SPM Baru Dapat Result? Ini Hadiah Hebat Yang Korang Boleh Tebus Di Sabah & Sarawak!
Pelajar SPM Sabah Sarawak Boleh Redeem, Ini 9 Ganjaran Best Yang Korang Boleh Tebus Sekarang. Kalau anda pelajar SPM yang baru saja dapat keputusan tahun ini, tahniah kami ucapkan! Sementara anda fikir nak sambung belajar atau nak mula kerja part-time, apa kata rehat sekejap dan manjakan diri dengan pelbagai ganjaran menarik khas untuk pelajar SPM 2024?
Banyak jenama makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia sekarang ini sedang berlumba-lumba memberi REWARD PERCUMA atau DISKAUN EKSKLUSIF hanya dengan menunjukkan slip keputusan SPM anda. Dan ya — beberapa tawaran ini SAH di outlet Sabah dan Sarawak juga!
1. CHAGEE x AEON Mall Kuching Central
Nak minum air viral percuma? Bawa slip keputusan dan kad pengenalan anda ke kaunter informasi AEON Mall Kuching Central pada 24 April 2025. Anda boleh tebus satu minuman percuma CHAGEE (Hojicha Lemon Milk Tea) selagi stok masih ada! Tapi cepat ya — hanya untuk 50 orang terawal saja.

2. Tealive – 2 Minuman RM16
Dari 24 hingga 26 April, Tealive tawarkan promo 2 minuman biasa hanya RM16 khas untuk pelajar SPM. Walk-in saja dan tunjukkan slip keputusan. Tak kira result tinggi atau cukup makan — anda tetap layak!

3. Nando’s – Quarter Chicken Percuma
Tak kisah dapat A ke G — semua pelajar boleh tebus ¼ ayam percuma di Nando’s! Cuma bawa slip keputusan fizikal dan sedia nikmati ayam PERi-PERi. Tak perlu GPA tinggi untuk rasa sedap!

4. Chickilicious – 50% Diskaun Minuman Kedua
Dari 24-27 April, beli satu minuman dan dapat 50% diskaun untuk minuman kedua. Satu lagi sebab kenapa Chickilicious patut jadi port lepak baru lepas sekolah.

5. Yolé – Percuma Untuk Straight A
Kalau anda pelajar cemerlang dengan keputusan straight A, Yolé nak belanja anda! Yolé Cup (saiz M) dengan topping tanpa had — PERCUMA pada 24 April sahaja. Kalau tak dapat straight A? Jangan risau, pelajar SPM tetap boleh beli pada harga diskaun RM17.90.

6. Pizza Hut – Sup atau Minuman Percuma
Tunjuk slip keputusan anda dan tebus sama ada sup (takeaway) atau minuman (dine-in) secara percuma dari 24 hingga 25 April. Dan dari jam 3–5 petang, mereka siap bagi Hut’s Sliders percuma kepada pelanggan terawal!

7. Kenny Rogers Roasters – “Ayam Cheers!”
SPM clear, perut pun mesti clear. Kenny Rogers Roasters bagi set ayam lengkap termasuk nasi, sayur, muffin dan mac & cheese khas untuk pelajar SPM pada 24 April sahaja.

8. Street Churros
Kalau anda lebih kepada “team kudapan manis”, Street Churros ada hadiah yang confirm buat anda senyum lebar! Pada 24 April 2025 sahaja, semua pelajar SPM 2024 boleh nikmati tawaran Beli 1 Churros, Percuma 1 Churros.

9. Kosa Coffee
Kalau anda seorang penggemar minuman berasaskan kacang atau teh ala-hipster, Kōsa sedang sediakan sesuatu yang power untuk anda! Dalam promosi terbaru mereka, setiap pembelian 2 minuman, anda akan dapat 1 lagi PERCUMA.


