal Nunuk Ragang tetapi tidak berjaya. Pada masa ini, ayam jantan sakti dan si penghulu telah pun berpindah randah seluruh Sabah.

Dijadikan lokasi pilgrimage untuk masyarakat Kadazan-Dusun

Setelah sekian lama, akhirnya ayam jantan sakti itu meninggal dunia akibat sakit tua, diikuti penghulu tersebut.

Selepas pemergian kedua-dua mereka, orang bawah tanah menyerah kalah dengan pencarian mereka dan akhirnya berasimilasi dan tinggal bersama penduduk asal Nunuk Ragang yang masih tinggal di Sabah sehingga hari ini.

Kini, terdapat sebuah struktur gergasi yang kelihatan seperti potongan pokok ara merah, dipercayai telah dimusnahkan oleh orang bawah tanah.

Sebuah monumen telah dibina di sekitar kawasan itu dan Hari Nunuk Ragang, yang ditetapkan pada hari Ahad pertama bulan Julai, adalah hari masyarakat Kadazan-Dusun akan berziarah ke tempat ini untuk memperingati asal usul mereka.

Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun
Sumber: Komuhakan Movement

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Next Article 8 Tempat Makan Best Di Miri Times Square Yang Anda Harus Kunjungi

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?