• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air

Oleh
Nazihah AN
15 Jun 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air

Kalau korang nak hidangan seafood yang fresh dari laut dan murah, di sinilah syurga makanan untuk anda!

Dengan pelbagai jenis makanan laut yang dihidangkan dengan harga yang mampu milik (terutamanya untuk pelancong dari Semenanjung Malaysia yang menganggapkan ia lebih murah dari makanan laut di Semenanjung Malaysia), Kuching mempunyai beberapa port makanan laut terletak di sekitarnya!

Telaga Air merupakan tempat yang tidak asing lagi untuk warga Kuching. Bagi anda yang gemarkan makanan laut, kami menyenaraikan beberapa kedai makan di Telaga Air. Harganya yang ditawarkan juga amat berpatutan.

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air. Sumber gambar: FB Khalish79Seafood
1

Khalish 79 Seafood

Jangan terkejut kalau melangkah masuk ke dalam kedai ini, kerana segala jenis seafood dihidangkan dalam bentuk buffet style! Uish bukan kaleng-kaleng ni. Ambil banyak mana yang anda nak, pun masih murah sisturrr, memang berbaloi!

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Sumber gambar: FB Ayu

Pelbagai jenis pilihan termasuklah pelbagai jenis ikan, sotong, ketam, spesies bercengkerang dan juga lobster boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan. 

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Sumber gambar: FB Khalish79Seafood
Khalish 79 Seafood

Lokasi: Khalish79 Seafood, Jalan Telaga Air, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu beroperasi: Sabtu & Ahad (akan TUTUP apabila ada urusan kenduri kahwin)
Facebook: Khalish79Seafood

2

Q Sinar Seafood

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air. Sumber gambar: FB Q SINAR Seafood

Telaga Air merupakan kawasan kampung nelayan. Terletak di Muara Sungai dan sangat sangat santai. Menariknya, telaga air hanya 30 minit dari Bandaraya Kuching. Jika anda memandu seperti tiada hari esok, mungkin sekitar 20 minit sahaja haha!

Portion makanan di kedai makan Q Sinar Seafood ini juga agak besar. Tetapi, pesan satu sahaja memang takkan cukup.

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Sumber gambar: FB Jii Ismail
Q Sinar Seafood

Lokasi: Q Sinar Seafood, Jalan Kampung Telaga Air, Telaga Air, 93050 Kuching
No telefon: 012-622 1297
Facebook: Q SINAR Seafood

3

D’White Station

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Sumber gambar: FB Daryl Lim

Di sini, anda boleh menikmati hidangan seafood dengan style Shell Out! Woww menarik nyaa. Menikmati hidangan shell out didampingi dengan angin sepoi-sepoi dari laut. Sangat sesuai untuk anda menikmati makan tengahari/malam bersama keluarga.

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Sumber gambar: FB Daryl Lim
D’White Station

Lokasi: D’white Station Telaga Air Kuching, kg telaga air, 93050 Kuching
No telefon: 018-976 2830
Facebook: D’white Station Telaga Air Kuching

Waktu beroperasi: Setiap hari kecuali Ahad

4

Medan Niaga Telaga Air

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air. Sumber gambar: FB Siti Rugayah James

Sekiranya anda ingin berkunjung ke Telaga Air untuk makan tengah hari, pastikan anda tiba di Telaga Air sebelum pukul 11 pagi, jika tidak kebanyakan gerai di Food Court mereka akan sold out.

Terdapat lebih daripada 10 buah gerai makanan di Telaga Air yang menjual makanan berasaskan seafood. Gerai gerai di sini nampak sangat simple, tapi jika anda lihat laut di dalam tray makanan mereka, anda akan terkejut melihat longgokan seafood.

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Sumber gambar: FB Siti Rugayah James
[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Sumber gambar: FB Siti Rugayah James
Medan Niaga Telaga Air

Lokasi: Medan Niaga Telaga Air, Kg Telaga Air 93050 Kuching
Facebook: Medan Niaga Telaga Air.

5

The Pengkalan Seafood

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air. Sumber gambar: FB Herry Duan

Di sini, anda boleh memesan makanan laut yang fresh sambil menghirup udara segar berdekatan dengan pangkalan Telaga Air. Tempat nya juga sangat tenang, dengan alunan bunyi air di pengkalan berdekatan.

Anda boleh lawat laman FB mereka The Pengkalan Seafood, Telaga Air Kuching untuk ketahui waktu beroperasi. Mereka akan sedia maklum waktu beroperasi di laman FB mereka, jadi kena usha dulu sebelum pergi sana!

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Sumber gambar: FB Herry Duan
[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Sumber gambar: FB Herry Duan
The Pengkalan Seafood

Lokasi: The Pengkalan Seafood, Kampung Telaga Air, 93050 Kuching
No telefon: 013-846 3645
Facebook: The Pengkalan Seafood, Telaga Air Kuching

Jika anda mencari dessert yang menawarkan sedikit kelainan, anda mesti letak tempat ini dalam wishlist anda. Jom kita cuba Hokkaido Ice Cream Puff di Miri ini! Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Sejarah Gua Hantu Di Bau, Gua Yang Ditakuti Oleh Penduduk Tempatan Ini Sejarah Gelap Gua Hantu Di Bau, Gua Yang Ditakuti Oleh Penduduk Tempatan
Next Article Mengugut Untuk Membunuh Isteri, Seorang Lelaki Dari Demak Laut Didenda RM1K Mengugut Untuk Membunuh Isteri, Seorang Lelaki Dari Demak Laut Didenda RM1K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?