• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pekerja Penyelenggaraan Di Sibu Maut Disyaki Mangsa Terbaharu Strok Haba

Oleh
Aina Musa
8 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pekerja Penyelenggaraan Di Sibu Maut Disyaki Mangsa Terbaharu Strok Haba

Mangsa maut ketika bekerja

Pekerja Penyelenggaraan Di Sibu Maut Disyaki Mangsa Terbaharu Strok Haba. Seorang pekerja penyenggaraan berusia 52 tahun meninggal dunia ketika bekerja disyaki akibat strok haba di Jalan Paradom semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata polis menerima laporan daripada Angkatan Pertahanan Awam pada 3.15 petang mengenai seorang pekerja sebuah syarikat utiliti yang pengsan di dalam hutan di Jalan Paradom.

Pekerja Penyelenggaraan Di Sibu Maut Disyaki Mangsa Terbaharu Strok Haba
Pekerja Penyelenggaraan Di Sibu Maut Disyaki Mangsa Terbaharu Strok Haba. Kredit: The Star

“Sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa rakan sekerja melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pencawang elektrik. Salah seorang rakannya memberitahu cuaca ketika itu sangat panas. Jadi mangsa pergi menyejukkan diri di dalam sungai berhampiran,” tambahnya.

Namun, dia pengsan tidak lama kemudian.

Paramedik dari hospital mengesahkan dia meninggal dunia di tempat kejadian pada 4.59 petang.

Pekerja Penyelenggaraan Di Sibu Maut Disyaki Mangsa Terbaharu Strok Haba

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Sabeli.

Menurut rakan sekerja mangsa, Hishammudin Abdul Rani, kedua-dua mereka telah memanjat menara setinggi 30m untuk membuang najis burung kira-kira jam 12.15 tengah hari.

“Cuaca sangat panas dan kami turun dari menara untuk berehat selama kira-kira 15 minit. Beliau memberitahu saya dia berasa sangat panas dan mahu membasahkan badannya di sungai berhampiran. Saya menasihatinya supaya tidak melakukannya tetapi dia berkeras,” katanya.

Apabila selesai, beliau memberitahu Hishammudin bahawa beliau berasa pening dan mahu pitam.

“Dia meminta saya mengurut badannya dan menghilangkan rasa panas di badannya. Bagaimanapun beberapa minit kemudian, dia pengsan,” ingat Rani.

ACP Zulkipli berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Baca lagi artikel menarik:

Mat Salleh Tertinggal ‘Handphone’ Dalam Grab Di Kuching, Kuasa Viral Berjaya Bantu Menemuinya
Penerbangan Terus Bintulu-Singapura, Air Asia Bakal Buka Laluan Baharu – Tiong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penerbangan Terus Bintulu-Singapura, Air Asia Bakal Buka Laluan Baharu - Tiong Penerbangan Terus Bintulu-Singapura, Air Asia Bakal Buka Laluan Baharu – Tiong
Next Article Tinggal Kenangan, KFC ‘Legend’ Di Sarawak Plaza Ditukar Kepada Aiskrim Samfah Enterprise

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?