• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Anjur Parti Liar Semasa PKP, Pusat Hiburan Di Kuching Berserta Pelanggan Dikompaun RM 71K

Oleh
Ismail NA
9 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Pusat hiburan tersebut terletak di Jalan Canna.

Padah Anjur Parti Liar Semasa PKP, Pusat Hiburan Di Kuching Berserta Pelanggan Dikompaun RM 71K. Umum mengetahui bahawa orang ramai tidak dibenarkan keluar selepas jam 10 malam sewaktu musim PKP ini. Walau bagaimanapun, arahan tersebut nampaknya diingkari oleh segelintir individu apabila mereka berani menganjurkan parti liar di sebuah pusat hiburan di Kuching, malam tadi.

Isi Isi Penting
  • Pusat hiburan tersebut terletak di Jalan Canna.
  • 14 individu dikompaun RM 1,500, pemilik dikompaun RM 50,000
  • Tiga daripada suspek pula didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Suspek positif dadah ini turut disiasat di bawah Seksyen 39A(2) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952
  • Baca juga :

Pusat hiburan tersebut yang terletak di Jalan Canna, Kuching malam tadi didapati menganjurkan sebuah parti liar. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahmson Bajah. Hasil maklumat yang didapati pada sekitar jam 10.30 malam, sepasukan polis khas yang diketuai oleh ASP Sayuti Hamid lantas membuat serbuan ke pusat hiburan tersebut dan menemui sekumpulan individu yang sedang asyik berhibur di pusat hiburan tersebut.

14 individu dikompaun RM 1,500, pemilik dikompaun RM 50,000

Melalui serbuan itu juga, seramai 14 individu telah dicekup dan dikenakan kompaun sehingga jumlah terkumpul RM 21,000. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 orang adalah lelaki warga tempatan, 2 wanita termasuk seorang warganegara China. Kesemua mereka ditemui berhibur dalam sebuah bilik khas.

Padah Anjur Parti Liar Semasa PKP, Pusat Hiburan Di Kuching Berserta Pelanggan Dikompaun RM 71K
Padah Anjur Parti Liar Semasa PKP, Pusat Hiburan Di Kuching Berserta Pelanggan Dikompaun RM 71K.
Serbuan pihak polis di premis hiburan semalam. Sumber : Utusan Borneo

Setiap daripada mereka dikenakan kompaun sebanyak RM 1,500 di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pindaan 2021.

Tiga daripada suspek pula didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Suspek positif dadah ini turut disiasat di bawah Seksyen 39A(2) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952

Pemilik premis turut dikenakan kompaun dengan jumlah yang berlipat kali ganda lebih besar iaitu sebanyak RM 50,000 di bawah akta yang sama.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang mencurigakan atau aktiviti yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis yang berdekatan.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebar Berita Palsu Di Facebook Dakwa Vaksin COVID-19 Sarawak Hilang, Suspek Kini Diburu Polis
Next Article Lakukan Perbuatan Tak Senonoh Di Hadapan Adik Ipar Bawah Umur Dan Ibu Mertua, Lelaki Ditangkap Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?