• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelaksanaan Kempen Bebas Beg Plastik, Diharamkan Sepenuhnya 2025

Oleh
ILB - AI
9 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Penggunaan beg plastic akan diharamkan di seluruh negara pada 2025

Pelaksanaan Kempen Bebas Beg Plastik, Diharamkan Sepenuhnya 2025. Menjelang 2025, kerajaan berharap dapat menghapuskan penggunaan beg plastik di semua premis dan sektor perniagaan di seluruh negara.

Menurut Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, pelaksanaannya telah dilakukan secara berperingkat bermula dengan premis tetap dan beralih ke premis perniagaan seperti warung atau peniaga gerai tepi jalan.

Pelaksanaan Kempen Bebas Beg Plastik, Diharamkan Sepenuhnya 2025
Sumber: Kosmo

“Cuma cara pelaksanaan dan (kadar caj yang dikenakan serta kekerapan serahan kutipan) kita sudah berikan ruang pada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mereka (kerajaan negeri dan PBT) ada konteks tersendiri.

“Pendekatan kita bukan hanya denda (jika peniaga masih membekalkan beg plastik pada 2025) sebaliknya, ada insentif dalam menggalakkan peralihan berkenaan,” katanya menerusi laporan.

“Perincian mengenainya akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang selepas melancarkan beg kitar semula Madani dan kempen tanpa beg plastik di Wisma 99 Speed Mart di sini, hari ini.

4 negeri ke hadapan dalam pelaksanaan kempen bebas beg plastik

Bukan itu sahaja, Nik Nazmi menyatakan empat negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan mendahului pelaksanaan kempen bebas beg plastik.

Pelaksanaan Kempen Bebas Beg Plastik, Diharamkan Sepenuhnya 2025
Sumber: Sinar harian

Malah, beliau turut menyatakan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan untuk menangani masalah pencemaran sisa plastik sekali guna di Malaysia.

“Sampah plastik adalah satu masalah besar di negara ini malah Malaysia berada di antara 10 negara dunia yang berdepan masalah sampah plastik tidak terurus.

“Berdasarkan laporan World Wildlife Fund (WWF), anggaran penggunaan bungkusan plastik makanan sahaja di Malaysia mencecah 148,000 metrik tan, bagi tahun 2020.

“Ini bukan satu rekod yang harus dibanggakan,” ujarnya lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Straw Dan Beg Plastik Dilarang Digunakan Semasa Kuching Food Festival 2022
Lepas Plastik Sampah, Balenciaga Hasilkan Beg Peket Kerepek Kentang Berharga RM 8K
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bila Hantar Ke Sarawak Terus Hancur Teruk, Individu Ini Luah Kesal Terhadap Servis Kurier Yang Cuai Bila Hantar Ke Sarawak Terus Hancur Teruk, Individu Ini Luah Kesal Terhadap Servis Kurier Yang Cuai
Next Article Pusingan P Gelap Di Jalan Bintulu Miri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo Pusingan P Gelap Di Jalan Bintulu Miri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?