• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Peluang RARE Saksikan Gerhana ‘Cincin Cahaya’ di Serian Selepas 21 Tahun

Oleh
Ismail NA
5 November 2019
Kongsi
5 Min Bacaan
Peluang RARE Saksikan Gerhana 'Cincin Cahaya' di Serian Selepas 21 Tahun

Hanya 2 Buah Tempat di Malaysia Dapat Menyaksikan Fenomena Ini, Salah Satunya di Serian, Sarawak

Peluang RARE Saksikan Gerhana ‘Cincin Cahaya’ di Serian Selepas 21 Tahun. Fenomena gerhana matahari merupakan satu fenomena yang jarang sekali berlaku. Satu fenomena gerhana kadang kala mengambil masa selama berpuluh atau beratus tahun untuk kembali berlaku.

Peluang RARE Saksikan Gerhana 'Cincin Cahaya' di Serian Selepas 21 Tahun
Peluang RARE Saksikan Gerhana ‘Cincin Cahaya’ di Serian Selepas 21 Tahun. Kredit : ABC News-Go.com

Terbaharu, fenomena gerhana yang hanya berlaku setiap 21 tahun iaitu gerhana matahari anulus bakal berlaku pada 26 Disember 2019. Namun, unik bagi penduduk di Malaysia kerana fenomena ini hanya dapat dilihat di dua buah tempat sahaja di Malaysia iaitu Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak. Whoaa!

Gerhana Matahari Cincin di Serian Berlangsung Selama 4 Minit

Fenomena gerhana matahari anulus atau disebut sebagai gerhana matahari cincin ini hanya berlaku di dua buah tempat ini kerana kedudukan matahari, bulan dan bumi pada ketika itu akan berada betul-betul selari. Menurut Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari, gerhana tersebut akan berlaku di Tanjung Piai terlebih dahulu pada jam 1.21 tengah hari hingga 1.23 tengah hari manakala di Serian dianggarkan pada jam 1.46 tengah hari hingga 1.50 tengah hari. Fenomena tersebut hanya berlangsung selama lebih kurang 4 minit sahaja.

Peluang RARE Saksikan Gerhana 'Cincin Cahaya' di Serian Selepas 21 Tahun
Sidang media gerhana matahari anulus oleh Planetarium Negara. Kredit : Portal Berita RTM

Untuk pengetahuan anda, fenomena matahari anulus ini pernah terjadi 21 tahun yang lepas di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998. Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang akan berlangsung pada hari yang sama, bermula pada jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang. Pada jangka masa tersebut, penduduk Malaysia bakal mengalami daylight darkness. Bergelap sekejap lah kita.

Peluang RARE Saksikan Gerhana 'Cincin Cahaya' di Serian Selepas 21 Tahun
Daylight darkness ketika berlakunya gerhana matahari. Kredit : CNN.com

Apa Beza Fenomena Gerhana Matahari Cincin dan Separa?

Bagi mereka yang tertanya-tanya apakah beza di antara kedua jenis fenomena ini, fenomena gerhana matahari cincin ialah satu fenomena di mana matahari akan kelihatan seperti lingkaran cincin yang terang kerana ia dihalang oleh bulan. Hal ini disebabkan oleh kedudukan bulan yang selari di antara bumi dan matahari. Walau pun saiz bulan jauh lebih kecil daripada saiz matahari, namun kedudukan bulan yang dekat dengan bumi menyebabkan bulan kelihatan besar apabila fenomena ini berlaku dan menutupi hampir keseluruhan matahari.

Peluang RARE Saksikan Gerhana 'Cincin Cahaya' di Serian Selepas 21 Tahun
Gerhana matahari anulus. Kredit : Universe Today

Oleh demikian, fenomena ini hanya dapat dilihat dengan jelas pada titik yang betul-betul selari dengan paksi bumi, bulan dan matahari pada ketika itu. Untuk tahun ini, Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak merupakan tempat yang dianggap bertuah.

Berlainan pula dengan gerhana matahari separa, kedudukan bulan adalah hampir selari antara kedudukan bumi dan matahari. Gerhana yang berlaku hanya menampakkan separa bahagian matahari dan masih memancarkan cahaya yang terang ke bumi. Oleh yang demikian, keadaan siang hari tidak akan begitu gelap berbanding kawasan yang mengalami gerhana bulan cincin dan gerhana bulan penuh.

Peluang RARE Saksikan Gerhana 'Cincin Cahaya' di Serian Selepas 21 Tahun
Gerhana matahari separa. Kredit : When is The Next Eclipse?

Jika gerhana matahari cincin berlaku setiap 20 hingga 22 tahun, gerhana matahari separa pula boleh berlaku sehingga 2 kali dalam setahun di sesetengah tempat di dunia. Menurut laman web Times, kadang kala ia boleh berlaku seiring dengan gerhana matahari penuh.

Akan Berlaku Peningkatan Aras Laut Semasa Gerhana

Ekoran daripada fenomena gerhana tersebut, pihak Planetarium Negara juga turut meramalkan peningkatan paras air laut sehingga 3.5 meter. Selain itu, fenomena gerhana ini turut mempengaruhi corak semulajadi migrasi burung dan gelora ombak.

Peluang RARE Saksikan Gerhana 'Cincin Cahaya' di Serian Selepas 21 Tahun
Cermin mata khas untuk melihat fenomena gerhana matahari. Kredit : FalakOnline

Bagi penduduk di sekitar Serian, tandakan kalendar anda agar anda tidak terlepas untuk menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku ini. Jangan lupa juga untuk memakai cermin mata khas atau menggunakan teleskop supaya ia tidak menjejaskan penglihatan anda. Sayangi mata anda ya.

Like dan share post ini!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak mengumumkan akan membantu anak Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM 30 juta [BAJET SARAWAK 2020] Anak Sarawak Dapat RM 30 Juta untuk Bayaran Balik PTPTN
Next Article Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?