• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 6 Pencipta Kandungan Sabah Sarawak Yang Gemar Beri Konten Bermanfaat

Oleh
Ismail NA
18 September 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Konten berimpak positif yang mesti anda ikuti

Ini 6 Pencipta Kandungan Sabah Sarawak Yang Gemar Beri Konten Bermanfaat. Dalam era digital ini, pelbagai pencipta kandungan telah muncul untuk memberi impak positif kepada masyarakat tempatan. Di Malaysia Timur, pencipta kandungan yang berilmiah dan bermanfaat perlu kita raikan kerana mereka adalah golongan yang rare tatkala dunia penciptaan kandungan kini sarat tertumpu kepada sesetengah segmen sahaja. Takkan nak review makanan saja kan…

Dalam artikel kali ini, kita akan mengenali enam individu istimewa yang telah berjaya mengangkat nama Sabah dan Sarawak melalui kandungan pendidikan dan hiburan mereka yang menarik. Tak lupa, pastinya menarik dan berbaloi untuk anda tekan butang Follow.

1. Karabaw Monster – Menyelami Cerita Alam Semulajadi

Ini 6 Pencipta Kandungan Sabah Sarawak Yang Gemar Beri Konten Bermanfaat
Ini 6 Pencipta Kandungan Sabah Sarawak Yang Gemar Beri Konten Bermanfaat. Sumber: Karabaw Monster

Sebagai seorang renjer alam semulajadi, Priceal Sharon Jamain atau lebih dikenali sebagai Karabaw Monster di platform media sosial, membawa kita meneroka keajaiban flora dan fauna tempatan.

Dengan pengetahuan yang mendalam tentang tumbuh-tumbuhan dan haiwan, beliau bukan sahaja mengajar kita tentang pelbagai perkara baharu, malah memupuk rasa cinta dan penghargaan terhadap khazanah alam yang tidak ternilai ini. Melalui kandungannya, kita dapat menyedari betapa pentingnya untuk memelihara dan melindungi alam semulajadi kita untuk generasi akan datang.

TikTok: https://www.tiktok.com/@p.sharon.j

@p.sharon.j

3 in 1 #hutantalk #danumvalley #brl

♬ original sound – Karabaw Monster – Karabaw Monster

2. jvy_tenangisgood – Kisah Inspirasi Seorang Porter Gunung Kinabalu

Ini 6 Pencipta Kandungan Sabah Sarawak Yang Gemar Beri Konten Bermanfaat
Sumber: TikTok @jvy_tenangisgood

Jvy, seorang porter Gunung Kinabalu yang gigih, membawa kita menyusuri kehidupan seharian beliau yang penuh cabaran. Melalui perkongsiannya, kita bukan sahaja dapat menghargai keindahan Gunung Kinabalu, tetapi juga memahami kesungguhan dan semangat tidak berputus asa yang diperlukan dalam kerjaya ini. Jvy mengajar kita bahawa setiap pekerjaan mempunyai nilai dan kepentingannya tersendiri, tidak kira betapa sukarnya ia kelihatan.

TikTok: https://www.tiktok.com/@jvy_tenangisgood

@jvy_tenangisgood

semangat gais..demi rezeki yg halal#gunungkinabalu #porterkinabalu #tenangisgood #fyp

♬ bunyi asal – Jvy waterproof Shop – Jvy waterproof Shop

3. Ismail Bin Roslan – Menjelajah Keunikan Budaya Sarawak

Ini 6 Pencipta Kandungan Sabah Sarawak Yang Gemar Beri Konten Bermanfaat
Kredit foto: Ismail Bin Roslan

Walaupun berasal dari Ipoh, Perak, Ismail Bin Roslan telah menjadikan Sarawak sebagai medan penerokaan budaya dan alamnya. Beliau membawa kita meneroka keindahan negeri ini yang mungkin jarang diketengahkan. Melalui perkongsiannya, kita dapat mengenali kepelbagaian suku kaum dan etnik Sarawak, sekaligus menambah pemahaman kita tentang kekayaan budaya negara ini.

TikTok: https://www.tiktok.com/@ismail.bin.roslan
Instagram: https://www.instagram.com/ismail.bin.roslan/
Facebook: https://www.facebook.com/ismailroslan/

@ismail.bin.roslan

#kaul #serahangkakan #pestakaul #mukah #sarawak #serahang @Tourism Malaysia @Sarawak Tourism Board #maeljalansarawak #fyp #fypsarawak #tellian #melanau #laut #berbudayaterusmaju

♬ Gadis Sarawak – Hasnol

4. Richard Ker – Menyebarkan Kisah Positif dari Tawau ke Seluruh Dunia

Ini 6 Pencipta Kandungan Sabah Sarawak Yang Gemar Beri Konten Bermanfaat
Kredit foto: Richard Ker

Richard Ker, seorang storyteller dari Tawau, membawa kita melihat dunia melalui kaca mata yang optimis. Beliau sering berkongsi kisah-kisah inspirasi daripada individu dan entiti tempatan mahupun antarabangsa. Melalui kandungannya, kita belajar untuk melihat kehidupan dari sudut pandang yang positif, sekaligus mendapat motivasi untuk terus maju dalam kehidupan.

