• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Paruq A&R, Saji Aneka Menu Udang Galah Saiz Gergasi Di Bintulu

Oleh
Aina Musa
30 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Paruq A&R, Saji Aneka Menu Udang Galah Saiz Gergasi Di Bintulu

Nak pekena udang saiz gergasi yang fresh, sinilah tempatnya

Paruq A&R, Saji Aneka Menu Udang Galah Saiz Gergasi Di Bintulu. Kami, dari ILOVEBORNEO telah dibawa pihak Tourism Malaysia Sarawak untuk menjelajah Bintulu, sebuah bandar yang terkenal dengan industri minyak dan gas asli.

Antara salah satu destinasi yang dikunjungi kami ialah Paruq A&R di Kampung Kuala Segan. Untuk ke sini, pemanduan dianggarkan mengambil masa sekitar 17 minit sahaja dari Lapangan Terbang Bintulu.

Di sini mereka menawarkan pelbagai menu menarik dengan side dishnya rata-rata makanan laut yang pastinya fresh disajikan buat anda.

Sekiranya anda peminat makanan laut yang segar, artikel kali ini sememangnya buat anda!

Paruq A&R, Saji Aneka Menu Udang Galah Saiz Gergasi Di Bintulu
Paruq A&R, Saji Aneka Menu Udang Galah Saiz Gergasi Di Bintulu.

Setelah merasai kesemua menu yang dihidang, kami dari ILOVEBORNEO memberi rate 5 bintang untuk semua sajian yang dihidangkan.

Antara menu yang paling ‘kena’ di tekak kami adalah hidangan set tivuk Vaie. Sajian ini sebenarnya hidangan udang galah dimasak ‘lempah’ atau dalam erti kata lain direbus ataupun sup tetapi dengan cara etnik Vaie.

Difahamkan, resipinya juga mudah sahaja iaitu menggunakan serai, bawang merah, bawang putih, asam keping dan perasa sahaja.

Buat anda yang tengah diet tu, usah risau hidangan ini pun ‘lulus’ buat anda.

Rasanya yang masam dari asam keping dan manis daripada udang galah yang fresh membangkitkan selera kami.

Menariknya, menurut pemilik kedai ini udang galah tersebut ditangkap fresh setiap hari daripada sungai yang terletak tidak jauh dari kedai mereka. Patutlah isinya manis!

Paruq A&R, Saji Aneka Menu Udang Galah Saiz Gergasi Di Bintulu

Untuk set ini, anda akan dihidangkan dengan satu set udang galah bersaiz tapak tangan orang dewasa dimasak cara tivuk vaie, nasi putih, telur dadar crispy dan sos pencicah special yang hanya boleh didapati di sini!

Kalau anda ke sini, wajib order set tivuk Vaie ini. Kombinasi manis dari isi udang, kuahnya yang masam, masin dan dicicah bersama sos yang pedas memang padu. Bak kata orang, kami bagi 5 surrrrr!

Selain set tivuk Vaie ini, kami turut dihidangkan dengan udang galah bakar. Isi udangnya yang juicy dengan rasa smoky memang kombinasi sempurna.

Paruq A&R, Saji Aneka Menu Udang Galah Saiz Gergasi Di Bintulu

Di sini mereka turut menawarkan hidangan panas antaranya nasi goreng, mi goreng dan macam-macam lagi.

Kami berkesempatan mencuba mi goreng udang. Mi goreng disini dimasak dengan api besar menjadikan rasanya sedikit smoky. Buat yang suka rasa asap-asap tu boleh try hidangan ini. Yang pasti kami sangat rekomen!

Udang pula boleh dipilih bergantung kepada saiz yang diinginkan. Harganya semestinya berdasarkan saiz udang yang dipesan sama ada anda mahu saiz kecil, sederhana, dan XL.

Cadangan kami, anda boleh try udang bersaiz M atau sederhana pun dah cukup puas! Harga pun berbaloi.

Info Penting:

📍Paruq A&R, Kampung Kuala Segan, Bintulu

⏰:

Isnin hingga jumaat (5 petang – 9 malam) Sabtu dan ahad (11 pagi – 9 malam)

Baca lagi artikel menarik:

Port Makan Aesthetic Dengan Pelbagai Sajian Menarik, Anda Perlu Cuba Temu Cafe Di Bintulu Ini
Ini 5 Panduan Kedai Makan Yang Patut Anda Cuba Sekiranya Ke Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kunjungi Balai Seni Lukis Sabah Untuk Lihat Karya Seni Menarik
Next Article Tiket Masuk Borneo Cultures Museum Kini Boleh Dibeli Melalui Dalam Talian Tiket Masuk Borneo Cultures Museum Kini Boleh Dibeli Melalui Dalam Talian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?