• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Orang Awam Cemas Bantu Dua Kanak-Kanak Ditinggalkan Dalam Kereta Di Miri

Oleh
Aina Musa
22 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Orang Awam Cemas Bantu Dua Kanak-Kanak Ditinggalkan Dalam Kereta Di Miri

Orang awam terpaksa goncang kereta

Orang Awam Cemas Bantu Dua Kanak-Kanak Ditinggalkan Dalam Kereta Di Miri. Sebuah kejadian mengejutkan berlaku di Miri, Sarawak, apabila seorang bapa dikesan meninggalkan anaknya bersendirian di dalam sebuah kenderaan. Video yang dirakamkan dan dikongsikan di laman Facebook Miri Community pada Khamis telah menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi negatif dalam kalangan warga maya.

Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki yang memakai seragam sekolah berwarna hijau dibiarkan dalam sebuah kereta berhadapan sebuah pejabat pos.

Orang Awam Cemas Bantu Dua Kanak-Kanak Ditinggalkan Dalam Kereta Di Miri. Sumber: Facebook

Walaupun penghawa dingin kereta dihidupkan, namun masih tidak dapat dipastikan berapa lama kanak-kanak tersebut dibiarkan dalam keadaan berseorangan di dalam kenderaan.

Keadaan bertambah tegang apabila orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba mengetuk tingkap kereta tersebut sebagai usaha untuk membangunkan kanak-kanak tersebut.

Namun, tindak balas dari kanak-kanak tersebut tidak kelihatan sehingga ada individu yang terpaksa menggoncang kereta tersebut untuk memastikan keselamatannya.

Difahamkan bahawa bapa kanak-kanak tersebut pergi ke dalam pejabat pos untuk menyelesaikan urusannya sementara anaknya dibiarkan dalam kenderaan.

Kejadian ini telah mencetuskan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan warga maya yang menganggap tindakan bapa tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

Baca lagi artikel menarik:

Ugut Bunuh Nenek, Remaja Diperintah Berkelakuan Baik, Kekasih Dipenjara 8 Bulan Di Kuching
Pemandu E-Hailing Dari Sibu Rugi RM11,600 Tertipu Dengan Kawan Lama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Antara Lukisan Akvarel Terbesar Di Malaysia Hasil Karya Seniman Dari Lundu Antara Lukisan Akvarel Terpanjang Di Malaysia Hasil Karya Seniman Dari Lundu
Next Article Lelaki Ini Ditahan Gara-Gara Miliki 16 Senjata Tiruan Di Lahad Datu Lelaki Ini Ditahan Gara-Gara Miliki 16 Senjata Tiruan Di Lahad Datu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?