• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pencuri Motosikal Di Arked MARA Sibu Ditahan Polis

Oleh
Farisha
10 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pencuri ditangkap 4 jam selepas mencuri motosikal di Sibu

Pencuri Motosikal Di Arked MARA Sibu Ditahan Polis. Tindakan pantas pihak polis di Sibu telah berjaya menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun kira-kira empat jam selepas beliau mencuri sebuah motosikal di Arked MARA Sibu pada pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, kejadian mencuri motosikal itu berlaku antara pukul 10.30 dan 11 pagi, manakala suspek berjaya ditangkap di kawasan semak di Jalan Kemuyang pada pukul 3 petang.

Pencuri Motosikal Di Arked MARA Sibu Ditahan Polis
Pencuri Motosikal Di Arked MARA Sibu Ditahan Polis

Menurut laporan, sepasukan Unit Kereta Peronda IPD Sibu telah berjaya mengesan dan menangkap suspek kira-kira empat jam selepas kejadian itu berlaku. Pihak polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda C70 yang ditinggalkan suspek di tepi jalan Kemuyang.

Video kejadian mencuri motosikal itu turut tular di media sosial, memaparkan aksi suspek melarikan motosikal sedang dikejar dan dibelasah beberapa orang awam.

Bagaimanapun, pemilik motosikal sempat merakamkan video ketika suspek melarikan motosikal miliknya. Susulan kejadian itu, pemilik motosikal membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada pukul 12.41 tengah hari.

Suspek dikejar dan dibelasah oleh orang awam

Tindakan pantas Unit Kereta Peronda IPD Sibu dan bantuan orang awam membawa kepada penangkapan suspek yang merupakan seorang penganggur dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek kini ditahan sementara menunggu permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun, dan denda.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian pemilik motosikal di laman Facebook, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga tempatan dan pihak polis yang bekerjasama dalam menjejak, mencari dan menangkap pencuri motosikal tersebut.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Langgar Lampu Merah, Pemandu Lori Nyaris Gilis Penunggang Motosikal Di Jalan Samarahan Pemandu Lori Langgar Lampu Merah Nyaris Gilis Penunggang Motosikal Di Jalan Samarahan
Next Article TERKINI: Speaker Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia TERKINI: Speaker Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?