• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelik Tekstur ‘Crispy’, Wanita Terkejut Temui Pasir Dan Serpihan Cengkerang Dalam Belacan

Oleh
Aina Musa
19 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelik Tekstur 'Crispy', Wanita Terkejut Temui Pasir Dan Serpihan Cengkerang Dalam Belacan

‘Patutlah bunyi krak, krok’!

Pelik Tekstur ‘Crispy’, Wanita Terkejut Temui Pasir Dan Serpihan Cengkerang Dalam Belacan. Belacan merupakan bahan masakan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia diperbuat daripada udang kering yang dijemur sehingga kering. Belacan menjadi bahan asas untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan seperti sambal belacan, asam pedas, dan banyak lagi.

Proses pembuatan belacan pula kebiasaanya memakan masa yang lama. Hal ini kerana, pengusaha belacan akan mengasingkan udang geragau dari hidupan laut yang lain misalnya ikan-ikan kecil, kerang, ataupun ‘bendasing’ lain.

Pelik Tekstur 'Crispy', Wanita Terkejut Temui Pasir Dan Serpihan Cengkerang Dalam Belacan
Pelik Tekstur ‘Crispy’, Wanita Terkejut Temui Pasir Dan Serpihan Cengkerang Dalam Belacan. Kredit: Facebook

Motifnya adalah supaya tiada sebarang bendasing termasuk sekali di dalam belacan tersebut.

Tak sangka kaya dengan bendasing

Tetapi, inilah yang berlaku kepada wanita ini menerusi satu perkongsiannya di Facebook. Berdasarkan perkongsian itu, beliau terkejut menemui serpihan persis cengkerang dan batu-batu kecil di dalam belacan yang digunakan.

Pelik Tekstur 'Crispy', Wanita Terkejut Temui Pasir Dan Serpihan Cengkerang Dalam Belacan

Menerusi perkongsian itu, semasa memotong kepingan belacan itu, beliau berasa pelik dengan tekstur belacan seakan-akan berpasir dan agak kasar semasa dipotong.

Penuh dengan serdak

Musykil dengan perkara itu, beliau akhirnya mencairkan dan menapis belacan tersebut. Setelah ditapis, beliau terkejut bancuhan belacan itu dipenuhi dengan serdak dan serpihan yang berpasir.

Pelik Tekstur 'Crispy', Wanita Terkejut Temui Pasir Dan Serpihan Cengkerang Dalam Belacan

Kemungkinan ‘bendasing’ itu merupakan cengkerang dan batu-batu kecil yang dikisar sekali bersama udang geragau.

Ini reaksi netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga bengang dengan kejadian itu.

Tambah netizen, baru-baru ini pun ada individu berkongsi kisah yang sama mengenai jenama belacan tersebut yang dikatakan tidak ‘bersih’.

Bukan itu sahaja, ada yang sempat menitipkan pesanan supaya lebih baik membeli belacan yang dibuat secara homemade berbanding membelinya di pasar raya yang dikeluarkan oleh pihak kilang.

Baca lagi artikel menarik:

Lain Dari Yang Lain, Ajishou Sushi Tawar Buffet ‘Makan Sepuasnya’ Sempena Ramadan Ini
Hampir Sebulan Menanggung Derita ‘Prank’ Tarik Kerusi, Puteri Kini Berunsur Pulih
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir Sebulan Menanggung Derita 'Prank' Tarik Kerusi, Puteri Kini Berunsur Pulih Hampir Sebulan Menanggung Derita ‘Prank’ Tarik Kerusi, Puteri Kini Berunsur Pulih
Next Article Dari Perisa Sambal Hingga Butter Milk, Nikmati Shellout Pelbagai Perisa Di Hong Kee Cafe Miri Dari Perisa Sambal Hingga Butter Milk, Nikmati Shellout Pelbagai Perisa Di Hong Kee Cafe Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?