• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengeluaran Khas RM10K, KWSP Umum Butiran Penuh Langkah Permohonan

Oleh
ILB - AI
29 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Pengeluaran Khas RM10K, KWSP Umum Butiran Penuh Langkah Permohonan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan cara permohonan untuk kemudahan pengeluaran khas

Pengeluaran Khas RM10K, KWSP Umum Butiran Penuh Langkah Permohonan. Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 bagi para pencarum.

Untuk pengetahuan anda, permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun sahaja. Permohonan akan dibuka pada 1 April 2022 sehingga 30 April 2022 dan pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.

Sekiranya anda ingin mengeluarkan pengeluaran khas ini, KWSP telah mengumumkan langkah permohonan bagi kemudahan anda.

Pengeluaran Khas RM10K, KWSP Umum Butiran Penuh Langkah Permohonan

Langkah permohonan

Para pemohon boleh membuat permohonan tersebut melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my – pautan ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun – bermula 1 April 2022.

Sebelum anda mengemukakan permohonan, anda digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah ali i-Akaun, atau kiosk KWSP.

Jumlah maksimum yang dibenarkan untuk dikeluarkan adalah RM10,000 sahaja manakala jumlah minimum adalah RM50 sahaja.

Untuk mengakses Akaun 1, anda perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 serta mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun anda.

Cara pembayaran

Pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan dalam akaun bank simpanan / semasa ahli.

Pastikan akaun bank anda adalah aktif dan di bawah nama anda sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat tidak dibenarkan.

Anda boleh semak status permohonan anda menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my mulai 9 April 2022.

.@KWSPMalaysia umum cara keluarkan rm10,000 pic.twitter.com/iSwgAcX2h3

— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) March 29, 2022

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP serta menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rider FoodPanda Maut Dalam Kemalangan Berdekatan McDonald Jalan Semariang
Next Article Tidak Hadir Ke Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bapa Eric Chang Tidak Hadir Ke Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bapa Eric Chang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?