• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Panggil Polis Guna Apple Watch, Wanita Ini Terselamat Selepas Dikubur Hidup-Hidup Oleh Suami

Oleh
ILB - AI
13 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Panggil Polis Guna Apple Watch, Wanita Ini Terselamat Selepas Dikubur Hidup-Hidup Oleh Suami

Wanita tersebut ditikam dan dikubur hidup-hidup oleh suaminya

Panggil Polis Guna Apple Watch, Wanita Ini Terselamat Selepas Dikubur Hidup-Hidup Oleh Suami. Dilaporkan seorang wanita terselamat apabila dia menggunakan Apple Watch untuk menghubungi polis selepas ditikam dan ditanam hidup-hidup oleh suaminya.

Sementara itu, Apple Watch mangsa juga telah menghantar pemberitahuan kecemasan kepada anak perempuannya dan rakannya menerusi telefon pintarnya ketika kejadian.

Panggil Polis Guna Apple Watch, Wanita Ini Terselamat Selepas Dikubur Hidup-Hidup Oleh Suami

Operator 911 mendengar kedengaran seorang wanita menjerit ketika menerima panggilan

Menurut laporan, mangsa, Yong Sook, 42 tahun, diserang dan ditumbuk oleh suaminya semasa pertengkaran hangat berhubung penceraian dan wang di Washington, Amerika Syarikat.

Suaminya didakwa mengikat tangan mangsa ke belakang dengan pita pelekat dan menutup mata, serta mengikat peha dan buku lali mangsa.

Gambar sekadar hiasan.

Selepas dia dikeluarkan dari bilik, mangsa menggunakan Apple Watchnya untuk menghubungi 911 kerana mulutnya ditutup.

Ketika menerima panggilan kecemasan itu, operator 911 dilaporkan mendengar seorang wanita menjerit dan dalam keadaan mulutnya ditutup lalu segera memberitahu polis.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: WNYC

Pada masa yang sama juga, telefon pintar mangsa telah menghantar pemberitahuan kecemasan kepada anak perempuannya dan rakannya daripada Apple Watch mangsa.

Suami mangsa kemudian memecah Apple Watch mangsa, namun panggilan kecemasan masih aktif. Rakaman panggilan kecemasan itu dilaporkan berakhir dengan suara seorang anggota polis memasuki rumah selepas bergegas ke rumah mangsa – tetapi mangsa telah diculik suami sebelum ketibaan pegawai polis.

Apple Watch mangsa telah menghantar pemberitahuan kecemasan kepada anak perempuan mangsa dan rakan mangsa ketika kejadian. Sumber: How-To-Geek

Dibawa ke kawasan terpencil dan ditikam suami

Suami mangsa telah memandu mangsa ke kawasan terpencil di dalam hutan di mana dia menikamnya di dada dan menanamnya hidup-hidup.

Namun, mangsa berjaya mengorek keluar dari ‘kubur’ nya dan berlari melalui hutan sebelum mencari bantuan.

Polis kemudian menemui suspek di dalam hutan, berhampiran kubur tersebut. Serpihan kaca dari Apple Watch mangsa turut ditemui pada pita pelekat yang ditemui di tempat kejadian.

Seramnya! Mujur wanita itu terselamat. Kisah ini adalah peringatan yang baik untuk kita melabur dalam jam tangan pintar (tak kisah jenama apa) agar sekiranya berlaku apa-apa, jam tangan kita boleh membantu menghantarkan isyarat kecemasan kepada kenalan kita dan pihak berkuasa.

SUMBER :METRO UK
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akibat Cemburu Buta, Lelaki Mabuk Tembak Kemaluan Suami Bekas Isteri Hingga Parah
Next Article Port Untuk Santapan Malam, The Tapak Satay Kajang Ini Menyajikan Menu Menarik Di Samarahan Port Untuk Santapan Malam, The Tapak Satay Kajang Ini Menyajikan Menu Menarik Di Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?