• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelajar Sekolah Tidak Diwajibkan Guna Pakaian Seragam Sehingga Cuti Pertengahan Penggal – KPM

Oleh
Ismail NA
24 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara tersebut diumumkan KPM menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

Pelajar Sekolah Tidak Diwajibkan Guna Pakaian Seragam Sehingga Cuti Pertengahan Penggal – KPM. Selaras dengan pembukaan sekolah sekali lagi pada bermula Mac hadapan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memberi respon terhadap keluhan dan kesulitan yang dihadapi oleh para ibu bapa mempersiapkan anak ke sekolah.

Isi Isi Penting
  • Perkara tersebut diumumkan KPM menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.
  • Kebenaran diberi sehingga Cuti Pertengahan Penggal Pertama sahaja
  • Ibu bapa mahu spesifikasi pakaian seragam yang lebih jelas
  • Lagi artikel lain yang berkaitan :

Melalui kenyataan rasmi itu, pihak KPM telah memberi kelonggaran untuk pelajar sekolah hadir ke sekolah tanpa memakai baju seragam sebaliknya hanya perlu memakai pakaian yang kemas dan sopan. Pelajar yang diberi kebenaran ini adalah pelajar yang belum mempunyai baju seragam sekolah.

Kebenaran diberi sehingga Cuti Pertengahan Penggal Pertama sahaja

Walau bagaimanapun, tempoh kebenaran ini diberikan sehingga Cuti Pertengahan Penggal sahaja bagi memberi ruang kepada ibu bapa menyelesaikan kelengkapan pelajar sepanjang tempoh tersebut. Tempoh yang dinyatakan adalah bermula 1 Mac sehingga 26 Mac 2021 sahaja.

Ini bagi memastikan pelajar dapat hadir ke sekolah seperti biasa untuk mendapatkan akses pembelajaran secara bersemuka.

Pemakaian baju seragam sekolah untuk pelajar di Malaysia adalah sesuatu yang perlu berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1983 : Pakaian Seragan Murid-Murid Sekolah.

Pelajar Sekolah Tidak Diwajibkan Guna Pakaian Seragam Sehingga Cuti Pertengahan Penggal - KPM
Pelajar Sekolah Tidak Diwajibkan Guna Pakaian Seragam Sehingga Cuti Pertengahan Penggal – KPM

Ibu bapa mahu spesifikasi pakaian seragam yang lebih jelas

Sementara itu, ini pula beberapa reaksi ibu bapa yang sempat kami tangkap layar di ruangan komen laman rasmi Facebook KPM berkenaan pengumuman tersebut. Ada juga yang mahu KPM menjelaskan dengan lebih terperinci tentang spesifikasi baju kemas dan sopan untuk pelajar ke sekolah. Malah ada juga yang memohon agar KPM menyelaraskan pakaian bebas selain seragam sekolah sepanjang tempoh tersebut.

Pelajar Sekolah Tidak Diwajibkan Guna Pakaian Seragam Sehingga Cuti Pertengahan Penggal - KPM

Kebiasaannya, penyelarasan pakaian ini dibuat di peringkat sekolah kerana mereka lebih mengetahui demografik para pelajar dan tahap kesesuaian pakaian yang perlu digunakan oleh pelajar sesebuah sekolah. Mungkin ada sekolah yang kebanyakan pelajarnya terdiri daripada keluarga yang berada dan mungkin ada juga sekolah mempunyai bilangan pelajar berlatar belakangkan keluarga susah yang lebih ramai.

Apa-apa pun, tidak kisahlah pakaian apa yang hendak dipakai ke sekolah asalkan ia kemas, sopan dan memudahkan urusan pembelajaran bersemuka antara guru dan pelajar.

Lagi artikel lain yang berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selain MySejahtera, Pendaftaran Vaksin Boleh Dilakukan Di Laman Sesawang Dan Talian Hotline
Next Article TERKINI: Sarawak Catat 353 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?