#rapejokeisnotfunny.
Pandelela Dedah Jurulatih Buat Lawak Lucah Terlepas Dakwaan Rogol Kerana ‘Ada Kabel’. Dilaporkan, menerusi ciapan di akaun Twitter ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong, beliau mendedahkan bahawa pernah dibuli oleh seorang jurulatih selepas menegur sikap individu berkenaan yang sering membuat gurauan berbaur lucah.
Sebelum ini, beliau hanya boleh mendiamkan diri
Pandalela yang merupakan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu berkata bahawa, setiap kali jurulatih tersebut membuat lawak sedemikian, beliau hanya boleh mendiamkan diri atau pura-pura ketawa kerana bimbang dan berasa takut.
“Pernah sekali, tidak tahan, saya tegur dia, tetapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian, dia (jurulatih) buat (didakwa) kes rogol.
“Tetapi paling sedih, dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tetapi kami atlet tidak boleh buat apa, sebab ‘back up’ besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri,” kata beliau menerusi Twitter hari ini.
Keperluan pemimpin yang boleh membetulkan perkara yang salah
Oleh itu, Pandelela berkata, pengajaran yang boleh diambil daripada kisahnya itu adalah, keperluan pemimpin yang boleh membetulkan perkara yang salah dan bukannya menutup mata kepada ketidakadilan atau jenayah.
“Mereka yang dianiaya mesti bersuara! Suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu,” jelas beliau.
Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) October 21, 2021Gurauan yang berbaur lucah adalah salah dalam apa jua keadaan. Jika anda, rakan anda, mahupun terdapat individu yang anda kenali menjadi mangsa gangguan dan buli seksual, bersuaralah dan hentikan pelakunya dari terus mengulangi tindakan tersebut.
