• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Van Rosak Dalam Perjalanan Ke Papar, Pemuda Menangis Terkandas 3 Jam Bersama Jenazah Bapa Mentua

Oleh
Aina Musa
24 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Van Rosak Dalam Perjalanan Ke Papar, Pemuda Menangis Terkandas 3 Jam Bersama Jenazah Bapa Mentua

Takziah diucapkan

Van Rosak Dalam Perjalanan Ke Papar, Pemuda Menangis Terkandas 3 Jam Bersama Jenazah Bapa Mentua. Seorang lelaki berkongsi kesedihannya selepas terkandas bersama jenazah bapa mertuanya akibat kerosakan van ketika dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar, Sabah pada Ahad.

Mohd Ariff Ahmad, dalam hantaran di laman Facebook, menjelaskan bahawa bapa mertuanya meninggal dunia ketika mereka dalam perjalanan. Laluan kawasan pendalaman menyukarkan mereka untuk menerima bantuan dari orang ramai. Keadaan ini menambahkan lagi kesedihan dan tekanan yang dialaminya.

Van Rosak Dalam Perjalanan Ke Papar, Pemuda Menangis Terkandas 3 Jam Bersama Jenazah Bapa Mentua
Van Rosak Dalam Perjalanan Ke Papar, Pemuda Menangis Terkandas 3 Jam Bersama Jenazah Bapa Mentua. Sumber: Facebook

Mohd Ariff juga telah membuat video secara langsung berdurasi lebih 40 minit mengenai keadaannya yang terkandas di simpang jalan Kota Belud bersama jenazah bapa mertuanya. Dalam video tersebut, beliau berkongsi rasa sedih dan perit yang dialaminya.

“Al-Fatihah untuk bapa mentua, baru mahu bawa di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.

“Kami dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor dan (kami) terkandas beberapa jam di sini. Kami berdua saja sekarang dan situasi ini membuatkan air mata saya mengalir,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam perkembangan terbaharu yang dikongsikan di Facebook, Mohd Ariff Ahmad menjelaskan bahawa pihak Hospital Tuaran telah sampai di tempat kejadian dan hanya mengesahkan kematian bapa mertuanya.

Namun, pihak hospital tidak membawa jenazah ke hospital terlebih dahulu.

Van Rosak Dalam Perjalanan Ke Papar, Pemuda Menangis Terkandas 3 Jam Bersama Jenazah Bapa Mentua

“Sementara itu, pihak hospital juga memberitahu agar mengurus sendiri van jenazah, lalu mereka beredar dari tempat kejadian,” katanya.

Setelah itu, Mohd Ariff menghubungi rakannya yang bernama Azhari Jaafar untuk menghubungi van jenazah yang berhampiran dengan lokasi kejadian. Setelah dua jam setengah menunggu, akhirnya datanglah kereta jenazah dari kampung Ketiau, Putatan, yang membawa jenazah pulang ke Bongawan untuk diuruskan dan dikebumikan oleh keluarga yang berada di Bongawan.

Kisah Mohd Ariff Ahmad ini mendapat perhatian ramai di media sosial, di mana orang ramai turut bersimpati dan memberikan kata-kata semangat serta doa buat keluarganya yang sedang bersedih. Tragedi ini mengingatkan kita akan pentingnya persediaan dan sokongan dalam menghadapi situasi kecemasan, terutamanya ketika berada di kawasan pendalaman.

Baca lagi artikel menarik:

126 Laksa Luah Kesal Pelanggan Kerap Bazir Sambal, Bakal Henti Beri Sambal Percuma
Kebakaran Musnahkan 5 Rumah Dan 73 Orang Hilang Tempat Tinggal Di Lawas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kebakaran Musnahkan 5 Rumah Dan 73 Orang Hilang Tempat Tinggal Di Lawas
Next Article Kerajaan Sarawak Luluskan Projek Jalan Baharu RM160 Juta di Batu Kawa Kerajaan Sarawak Luluskan Projek Jalan Baharu RM160 Juta Di Batu Kawa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?