• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasangan Dari Korea Sanggup Hantar Surat Puji Layanan Mesra Pegawai JPJ Kuching

Oleh
Nazihah AN
12 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pasangan Dari Korea Sanggup Hantar Surat Puji Layanan Mesra Pegawai JPJ Kuching

Layanan Mesra JPJ Sarawak Buat Warga Korea Rasa Dihargai

Pasangan Dari Korea Sanggup Hantar Surat Puji Layanan Mesra Pegawai JPJ Kuching. Baru-baru ini, JPJ Sarawak telah menerima maklum balas yang sangat positif daripada pasangan warga Korea, Erica dan Mr. Sung.

Pasangan ini telah menulis sepucuk surat untuk menyampaikan rasa terima kasih mereka terhadap layanan yang diterima semasa proses menukar lesen memandu Korea kepada lesen Malaysia di JPJ Kuching.

Pasangan Dari Korea Sanggup Hantar Surat Puji Layanan Mesra Pegawai JPJ Kuching
Sumber: FB JPJ Negeri Sarawak 

Keramahan JPJ Sarawak Menambat Hati Pelancong Korea di Kuching

Mereka berkongsi kisah bahawa setelah menerima e-mel yang mengatakan lesen memandu Malaysia mereka sedia untuk diambil, mereka berhasrat untuk membalas e-mel tersebut dengan ucapan terima kasih. Namun, kerana e-mel yang diterima tidak dapat dibalas, mereka memilih untuk menulis surat kepada pengarah JPJ, Encik Norizan bin Jili, bagi menyampaikan pujian terhadap seorang pegawai JPJ yang dikenali sebagai Aszerina.

Semasa mereka melawat JPJ, pegawai yang bernama Aszerina ini bertugas di kaunter lesen Blok B, JPJ Kuching. Menurut mereka, beliau sangat membantu dalam memberikan panduan mengenai dokumen yang perlu dihantar serta cara-cara mengisi borang untuk proses penukaran lesen. Erica dan Mr. Sung juga amat terharu dengan layanan mesra dan senyuman ceria yang ditunjukkan oleh Aszerina sepanjang mereka bertanyakan soalan.

Menurut mereka lagi, pengalaman pertama kali melawat JPJ Kuching menjadi satu memori indah kerana bantuan dan keramahan yang diterima. Mereka tidak menyangka layanan yang diberikan kepada warga asing seperti mereka begitu baik dan penuh dengan sikap profesionalisme. Hal ini membuatkan mereka semakin menyukai Malaysia, khususnya Kuching, Sarawak.

JPJ Sarawak, melalui respons mereka, turut mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut atas maklum balas positif yang diberikan. Mereka juga berjanji untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan, tanpa mengira latar belakang.

Baca juga artikel menarik di bawah:

‘Kamek Minum Air Ajak’, Remaja Ini Kembali Remake Buat Netizen Geli Hati
Orang Sarawak Duduk Atas Pokok? Lelaki Ini Puji Sarawak Antara Negeri Terkaya Dan Maju
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Salah Guna Lorong Di Simpang Trafik Tabuan Tranquility, Netizen Seru Tindakan Segera Salah Guna Lorong Di Simpang Trafik Tabuan Tranquility, Netizen Seru Tindakan Segera
Next Article China Tegas Akan Hancurkan Pencerobohan Asing Di Laut China Selatan China Tegas Akan Hancurkan Pencerobohan Asing Di Laut China Selatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?