• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri

Oleh
Aina Musa
4 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri

Anak beranak bersekongkol seludup dadah

Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri. Polis merampas sejumlah dadah bernilai RM57,500 selepas menahan seorang ibu dan anak lelakinya dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Tudan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan ke atas wanita warga emas berusia 60 tahun dan anak lelakinya, 39 tahun.

Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri
Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri. Kredit: Facebook

Menurut Alexson, tangkapan sekitar 8.30 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sarawak.

Katanya, hasil serbuan tersebut telah menjumpai dan merampas satu kotak berwarna putih kebiruan dan dua beg plastik hitam.

Padah Seludup Dadah Bernilai RM145,978, Ibu Dan Anak Diberkas Polis Di Miri
Gambar hiasan

Hasil siasatan mendapati di dalamnya terdapat paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 287.50 gram bernilai RM57,500.

“Susulan tangkapan dan rampasan ini juga, turut disita sebuah motosikal jenama Benelli.

“Selain itu, beberapa utas barang kemas dan sejumlah wang tunai. Sitaan keseluruhan berjumlah RM88,478.

“Jumlah rampasan dan sitaan adalah RM145,978,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca lagi artikel menarik:

Budak 12 Tahun Disahkan ‘Tewas’ Selepas Warga Emas 70 Tahun Ramas ‘Anggota Bawah’
Usah Capai Telefon Bimbit Untuk Bayar Parkir, Syarikat Sarawak Pay&Go Kolaborasi Bersama Proton
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Usah Capai Telefon Bimbit Untuk Bayar Parkir, Syarikat Sarawak Pay&Go Kolaborasi Bersama Proton Usah Capai Telefon Bimbit Untuk Bayar Parkir, Syarikat Sarawak Pay&Go Kolaborasi Bersama Proton
Next Article Indonesia Dakwa Banjir Di Kalimantan Utara ‘Berpunca’ Dari Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?