• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Lari Dari Polis, Lelaki Patah Kedua-Dua Kaki Selepas Terjun Dari Tingkat Tiga

Oleh
Farisha
9 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Lelaki Lompat Dari Tingkat 3 Sebab Nak Lari Dari Polis — Akhirnya Patah Dua-Dua Kaki

Padah Lari Dari Polis, Lelaki Patah Kedua-Dua Kaki Selepas Terjun Dari Tingkat Tiga. Seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai mengalami kecederaan serius pada kedua-dua kakinya selepas bertindak nekad terjun dari bilik sewa di tingkat tiga sebuah bangunan kedai di Desa Ilmu, Kota Samarahan, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Supt Damataries Lautin, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi semasa pihak polis menjalankan serbuan berikutan laporan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di premis berkenaan.

Padah Lari Dari Polis, Lelaki Patah Kedua-Dua Kaki Selepas Terjun Dari Tingkat Tiga
Padah Lari Dari Polis, Lelaki Patah Kedua-Dua Kaki Selepas Terjun Dari Tingkat Tiga. Sumber foto: Borneo Post

Tindakan panik yang membawa padah

“Selepas mengetuk pintu beberapa kali, anggota kami terdengar bunyi dentuman kuat dari luar bangunan, disusuli dengan jeritan orang awam yang memaklumkan bahawa seseorang telah terjun,” katanya dalam satu kenyataan, menurut laporan media tempatan.

Pihak polis segera ke lokasi dan menemui seorang lelaki duduk di tepi longkang dalam keadaan cedera. Mangsa mengalami kecederaan pada kedua-dua buku lali, lutut, serta luka pada tapak tangan akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri.

Sudah terlibat dengan dadah sejak 2023

Siasatan awal mendapati suspek berasal dari Kota Belud, Sabah, dan telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak awal tahun 2023.

Dia juga mengaku mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki yang dihubungi melalui telefon, dipercayai berada di sekitar Kampung Tanjong Bundong, namun identiti pembekal tersebut masih belum dikenal pasti.

Mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Kota Sentosa sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Disiasat bawah Akta Dadah Berbahaya

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Pihak polis juga sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan pembekal dadah yang dimaksudkan oleh suspek.

Tindakan melarikan diri bukan sahaja gagal menyelamatkan diri, malah membawa kepada kecederaan yang lebih parah. Pihak berkuasa menasihatkan orang awam agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan dadah dan segera melaporkan sebarang maklumat kepada polis.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lelaki Alami Kecederaan Pada Muka, Van Dinaiki Tiba-Tiba Terbakar Di Bintulu
Kebakaran Kecil Berlaku Di Taman Matang Jaya, Bomba Sahkan Punca Dari Power Bank
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemilik Stesen Minyak Dan Dua Pelanggan Ditahan Kerana Salah Guna Minyak Subsidi
Next Article Persembahan Pertama Kenny G Di Borneo Bakal Diadakan Di Sabah Julai Ini Persembahan Pertama Kenny G Di Borneo Bakal Diadakan Di Sabah Julai Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?