• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Pengalaman Omakase Wagyu A5, Wagyu Dojo Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
2 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pengalaman Omakase Wagyu A5, Wagyu Dojo Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching

Wahh, tak banyak restoran yang menawarkan omakase di Kuching ni

Pengalaman Omakase Wagyu A5, Wagyu Dojo Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching. Pecinta daging Wagyu, berita gembira buat anda semua! Wagyu Dojo, sebuah kedai yang terkenal dengan potongan daging Wagyu A5 kini bakal membuka cawangannya di Kuching.

Dengan reputasinya yang tersohor, kedai ini pastinya akan menjadi tumpuan para foodie di negeri Sarawak.

Pengalaman Omakase Wagyu A5, Wagyu Dojo Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching
Pengalaman Omakase Wagyu A5, Wagyu Dojo Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching. Kredit: Wagyu Dojo

Pelanggan dapat menikmati daging dengan marbling yang sempurna dan lembut.

Pengalaman omakase adalah satu pengalaman yang unik di mana setiap hidangan yang disajikan dijamin daripada daging Wagyu A5 dengan grading BMS 10 dan ke atas. Bagi mereka yang kurang familiar, BMS (Beef Marbling Standard) adalah satu sistem grading yang menilai kualiti marbling daging.

Dengan BMS 10 dan ke atas, ini bermakna pelanggan akan menikmati daging dengan marbling yang sempurna dan lembut.

Pengalaman Omakase Wagyu A5, Wagyu Dojo Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching

Kedai-kedai yang menawarkan pengalaman ini masih dianggap jarang

Omakase ialah istilah didalam bahasa Jepun yang bermakna ‘meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada seseorang’ : didalam konteks ini bermakna meletakkan kepercayaan kepada cef untuk memasak hidangan terbaik untuk anda. Biasanya dengan memasak di depan mata

Walaupun konsep omakase ini bukanlah sesuatu yang baru di negara lain, namun di Kuching, kedai-kedai yang menawarkan pengalaman ini masih dianggap jarang. Oleh itu, kehadiran Wagyu Dojo pasti akan menambahkan lagi kepelbagaian dalam seni kulinari di Kuching.

Pengalaman Omakase Wagyu A5, Wagyu Dojo Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching

Walau bagaimanapun, lokasi untuk cawangan Wagyu Dojo ini belum lagi diumumkan, Namun, ianya bakal dibuka pada 10 Oktober ini!

Bagi mereka yang menggemari daging dan ingin mencuba sesuatu yang berbeza, Wagyu Dojo di Kuching adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Siapkan diri anda untuk satu pengalaman makan malam yang tidak akan mudah dilupakan!

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah ini:

Terkenal Sebagai Syurga Makanan Di Malaysia, Ini Keunikan Hidangan Kelantan Buat ‘Food Lover’
Kerajaan Mahu Perkenal Kad ID Khas Beli Minyak Paket Undang Reaksi Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seekor Ikan Yang Pelik, Pemancing Teruja Tangkap Ikan ‘Bergigi Manusia’
Next Article Acho Prince, Anak Sarawak Pertama Rangkul Gelaran Juara 'Arm Wrestling' Peringkat Dunia Acho Prince, Anak Sarawak Pertama Rangkul Gelaran Juara ‘Arm Wrestling’ Peringkat Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?