I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Pandang Rendah Suri Rumah, Wanita Miri Ini Disekolahkan Netizen
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pandang Rendah Suri Rumah, Wanita Miri Ini Disekolahkan Netizen

Oleh Kedung BK 13 Mac 2023
Kongsi
6 Min Bacaan
Pandang Rendah Suri Rumah, Wanita Miri Ini Disekolahkan Netizen

Kadang-kadang pilihan hidup kita adalah disebabkan keadaan hidup kita

Pandang Rendah Suri Rumah, Wanita Miri Ini Disekolahkan Netizen. Dalam kitaran kehidupan yang idealistik, orang akan melanjutkan pelajaran mereka dan akhirnya berpuas hati dengan pekerjaan yang baik yang membayar wang yang baik. Walau bagaimanapun, dapat difahami bahawa tidak ramai orang yang mempunyai keistimewaan untuk menjalani kehidupan itu.

Namun bagi wanita dari Miri ini, tindakannya memandang rendah wanita lain yang memilih untuk menjadi suri rumah dan tidak menceburi kerjaya mengundang kecaman netizen yang menganggap dirinya tidak sensitif untuk berbuat demikian.

Pandang Rendah Suri Rumah, Wanita Miri Ini Disekolahkan Netizen

Wanita ini perli wanita lain yang memilih untuk menjadi suri rumah

Catatan asal wanita itu dikongsi di Facebook oleh pengguna Beby Abby, yang mengecam wanita itu kerana memperlekehkan wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah dan tidak melanjutkan pelajaran atau kerjaya.

Dalam catatan asal oleh wanita itu, katanya, “aku rela bekerja dari duduk rumah. Lowclass betul ada anak je tapi takde kerja. Such low mindset. Awak jual barang yang tidak membuat awak kaya? Come on, pergi lanjutkan pelajaran dan adakan kerja bagus, sentiasa pergi melancong. Shame on you.”

Dia kemudian menyusuli dengan catatan lain yang berkata “apabila wanita tidak dapat menerima fakta bahawa mereka ni sebenarnya tidak malu dan tiada pekerjaan untuk membuat mereka bagus. Mereka cuma fokus kepada “tiada kerja tak apa, janji cantik.” Buat aku ketawa je.”

Kredit: FB Beby Abby

“Ingat keadaan orang yang tak seberuntung macam kita.”

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan wanita terbabit yang berlagak sombong dan memandang rendah orang lain kerana pilihan hidup mereka yang simple.

Ramai beranggapan bahawa mereka ini tidak mempunyai pilihan apabila keadaan hidup mereka menghalang mereka daripada melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Malah, ada juga yang berpendapat memilih untuk menjadi suri rumah bukanlah sesuatu yang memalukan, dan wanita tidak boleh dimalukan dengan pilihan mereka.

Kredit: FB Beby Abby
Kredit: FB Beby Abby

Tapi komen yang lebih menarik perhatian orang ramai adalah dari seorang wanita yang menceritakan kisah hidupnya yang bermula dengan hanya UPSR sebagai sijil tertinggi tetapi kini telah melakukan perkara yang lebih baik dalam hidup walaupun menghadapi beberapa cabaran.

“Saya cuba mencari FB awak tetapi nampaknya awak sudah memadamkannya, jadi ini sepatah dua kata dari saya. Saya berhenti sekolah pada usia 13 tahun kerana keluarga saya tidak mampu membiayai pelajaran saya. Jadi saya membuat kerja sebelum ini dengan hanya sijil UPSR. Pernah sekali ada orang memberitahu saya bahawa saya tidak akan mencapai apa-apa dalam kehidupan saya kerana saya tiada pendidikan, atau sijil, atau perniagaan atau melancong. Saya pernah berasa seperti itu pada suatu ketika.

Tetapi sekarang saya berusia 24 tahun, saya ada SKM Level 3 dalam Hotel Management dan saya pernah melancong ke 16 negara sebelum ini, saya pernah memperoleh RM100k setahun dan saya bercakap Bahasa Inggeris dengan baik walaupun saya tidak mempunyai sijil. Jadi kalau awak memanggil suri rumah ni ‘low class’, cuma duduk di rumah dengan anak dan tidak ada kerja, awak salah. Tiada salah jadi suri rumah dan membuat perniagaan kecil. Awak fahan keadaan ekonomi sekarang tidak seberapa jadi mereka membantu keluarga mereka, mencari cara lain untuk menampung. Itu tidak salah. Menjadi suri rumah ni bukan sesuatu yang mudah, perlu menghadap kerja rumah, anak, tekanan dan semua jenis kerja yang meletihkan. Menjadi suri rumah ni adalah sesuatu perkara yang membanggakan dan pekerjaan yang mencabarkan dalam dunia ini dan saya bangga dengan wanita yang boleh menjadi suri rumah, tetapi pada masa yang sama mereka membuat perniagaan sendiri untuk membantu keluarga mereka. Ini adalah satu pencapaian dan ia sesuatu yang kita harus banggakan.

Saya sedar bahawa pendidikan adalah penting, tetapi sikap juga memain peranan. Awak mungkin ada pendidikan tetapi sikap tiada. Itu lah kekurangan awak. Dan berkata tentang melancong, awak tak perlu ada pekerjaan bagus untuk melancong. Awak tak perlu kaya untuk melancong. Awak boleh menjadi pelajar atau suri rumah atau menganggur untuk melancong asalkan awak membuat simpanan. Awak dapat melancong ke mana-mana dengan hanya RM2k. Saya sendiri sudah melancong ke 16 negara, saya tahu berapa yang perlu.

Pendidikan awak sahaja tiada maknanya jika awak tidak berkelakuan seperti seorang yang berpendidikan. Tidak ada gunanya mempunyai pendidikan yang baik atau pekerjaan yang baik apabila awak tidak tahu cara melayan orang dengan cara yang baik.

Pada penghujung hari, sikap adalah segala-galanya. Saya sendiri pernah memperoleh lebih dari RM100k setahun sebelum ini, walaupun tidak berpendidikan tinggi. Jangan mempersoalkan kehidupan orang lain, cuma fokus kepada kehidupan awak sendiri. Hargai apa yang awak ada, berbuat baik kepada orang lain. Kena ingat, awak takkan berada di atas selama-lamanya.

Tiada istilah seperti ‘tidak malu’ atau ‘tiada pekerjaan’ yang membuatkan seseorang bagus. Awak boleh membuat apa-apa sahaja pekerjaan awak suka dalam kehidupan awak. Janji awak bersyukur dengan apa yang awak ada,”

ulas netizen.

Memang deep juga komen netizen ni. Bersama-sama lah kita bangkit dan tidak memandang rendah orang lain, tanpa mengira pilihan pekerjaan seseorang.

Lagi di sini:

‘Speechless’ Dibuatnya, Foodie Vlogger Ceddy Puji Keenakan Laksa Sarawak
Diikat Di Pagar Rumah Di Miri, Keadaan 2 Anjing Ini Buat Ramai Risau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Cipta Sejarah, Michelle Yeoh Wanita Asian Pertama Bawa Pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar Ke-95
Next Article Selepas Lebih 20 Tahun Beroperasi, Cawangan RHB Hentikan Operasi Di Tabuan Jaya Selepas Lebih 20 Tahun Beroperasi, Cawangan RHB Hentikan Operasi Di Tabuan Jaya

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?