• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Keningau Menang Pertandingan Video Dan Penulisan Pencegahan Bunuh Diri Peringkat Negeri

Oleh
Farisha
8 Oktober 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Kolej Vokasional Keningau ungguli pertandingan kesedaran kesihatan mental dengan karya kreatif

Pelajar Keningau Menang Pertandingan Video Dan Penulisan Pencegahan Bunuh Diri Peringkat Negeri. Pelajar dari Kolej Vokasional (KV) Keningau telah memenangi pertandingan bertema pencegahan bunuh diri peringkat negeri dalam kedua-dua kategori, video pendek dan penulisan kreatif, pada 30 September 2024.

Pertandingan tersebut telah dilancarkan pada 1 September 2024 oleh Sinar Hati, sebuah kempen kesedaran kesihatan mental yang berpusat di Sabah, bersempena dengan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, dan menerima penyertaan daripada semua sekolah dan kolej vokasional di negeri ini.

Pelajar Keningau Menang Pertandingan Video Dan Penulisan Pencegahan Bunuh Diri Peringkat Negeri
Pelajar Keningau Menang Pertandingan Video Dan Penulisan Pencegahan Bunuh Diri Peringkat Negeri

Alzulika Alzie Alidun telah memenangi kategori penulisan kreatif dengan puisinya dalam bahasa Melayu manakala Chriscaseyvel Erey dan pasukannya memenangi kategori video pendek dengan video lakonan mengenai buli di sekolah. Kedua-dua pemenang menerima hadiah wang tunai RM300 berserta sijil daripada penganjur.

Alzulika Alzie, seorang pelajar tahun ketiga dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, memenangi hadiah pertama dalam pertandingan penulisan kreatif dengan puisinya yang menyeru pembaca agar terus tabah mengharungi cabaran hidup dan sentiasa optimistik bahawa jalan penyelesaian bagi setiap masalah sentiasa ada.

Puisi itu juga cuba meyakinkan pembaca bahawa  terdapat mereka yang bersedia untuk mendengar dan berada di sisi mereka jika mereka memerlukan sebarang pertolongan. Chriscaseyvel Erey dan pasukannya memenangi kategori video pendek dengan rakaman yang menggambarkan senario seorang pelajar dibuli oleh rakan-rakannya.

Dia hampir mencederakan dirinya sebelum kawan rapatnya berjaya menghentikan percubaannya dan segera mendapatkan bantuan profesional untuknya. Pasukan tersebut terdiri daripada empat ahli termasuk Rusell Razali, Jeorgiena Dyveth, dan Nadrah Sari, dan mereka dibantu oleh beberapa pelajar yang lain sebagai pelakon tambahan. Mereka kini berada di tahun kedua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada para pelajar terbabit atas pencapaian mereka yang menyampaikan mesej yang penting berkenaan dengan kesihatan mental terutamanya di kalangan remaja dimana isu ini perlu diberi perhatian yang lebih serius.

Beliau memuji usaha mereka dalam meningkatkan kesedaran terhadap isu ini dan berharap agar para pelajar dan guru di kolej tersebut lebih proaktif dalam mempromosikan kesejahteraan mental sambil mengutamakan kesihatan fizikal dan emosi mereka sendiri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pelajar KVK Sabah Menang Anugerah Terbaik Mengenai Artikel Anti-Buli
Dari Sabah Ke Nebraska, Anak Jati Tawau Ini Suarakan Hak Pendidikan Di Amerika Syarikat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Borneo Jazz Festival 2024 Kembali Pada 29 November Hingga 1 Disember Di Miri
Next Article Subway Bakal Buka Cawangan Pertama Samarahan Di Aiman Mall Subway Bakal Buka Cawangan Pertama Samarahan Di Aiman Mall

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?