I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Pelbagai Promosi Kaw-Kaw, Ini Senarai Promosi Sempena PRU15
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Pelbagai Promosi Kaw-Kaw, Ini Senarai Promosi Sempena PRU15

Oleh Kedung BK 16 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Pelbagai Promosi Kaw-Kaw, Ini Senarai Promosi Sempena PRU15

Nanti lepas mengundi, boleh lah claim promosi-promosi ni!

Pelbagai Promosi Kaw-Kaw, Ini Senarai Promosi Sempena PRU15. Malaysia kini bersiap sedia untuk Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) yang akan datang – jadi rakyat Malaysia digalakkan untuk pergi mengundi.

Sebagai cara menggalakkan rakyat Malaysia turun mengundi, beberapa peruncit telah mula melakukan promosi sebagai ganjaran kepada mereka yang telah mengundi. Setakat 16 November 2022, berikut ialah senarai promosi yang sedang berjalan dan akan berlangsung semasa musim pilihan raya ini.

Pelbagai Promosi Kaw-Kaw, Ini Senarai Promosi Sempena PRU15

Secret Recipe : Diskaun 30% untuk mana-mana minuman

Hanya untuk 19 November 2022 sahaja, Secret Recipe akan menawarkan diskaun 30% untuk mana-mana minuman dalam menu mereka sepanjang hari.

Anda hanya perlu menunjukkan dakwat kekal pada jari anda dan anda boleh menikmati diskaun ini. *Diskaun ini tidak sah dengan promosi lain yang sedang berlangsung, diskaun bank, keistimewaan, set hidangan atau tawaran.

Sumber: FB Secret Recipe

The Alley Malaysia : RM15 untuk 2 minuman

Mulai 19 November sehingga 20 November 2022, The Alley Malaysia menawarkan promosi RM15 untuk 2 minuman.

Untuk promosi ini, anda akan menikmati dua minuman Black Milk Tea dengan harga RM15 sahaja – cuma tunjukkan dakwat kekal pada jari anda untuk menikmati promosi ini!

Sumber: FB The Alley Malaysia

Hokkaido Baked Cheese Tart : Diskaun 15% untuk Classic Cheese Tart

Hanya untuk 19 November 2022, Hokkaido Baked Cheese Tart akan menawarkan diskaun 15 untuk Classic Cheese Tart mereka! Promosi ini akan sah sepanjang hari dan untuk Classic Cheese Tart atau Chocolate bersaiz biasa sahaja.

Untuk menikmati diskaun ini, anda perlu menunjukkan dakwat kekal pada jari anda. *Promosi ini hanya terhad kepada 6 tart bagi setiap pelanggan setiap resit dan tidak sah dengan promosi lain yang sedang berjalan, diskaun bank, keistimewaan dan baucar promosi.

Sumber: FB Hokkaido Baked Cheese Tart

Tealive : RM15 untuk 2 minuman

Promosi ini sedang berlangsung sehingga 20 November 2022 – untuk RM15 sahaja, anda boleh menikmati 2 minuman dari Tealive!

Promosi ini hanya sah untuk minuman bernilai RM10 dan ke bawah sahaja.

Sumber: FB Tealive Asia

Street Churros Malaysia – Diskaun 15%

Nikmati diskaun 15% di Street Churros pada 19 November sehingga 22 November ini! Untuk menikmati diskaun ini, cuma tunjukkan dakwat kekal pada jari anda.

Sumber: FB Street Churros Malaysia

GSC : Satu popcorn kecil percuma

Hanya untuk 19 November 2022 sahaja, GSCinemas (GSC) akan menawarkan promosi satu popcorn kecil percuma untuk setiap jari berdakwat!

Promosi hanya terhad kepada stok yang ada jadi first come, first serve ya gais!

Sumber: Twitter @GSCinemas

Apa lagi promosi yang akan atau sedang berlangsung sempena PRU15? Komen di bawah dan jangan lupa kongsikan artikel ini! Selamat mengundi!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mayat Lelaki Terapung Dalam Longkang Ditemui Oleh Orang Awam Di Tanjung Aru, Sabah
Next Article Jambatan Runtuh, Hujan Lebat Berterusan Punca Laluan Ke Tanah Tinggi Lawas Terputus

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?