• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayar Harga Lain Di Kaunter, Tular Pelanggan Rasa Tertipu Dengan Promosi Pasar Raya Di Kuching

Oleh
Aina Musa
17 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Bayar Harga Lain Di Kaunter, Tular Pelanggan Rasa Tertipu Dengan Promosi Pasar Raya Di Kuching

Harga barangan pada rak berbeza dengan harga pada resit

Bayar Harga Lain Di Kaunter, Tular Pelanggan Rasa Tertipu Dengan Promosi Pasar Raya Di Kuching. Siapa yang tak suka beli barang dengan harga ‘offer’? Maklumlah, zaman sekarang ni, setiap sen pun penting.

Tapi, tak sangka pula ada taktik-taktik tertentu yang digunakan oleh beberapa pasaraya untuk menarik pelanggan.

Bayar Harga Lain Di Kaunter, Tular Pelanggan Rasa Tertipu Dengan Promosi Pasar Raya Di Kuching
Bayar Harga Lain Di Kaunter, Tular Pelanggan Rasa Tertipu Dengan Promosi Pasar Raya Di Kuching. Sumber: Facebook

Baru-baru ini, beberapa pelanggan di sebuah pasaraya terkenal di Kuching berkongsi pengalaman sama apabila mereka rasa tertipu dengan taktik jualan promosi yang kononnya murah.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang wanita di laman sosial dan mula tular di aplikasi Facebook.

Difahamkan, beliau telah ke pasar raya tersebut untuk membeli beberapa barang. Namun, apabila sampai di kaunter pembayaran, dia terkejut apabila mendapati harga yang dikenakan adalah sama dengan harga asal, tanpa sebarang potongan.

Pelanggan rasa tertipu dengan harga ‘promosi’

Tambahnya, beliau kini ragu-ragu setiap kali pasar raya tersebut membuat promosi.

Kisah ini dengan pantas menerima perhatian ramai. Banyak pelanggan lain turut berkongsi pengalaman serupa mereka di pasar raya yang sama. Ada yang merasa kecewa, ada pula yang merasa marah kerana rasa diperdaya.

Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.

Bayar Harga Lain Di Kaunter, Tular Pelanggan Rasa Tertipu Dengan Promosi Pasar Raya Di Kuching

Antaranya adalah rata-rata berkongsi kisah sama. Menurut netizen, harga yang tertera di rak berbeza dengan harga yang ada pada resit.

Susulan itu, ramai musykil setiap kali pasar raya tersebut membuat promosi.

Untuk makluman, hantaran asal telah pun dipadam oleh individu tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

‘Terlalu Jujur,’ Promosi Jualan Makanan Wanita Ini Kena ‘Reject’ Azhan Rani Buat Netizen Terhibur
Berjam Menunggu, Tular Foto Individu Tertidur Di Kaunter Kerajaan Raih Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Seludup Syabu RM1.4 Juta Dalam Bungkusan Teh, Pelajar SPM Antara Lima Ditahan Di Kuching Kantoi Seludup Syabu RM1.4 Juta Dalam Bungkusan Teh, Pelajar SPM Antara Lima Ditahan Di Kuching
Next Article Jadi Jutawan Sekelip Mata, Sabah Sarawak Antara 4 Pemenang Jackpot Peroleh RM51 Juta Jadi Jutawan Sekelip Mata, Sabah Sarawak Antara 4 Pemenang Jackpot Peroleh RM51 Juta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?