• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemandu Bas Sekolah Rakam Video Pelajar, Kementerian Ambil Tindakan Tegas

Oleh
Nazihah AN
6 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pemandu Bas Sekolah Rakam Video Pelajar, Kementerian Ambil Tindakan Tegas

Pemandu Bas Rakam Video Pelajar Bawah Umur

Pemandu Bas Sekolah Rakam Video Pelajar, Kementerian Ambil Tindakan Tegas. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, telah mengarahkan seorang pegawai dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik video pelajar yang diangkutnya di media sosial.

Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan bahawa pihak kementerian bersedia untuk bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor dalam isu ini.

Pemandu Bas Sekolah Rakam Video Pelajar, Kementerian Ambil Tindakan Tegas

Pemandu Bas Sekolah ‘Abang Bas’ Dikritik Kerana Muat Naik Video Pelajar

“Kelakuan seperti ini tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan. Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa merupakan satu pencabulan hak dan privasi kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya menerusi akaun rasmi X beliau hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap hantaran oleh seorang pengguna di platform X, yang berkongsi beberapa tangkapan skrin TikTok milik seorang pemandu bas sekolah muda. Pemandu tersebut merujuk kepada pelajar di dalam bas sebagai “crush” dan “kesayangan”.

Hasil pemerhatian Bernama pada video TikTok tersebut, pengguna akaun yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ itu mempunyai lebih 600,000 pengikut dan kerap merakam video semasa memandu bas, dengan wajah pelajar jelas kelihatan.

Kelakuan ini mencetuskan kebimbangan ramai, terutama dari segi keselamatan dan privasi kanak-kanak. Rakaman video tanpa kebenaran boleh membuka peluang kepada eksploitasi serta pendedahan tidak wajar terhadap kanak-kanak di media sosial.

Memandangkan isu ini semakin mendapat perhatian umum, pihak berkuasa dan kementerian akan terus memantau perkembangan kes ini bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil demi melindungi hak kanak-kanak dan menjaga keselamatan mereka.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Gaduh Jalan Padungan, Penyanyi Terkenal Hafiz Suip Dan Dua Lagi Individu Diperintah Bayar RM500
Next Article Penutupan Jalan Sementara Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah Dari 12 Hingga 23 September

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?