• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemilik Restoran Thai ‘Belanja’ 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia

Oleh
ILB - AI
20 April 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Pemilik Restoran Thai Menawarkan Satu Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia

One Meal A Day

Pemilik Restoran Thai ‘Belanja’ 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia. Pemilik Restoran Thai Menawarkan Satu Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia. Negara-negara di seluruh dunia kini berada dalam perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan. Ini juga termasuk Australia di mana warganegara tersebut diarahkan untuk menjalani perintah kawalan pergerakan (lebih kurang sama seperti negara kita).

Antara yang terjejas adalah pelajar-pelajar asing yang masih di sana kerana tidak dapat pulang ke negara masing-masing. Sebagai bantuan kepada pelajar-pelajar ini, seorang pemilik restoran Thai mengambil inisiatif untuk memberi makanan percuma sekali sehari kepada pelajar-pelajar sebegini.

Pemilik Restoran Thai 'Belanja' 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia
Pemilik Restoran Thai ‘Belanja’ 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia

Berlaku di Sydney, Australia

Pemilik restoran Jumbo Thai, Jack, yang juga berbangsa Thai, dilaporkan memulakan projek untuk membantu mereka yang mengalami kesukaran semasa PKP negara mereka — terutamanya para pelajar asing. Menurut beliau,

“Pelajar asing di negara ini (Australia) kini menghadapi masalah dengan bajet mereka. Kebiasaannya, saya akan memberi satu hidangan percuma sekali sehari. Ketika projek ini dimulakan, 20 orang sahaja datang mengambil makanan. Kini, sebanyak 70 orang datang ke restoran kami setiap hari untuk mengambil makanan mereka.”

Kebanyakan daripada pelajar ini bersyukur dengan inisiatif yang dibuat oleh Jack. Salah seorang pelajar berkata,

“Saya tidak mempunyai makanan kerana saya tidak ada kerja. Namun, saya bersyukur kerana inisiatif ini menyelamatkan saya.”

Pemilik Restoran Thai 'Belanja' 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia
Tangkap layar dari video tersebut. Kredit: Facebook ABC Melbourne

Ingin menjadikan contoh berdasarkan nasihat yang diberikan oleh ayah beliau

Jack bertambah lagi, beliau dibesarkan dengan nilai saling membantu orang.

“Semasa saya kecil, ayah saya memberi idea bahawa dua tangan sahaja cukup untuk menolong orang lain. Satu tangan digunakan untuk mengambil sesuatu, manakala tangan yang satu lagi digunakan untuk memberi. Oleh itu, satu masyarakat, satu komuniti akan berbahagia.”

Beliau berkata lagi keseimbangan hidup adalah satu tangan mengambil, satu tangan memberi.

“Apa yang boleh kita lakukan untuk negara kita? Kita hidup dari hari ke hari, kita harus berfikir apa yang dapat kita berikan kepada masyarakat sebagai harapan untuk esok?”

Seorang insan yang berhati mulia! Semoga semangat saling membantu masyarakat semasa zaman mencabar ini dikekalkan agar dijadikan teladan kepada masyarakat lain.

Kredit: Giphy
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Sapa Nak COD Mi Maggi?" Lelaki Ini Menghiburkan Netizen Dengan Cadangan Untuk Menjual Masakan Mi Segera “Sapa Nak COD Mi Maggi?” Netizen Terhibur Layan Cadangan Jual Mi Segera Lelaki Ini
Next Article Malaysia Catat Kes Terendah Hari Ini, Lebih 60% Pesakit Telah Pulih Setakat Ini Malaysia Catat Kes Terendah Hari Ini, Lebih 60% Pesakit Telah Pulih Setakat Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?