• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemuda Ini Kongsi Perkara Yang Perlu Anda Hadam Sebelum Beli PS5 Di Malaysia

Oleh
Ismail NA
18 Jun 2020
Kongsi
7 Min Bacaan

Terutamanya Untuk Penggemar Permainan Konsol Di Sarawak.

Pemuda Ini Kongsi Perkara Yang Perlu Anda Hadam Sebelum Beli PS5 Di Malaysia. Ramai lelaki yang bergetar tulang rusuk apabila mendengar nama Play Station 5. Mana tidaknya, permainan konsol ini merupakan idaman para lelaki kerana anda boleh menikmati sesi permainan video yang menyeronokkan. Apatah lagi ia boleh dimainkan di skrin televisyen dan mempunyai resolusi permainan yang tinggi.

Isi Isi Penting
  • Terutamanya Untuk Penggemar Permainan Konsol Di Sarawak.
  • 1. Pastikan Anda Memiliki TV Resolusi 4K
  • 2. Standard vs Digital : Pilih Betul-Betul
  • 3. Ketahui Situasi Pasaran Versi Di Tempat Anda
  • 3. Capaian Internet Yang Kuat
  • 4. Sediakan Bajet Lebih
  • Bagaimana pula jika anda mahu menjual konsol PS5 pada masa akan datang?
  • Baca juga artikel menarik yang lain di sini :

Tapi, adakah anda tahu tentang perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli PS5?

Pemuda Ini Kongsi Perkara Yang Perlu Anda Hadam Sebelum Beli PS5 Di Malaysia

Seorang pengguna Twitter, @salihazwan telah berkongsi tentang perkara-perkara yang perlu anda hadam sebelum membeli PS5. Tambahnya lagi, ia adalah perkara yang kurang diketahui oleh peminat permainan konsol terutamanya di Sarawak.

To those who are planning to buy PS5, there is a few things you need to bear in mind, especially in Malaysia or specifically in Kuching

— Skye (@salihazwan) June 18, 2020

And for digital version, please make sure you have a good internet connection for downloading games and online experience gameplay, most of games nowadays have their regular update to patch any bugs and imperfection in games

— Skye (@salihazwan) June 18, 2020

Mari kita baca apa yang beliau titipkan untuk bakal pemilik PS5.

1. Pastikan Anda Memiliki TV Resolusi 4K

Bagi memastikan anda merasai pengalaman sebenar menggunakan PS5, anda mestilah memiliki sebuah televisyen. Dengan itu, barulah anda dapat menikmati kemas kini grafik baru.

Tambahan pula, PS5 sudah boleh menyokong resolusi sehingga 4K. Jadi, jika anda mempunyai set televisyen Ultra HD atau 4K, itu juga sudah cukup ‘power’ untuk anda bermain dengan grafik yang ‘real’.

2. Standard vs Digital : Pilih Betul-Betul

Menurut Salihazwan juga, PS5 didatangkan dalam 2 versi iaitu versi standard dan juga versi digital.

Pemuda Ini Kongsi Perkara Yang Perlu Anda Hadam Sebelum Beli PS5 Di Malaysia

Versi standard mempunyai slot standard bluray reader. Ini bermaksud anda boleh membeli permainan dalam bentuk cakera fizikal.

Berlainan pula dengan versi digital, anda hanya boleh membeli permainan di PS Store sahaja dan memasangnya di dalam storan anda. Permainan yang anda telah pasang pula semestinya akan terikat dengan akaun PS anda.

Jika anda sudah hadam akan perkara ini, baca tips yang seterusnya sebelum anda benar-benar memutuskan untuk membeli versi PS5.

3. Ketahui Situasi Pasaran Versi Di Tempat Anda

Bagi anda yang mensasarkan untuk membeli versi standard, anda juga harus peka dengan pasaran semasa versi di tempat anda.

Jika anda membeli versi standard dengan harapan agar anda dapat membuat pertukaran atau jualan CD dengan orang lain, pastikan ‘circle’ pengguna versi standard di tempat anda cukup besar untuk anda berbuat demikian. Jika ada, anda boleh berjimat untuk membeli permainan baru.

Pemuda Ini Kongsi Perkara Yang Perlu Anda Hadam Sebelum Beli PS5 Di Malaysia

Kalau kebanyakan pengguna di tempat anda menggunakan PS5 versi digital, maka ia adalah satu kerugian untuk anda kerana pasaran pertukaran atau jualan CD secara second hand akan menjadi sangat terhad.

