“Baju PJ Ungu” Kali Terakhir Dilihat
Pelajar Tingkatan 3 Di Kuching Hilang Selepas Sekolah, Keluarga Rayu Bantuan Pencarian. Seorang pelajar perempuan, Syifa Saffeyea, Tingkatan 3 Hope dari Sekolah Menengah St Teresa Kuching, dilaporkan belum pulang ke rumah sejak tengahari semalam (29 April 2025).
Maklumat yang diterima daripada pihak keluarga memaklumkan bahawa Syifa kali terakhir dilihat sekitar jam 1.30 tengahari, selepas tamat waktu persekolahan. Ketika itu, beliau dilihat mengenakan baju Pendidikan Jasmani (PJ) sekolah berwarna ungu, pakaian rasmi bagi hari aktiviti jasmani di sekolah.

Pelajar Tingkatan 3 Hilang, Kali Terakhir Jam 1.30 Tengahari
Namun yang meresahkan, bapa Syifa tiba di sekolah sekitar jam 5 petang untuk menjemput anaknya, tetapi langsung tidak menemui Syifa di kawasan sekolah mahupun sekitar.
Kehilangan ini dikongsikan oleh saudara Fitri Mohamad menerusi hantaran Facebook, yang kini telah menjadi tular. Hantaran tersebut memohon bantuan orang awam untuk menyebarkan maklumat ini dan segera menghubungi pihak keluarga sekiranya ternampak atau mempunyai maklumat mengenai Syifa.
“Anak gadis ini bernama Syifa Saffeyea bersekolah di St Teresa Kuching, Tingkatan 3 Hope. Belum lagi balit ke rumah selepas bersekolah ari tok. Sekiranya ada terjumpa sila hubungi bapanya En. Hazee (013-6755962). Semoga dipermudahkan. Terima kasih.”
Pihak keluarga kini amat bimbang dan sedang berusaha menjejaki keberadaan anak mereka dengan bantuan komuniti dan pihak berkuasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat Syifa diminta menghubungi segera En. Hazee di talian 013-6755962.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Syifa ditemui dengan selamat. Bantuan anda dalam menyebarkan maklumat ini amatlah dihargai.

