• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penerbangan Dari Luar Negeri Ke Sibu Dan Miri Akan Dikurangkan, 13 Penerbangan Seminggu

Oleh
Husna Hazmi
8 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kekerapan penerbangan dari luar negeri ke Sibu dan Miri telah dikurangkan.

Penerbangan Dari Luar Negeri Ke Sibu Dan Miri Akan Dikurangkan, 13 Penerbangan Seminggu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan untuk mengurangkan kekerapan penerbangan dari luar negeri ke Sibu dan Miri.

Menurut menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin, perkara itu diputuskan oleh jawatankuasa pada 5 Januari lalu.

“Ini berdasarkan permintaan dari pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu dan Miri serta mengambil kira jumlah bilik hotel yang terhad untuk tujuan kuarantin selain peningkatan kes COVID-19 di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah.

“Maklumat terkini mengenai jadual penerbangan yang diluluskan oleh JPBNS ini akan dihebahkan kepada orang ramai melalui media sosial agar orang ramai mengetahui sepenuhnya perubahan jadual penerbangan untuk merancang perjalanan mereka lebih baik dalam tempoh pandemik COVID-19 yang mencabar di negeri ini,” kata beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Penerbangan Dari Luar Negeri Ke Sibu Dan Miri Akan Dikurangkan, 13 Penerbangan Seminggu
Penerbangan Dari Luar Negeri Ke Sibu Dan Miri Akan Dikurangkan, 13 Penerbangan Seminggu

Surat telah ditulis kepada Malaysia Airlines, AirAsia dan MASwings

Lee juga berkata, susulan keputusan JPBNS, kementeriannya juga telah menulis surat kepada Malaysia Airlines, AirAsia dan MASwings pada 5 Januari mengenai jadual penerbangan yang telah diluluskan, akan berkuat kuasa Sabtu ini.

“Namun, untuk penerbangan AirAsia dari Johor Baharu ke Sibu, penerbangan terakhir adalah pada hari Sabtu iaitu 9 Januari ini. 

“Selepas itu, tidak akan ada lagi penerbangan dari Johor ke Sibu sehingga diberitahu kelak,” menurut beliau. 

Di dalam usaha merancang keseluruhan jadual penerbangan ini, Datuk Lee Kim Shin memberitahu bahawa setiap syarikat penerbangan akan diberi waktu penerbangan yang berbeza untuk membantu syarikat penerbangan mendapatkan muatan penumpang yang lebih baik untuk penerbangan mereka.

Penerbangan Dari Luar Negeri Ke Sibu Dan Miri Akan Dikurangkan, 13 Penerbangan Seminggu

Hanya menjual tiket penerbangan mengikut jadual penerbangan yang telah diluluskan oleh JPBNS

“Saya ingin mengingatkan semua syarikat penerbangan agar hanya menjual tiket penerbangan mengikut jadual penerbangan yang telah diluluskan oleh JPBNS. 

“Ini penting untuk memberikan perkhidmatan penerbangan yang boleh dipercayai kepada orang ramai di negeri ini. 

“Di samping itu, orang ramai disarankan untuk menempah atau membeli tiket penerbangan berdasarkan jadual penerbangan terbaru yang disetujui JPBNS.

“Syarikat penerbangan diingatkan untuk tidak membatalkan penerbangan yang dipersetujui JPBNS pada saat terakhir untuk mengelakkan sebarang kesulitan dari orang ramai,” tambah beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Lokasi Yang Dikunjungi Kes Positif COVID-19 Di Sarawak
Next Article Pengasas Tesla Dan SpaceX, Elon Musk Muncul Sebagai Individu Terkaya Di Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?