3. Capaian Internet Yang Kuat

Dah nama pun PS5 kan, mestilah permainan alaf 2020 ini memerlukan capaian internet untuk sesi permainan yang syok. Seperti yang diterangkan oleh Salihazwan dalam bebenang ciapan beliau, salah satu kemudahan yang anda mesti ada ialah capaian internet yang kuat dan pantas.

Ini bagi memudahkan anda memuat turun dan menikmati pengalaman ‘gameplay’ secara atas talian untuk versi digital. Tambahan pula, kebanyakan permainan konsol pada masa kini mempunyai kemas kini berkala untuk patch sebarang bug dan ketidaklancaran dalam permainan.

Untuk versi standard pula, walau pun anda menggunakan cakera standard, kemas kini berkala juga diperlukan memandangkan versi permainan dalam cakera pemasangan adalah versi yang pertama.

Pemuda Ini Kongsi Perkara Yang Perlu Anda Hadam Sebelum Beli PS5 Di Malaysia
Pemuda Ini Kongsi Perkara Yang Perlu Anda Hadam Sebelum Beli PS5 Di Malaysia

Sekiranya permainan anda mempunyai bug, pihak pembangun permainan akan membuat kemas kini. Jadi, anda tiada pilihan melainkan membuat kemas kini secara atas talian.

Saranan beliau, sekurang-kurangnya 60% capaian internet yang stabil.

Good internet connection is the key, gais.

4. Sediakan Bajet Lebih

Bagi pengguna setia konsol yang telah menggunakan beberapa edisi Play Station, tentunya anda mengetahui tentang PS Plus. PS Plus ialah sebuah servis langganan tambahan untuk akaun PS sedia ada anda.

Antara fungsi yang paling berguna PS Plus ialah membolehkan sesi permainan ‘multiplayer’ secara atas talian atau ‘online multiplayer gaming’. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan diskaun untuk pembelian di PS Store, muat turun permainan bulanan dan 100GB storan cloud untuk permainan anda.

Pemuda Ini Kongsi Perkara Yang Perlu Anda Hadam Sebelum Beli PS5 Di Malaysia

Jadi, jika anda ingin mengajak rakan-rakan anda untuk bermain bersama, pastikan anda mempunyai bajet lebih untuk langganan PS Plus. Untuk edisi PS4 sebelum ini, harga langganan adalah sekitar RM 29 sebulan atau RM 159 setahun.

Itu belum termasuk bajet untuk membeli permainan baharu. Jadi, adakah anda sudah benar-benar bersedia?

Bagaimana pula jika anda mahu menjual konsol PS5 pada masa akan datang?

Jadi, jika anda berjanji kepada pemilik baru kelak bahawa konsol tersebut telah dilengkapi dengan 5 permainan misalnya, anda perlu memberi akaun PS anda kepada pemilik baharu kerana permainan yang anda beli di PS Store terikat dengan akaun PS anda.

Berdasarkan perkongsian tersebut, pemuda ini turut menasihatkan bahawa memiliki PS5 bukan sekadar anda membelanjakan wang untuk pembelian konsol semata-mata, tetapi juga ia juga bermakna anda perlulah berkorban banyak wang pada masa akan datang untuk permainan baru dan servis langganan tambahan.

Tambah nya lagi, jika anda membeli PS5 untuk sejenis permainan seperti FIFA, ia tidak menjadi suatu masalah.

Tetapi, jika anda membeli PS5 untuk merasai pengalaman grafik baharu, gameplay, mungkin anda patut mempertimbangkan sedalam-dalamnya kerana PS5 ini ibarat pelaburan berterusan di mana anda akan sentiasa berbelanja untuk menikmati kepuasan maksimum.

Membeli biar ada ilmu, gais. Apa komen anda? Kongsikan pendapat serta pengalaman anda sepanjang menggunakan Play Station.

Baca juga artikel menarik yang lain di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jangan Terlalu Selesa, Kluster Keluarga Terbaharu Di Bintulu Tanda Amaran Untuk Berjaga-Jaga Jangan Terlalu Selesa, Kluster Keluarga Terbaharu Di Bintulu Tanda Amaran Untuk Berjaga-Jaga
Next Article Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?