• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penat Hadap Karenah Ibu ‘Strok’, Warga Emas Maut Didera Anak Dan Menantu

Oleh
Aina Musa
2 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Penat Hadap Karenah Ibu 'Strok', Warga Emas Maut Didera Anak Dan Menantu

Mangsa disyaki dipukul oleh kedua-dua suspek

Penat Hadap Karenah Ibu ‘Strok’, Warga Emas Maut Didera Anak Dan Menantu. Seorang warga emas yang menghidap strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian di Taman Tambun Tulang semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 5.30 pagi menerusi pegawai perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang memaklumkan terdapat pesakit meninggal dunia disyaki dipukul.

Penat Hadap Karenah Ibu 'Strok', Warga Emas Maut Didera Anak Dan Menantu
Penat Hadap Karenah Ibu ‘Strok’, Warga Emas Maut Didera Anak Dan Menantu. Kredit: Utusan Malaysia

Menurut laporan daripada Utusan Malaysia, mangsa, Rashidah Chong, 74, pada mulanya telah dihantar ke unit kecemasan hospital berkenaan pada pukul 4.10 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri walaupun pasukan perubatan telah memberi rawatan awal.

“Pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan pada bahagian luaran badan mangsa mendapati kesan lebam di kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Mohsin berkata,hasil siasatan awal mendapati anak perempuan mangsa berusia 34 tahun turut mengaku ada memukul warga emas berkenaan dengan menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala pada semalam.

Katanya, menantu mangsa juga disyaki terlibat dalam kejadian itu berdasarkan kepada keterangan yang meragukan.

Penat Hadap Karenah Ibu 'Strok', Warga Emas Maut Didera Anak Dan Menantu

“Kejadian berpunca daripada pertengkaran di mana anak perempuan mangsa dikatakan tidak tahan dan terlampau tertekan dengan ragam warga emas itu yang mengidap strok pada bahagian badan sebelah kiri.

“Kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah membunuh warga emas itu dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Mohsin berkata, mayat mangsa menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah dan mendapati terdapat kecederaan pada tubuhnya dengan kesan lebam di bahagian kedua-dua belah mata, dahi, umbun kepala dan lidah sisi kiri akibat tekanan.

Tambahnya, mangsa juga mengalami patah tulang rusuk kiri akibat tekanan dan punca kematian diklasifikasikan sebagai ‘Pending Laboratory Analysis’ sementara menunggu keputusan makmal.

Penat Hadap Karenah Ibu 'Strok', Warga Emas Maut Didera Anak Dan Menantu

Sementara itu, seorang penduduk setempat di taman itu yang ingin dikenali sebagai kak Leha, berkata, pasangan suami isteri itu telah menetap di rumah berkenaan bersama ibu mertua mereka sejak lebih setahun lalu.

“Pasangan itu mempunyai tiga orang anak malah mereka juga menjaga ibunya yang sedang sakit,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

‘Tok Baruknya Hero’, Aksi Individu Ini Selamba Tangkap Ular Di Pasar Sarikei Raih Perhatian Netizen
Kerajaan Negeri Cadang Borneo Samariang Water Park Dihidupkan Semula Buat Pengunjung
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Tok Baruknya Hero', Aksi Individu Ini Selamba Tangkap Ular Di Pasar Sarikei Raih Perhatian Netizen ‘Tok Baruknya Hero’, Aksi Individu Ini Selamba Tangkap Ular Di Pasar Sarikei Raih Perhatian Netizen
Next Article Naik Taraf Tandas Dan Pembaikan Penghawa Dingin Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?