@therichardker

The story of the Malaysian who designed the Mecca Royal Clock Tower in Saudi Arabia #malaysia #success #story #richardker #storyteller

♬ Cinematic Motivational Inspiration – MMStudioRecords

TikTok: https://www.tiktok.com/@richardker.tiktok
Instagram: https://www.instagram.com/richardker/
Facebook: https://www.facebook.com/richardker

5. Dr Deen – Menyebarkan Ilmu Kesihatan Gigi dalam Loghat Melayu Sarawak

Ini 6 Pencipta Kandungan Sabah Sarawak Yang Gemar Beri Konten Bermanfaat
Sumber: TikTok Dr Deen

Dr Deen, seorang doktor gigi yang berpusat di Kuching, Sarawak, telah membawa satu dimensi baru dalam dunia pencipta kandungan tempatan di Sarawak. Walaupun masih baru dalam arena ini, beliau telah berjaya menarik perhatian ramai dengan perkongsian ilmu kesihatan gigi yang mudah difahami.

Penggunaan dialek Melayu Sarawak dalam kandungannya bukan sahaja mendekatkan beliau dengan penonton tempatan, malah membuktikan bahawa ilmu boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk yang menarik.

TikTok: https://www.tiktok.com/@ddeeeeeennnn

@ddeeeeeennnn

Stop BERUS gigi macam tok #fyp #foryou

♬ يا احد – AKHBAR GTG

6. Faisol Abdullah Vlog – Menyingkap Keunikan Budaya Melayu Sarawak

Ini 6 Pencipta Kandungan Sabah Sarawak Yang Gemar Beri Konten Bermanfaat
Sumber: Faisol Abdullah

Faisol Abdullah, seorang anak perantau dari Semenanjung yang kini berada di Sarawak, telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan keunikan budaya Melayu Sarawak kepada dunia luar.

Melalui vlognya, beliau membawa kita menyelami kehidupan masyarakat Melayu di kawasan Kabong dan Saratok. Perkongsian beliau bukan sahaja membuka mata kita tentang keunikan budaya ini, tetapi juga menunjukkan bahawa adaptasi ke dalam budaya baru boleh membawa kepada penemuan yang menarik dan berharga.

TikTok: https://www.tiktok.com/@faisol_abdullah
Facebook: https://www.facebook.com/FaisolAbdullahVlog
Youtube: https://www.youtube.com/@FaisolAbdullahVlog

@faisol_abdullah

hahaha #kabong #kabongsarawak #kabongsarawak❤️ #malaysia #fypシ #sarawak #raya2024 #quote #healing #tapeakdiengkahlamkoteak #baruatengalupuleang #tourism #jelajahborneo @ashraffzan88 @kopiopenggggggg #moodraya

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Pentingnya peranan media sosial memberi pengetahuan positif

Kesemua pencipta kandungan ini telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mendidik dan menginspirasikan masyarakat untuk menghargai keunikan dan kekayaan budaya serta alam semulajadi negeri masing-masing. Melalui usaha mereka, kita dapat melihat betapa pentingnya peranan media sosial dalam mendidik pengetahuan baharu, sekaligus mempromosikan dan memelihara warisan negara kita.

Mari kita terus menyokong usaha mereka dan moga-moga lebih ramai lagi pencipta kandungan seperti mereka akan muncul untuk terus memperkayakan khazanah digital negara kita. Sesungguhnya, mereka adalah duta-duta tidak rasmi yang memperkenalkan keindahan Sabah dan Sarawak kepada dunia.

Baca juga nasihat daripada idola pencipta kandungan se-Malaysia, Khairul Aming ini

Jadi ‘Role Model’ Kepada Content Creator, Khairul Aming Titip Nasihat Padu Kepada Anak Muda
Didakwa Pendapatan Cecah RM360k Sebulan, YouTuber Terkenal Malaysia Sangkal Fakta Ini

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kepada Peminat Indie, Fourtwnty Bakal Gegar Pentas Kampung Budaya Sarawak Kepada Peminat Indie, Fourtwnty Bakal Gegar Pentas Kampung Budaya Sarawak
Next Article Tular Pelajar Di Pedalaman Sabah Terpaksa Jalan Kaki Satu Jam, Lalu Jalan Becak Ke Sekolah Tular Pelajar Di Pedalaman Sabah Terpaksa Jalan Kaki Satu Jam, Lalu Jalan Becak Ke Sekolah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?