• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pakar Beri Amaran Penyakit X Berbahaya, 20 Kali Lebih Berisiko Daripada Covid-19

Oleh
Aina Musa
28 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pakar Beri Amaran Penyakit X Berbahaya, 20 Kali Lebih Berisiko Daripada Covid-19

Ini pendapat pakar mengenai penyakit X

Pakar Beri Amaran Penyakit X Berbahaya, 20 Kali Lebih Berisiko Daripada Covid-19. Profesional penjagaan kesihatan di United Kingdom (UK) kini bersiap sedia untuk menghadapi pandemik baharu yang berpotensi dikenali sebagai ‘Penyakit X’ (Disease X).

Menurut pakar, virus baharu itu mungkin lebih dahsyat daripada Covid-19, dan mungkin mempunyai kesan yang sama seperti Selesema Sepanyol pada 1918-1920.

Pakar Beri Amaran Penyakit X Berbahaya, 20 Kali Lebih Berisiko Daripada Covid-19. Kredit: The Star

Mereka memberi amaran bahawa potensi pandemik baharu ini mempunyai kapasiti untuk mengakibatkan kematian 20 kali ganda lebih ramai berbanding Covid-19.

Profesional penjagaan kesihatan di United Kingdom (UK) kini bersiap sedia untuk menghadapi pandemik baharu yang berpotensi dikenali sebagai ‘Penyakit X’ (Disease X).

Menurut pakar, virus baharu itu mungkin lebih dahsyat daripada Covid-19, dan mungkin mempunyai kesan yang sama seperti Selesema Sepanyol pada 1918-1920.

Mereka memberi amaran bahawa potensi pandemik baharu ini mempunyai kapasiti untuk mengakibatkan kematian 20 kali ganda lebih ramai berbanding Covid-19.

Pandemik Covid-19 bermula pada 2020 dan meragut hampir tujuh juta nyawa di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggelarkan wabak seterusnya yang dijangkakan sebagai ‘Penyakit X’, dengan menyatakan bahawa ia mungkin sudah ‘dalam perjalanan’.

Menurut pakar kesihatan Dame Kate Bingham, yang mempengerusikan pasukan petugas vaksin UK pada 2020, Penyakit X mungkin mempunyai kapasiti untuk mengakibatkan kematian 20 kali ganda iaitu kira-kira 50 juta kematian, berbanding Covid-19.

Bercakap kepada Daily Mail, Bingham berkata, seluruh dunia perlu bersedia untuk memacu vaksinasi secara besar-besaran dan menyampaikan dos dalam waktu yang singkat.

“Bayangkan Penyakit X adalah berjangkit seperti campak dengan kadar kematian Ebola (67 peratus). Di suatu tempat di dunia, ia mereplikasi, dan lambat laun, seseorang akan mula berasa sakit,” katanya.

Pada masa ini, tiada vaksin yang diluluskan tersedia untuk ‘Penyakit X’.

Menekankan kepentingan saintis membangunkan koleksi vaksin prototaip yang berbeza untuk setiap keluarga virus yang memberi ancaman, Bingham berkata, hanya permulaan pada vaksin untuk virus maut boleh membantu menyasarkan ciri khususnya.

Menurut Bingham, sementara saintis telah mengenal pasti 25 keluarga virus merangkumi beribu-ribu virus individu, terdapat berjuta-juta virus lain yang masih belum ditemui, lapor Daily Mail.

Pakar kesihatan itu berkata, antara tindakan awal yang perlu diambil ialah memperuntukkan sumber kewangan yang diperlukan.

Baca lagi artikel menarik:

Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19
Gemar Makan Ayam Setiap Hari, Wanita Menghidapi Cyst Stage 3 Dan Hampir Operate RM30K
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gemar Makan Ayam Setiap Hari, Wanita Menghidapi Cyst Stage 3 Dan Hampir Operate RM30K
Next Article TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?