I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Penggemar Offroad Boleh Cuba Pergi Ke Sini, Nikmati Alam Semula Jadi Di Giam Bidai Ulu Niah Miri
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Penggemar Offroad Boleh Cuba Pergi Ke Sini, Nikmati Alam Semula Jadi Di Giam Bidai Ulu Niah Miri

Oleh iloveborneo 10 Februari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Penggemar Offroad Boleh Cuba Pergi Ke Sini, Nikmati Alam Semula Jadi Di Giam Bidai Ulu Niah Miri

Kereta kecil boleh masuk, tapi tidak digalakkan!

Penggemar Offroad Boleh Cuba Pergi Ke Sini, Nikmati Alam Semula Jadi Di Giam Bidai Ulu Niah Miri. Jika anda seorang peminat alam semula jadi dan memandu offroad, maka destinasi ini adalah tempat untuk anda!

Kerana keadaan jalan, ia adalah sangat dinasihatkan untuk menggunakan kenderaan jenis 4×4 – jadi pemandu offroad boleh menyahut cabaran! Walaupun perjalanan yang sukar sedikit, anda akan diberi ganjaran dengan pemandangan indah air terjun dan alam semula jadi di Giam Bidai Ulu Niah.

Penggemar Offroad Boleh Cuba Pergi Ke Sini, Nikmati Alam Semula Jadi Di Giam Bidai Ulu Niah Miri. Kredit foto: Subis Tourism

Pastikan anda mendapatkan surat kebenaran sebelum memasuki Giam Bidai Ulu Niah Miri

Perjalanan ke Giam Bidai dianggarkan mengambil masa sekitar 2 jam lebih kalau guna jalan pantai dari Miri, manakala pekan yang terdekat terletak satu jam dari tempat ini. Dengan pertimbangan ini, sebaiknya datang bersiap sedia dan bawa seberapa banyak bekalan yang diperlukan seperti makanan, air dan barang keperluan lain.

Artikel Lain

Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu
Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu
Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi
Ini 7 Shopping Mall Paling Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai

Untuk pergi ke sini, anda perlu memandu ke Simpang Ulu Niah, yang akan mengambil kira-kira satu jam sebelum anda tiba ke destinasi. Sebaik sahaja anda tiba ke pondok keselamatan, anda akan dikehendaki untuk menulis nama anda.

Your main adventure akan bermula dari sini! Memandangkan jalan tersebut dianggap sebagai jalan balak, kenderaan jenis 4×4 merupakan pengangkutan terbaik untuk ke sini. Kereta yang lebih kecil telah dilihat memandu ke Giam Bidai juga tetapi penumpang dan pemandu perlu berjalan kaki ke lokasi sebaik sahaja mereka hendak sampai ke Giam Bidai. Kereta 4×4 pula boleh letak kereta terus di tepi tebing Giam Bidai.

Ia lebih baik untuk menggunakan kenderaan 4×4 untuk pergi ke sini. Lihatlah betapa berlumpurnya tayar kereta-kereta ini! Kredit foto: Flo Rence via Facebook

Pelbagai aktiviti santai yang menarik boleh dibuat di sini!

Selain menikmati alam semula jadi (yang boleh dijadikan prop untuk sesi bergambar), anda juga boleh berkhemah di sini!

Anda boleh berkhemah di sini juga. Kredit foto: Davis Innue via Facebook

Jika anda berminat untuk BBQ / berkelah di sini sambil menikmati pemandangan, ia lebih baik anda datang ke sini lebih awal kerana tempat ini pun dianggap popular dan sering dikunjungi oleh pelawat.

BBQ sambil menikmati pemandangan indah alam semula jadi, memang layan gila! Kredit foto: Walton Kojeks via Facebook

Semasa berada di sana, anda juga boleh melakukan aktiviti air di sungai Giam Bidai! Sungai itu mengalir deras, sesuai untuk dijadikan water slide semula jadi! Macam Sunway Lagoon pula!

Jangan lupa bawa pelampung sendiri, ok?

Air yang mengalir deras boleh dijadikan water slide semula jadi! Kredit foto: Sharifah Masni Wan Mohamad via Facebook
Kredit foto: Sharifah Masni Wan Mohamad via Facebook

Seperti biasa, jika anda pergi ke sini pastikan anda memastikan tempat bersih dan apa-apa sampah yang anda miliki, bawa pulang bersama anda untuk dibuang di dalam tong sampah terdekat.

Pernahkah anda kunjungi Giam Bidai Ulu Niah? Komen pengalaman anda di bawah dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Imbas Suhu Sebelum Masuk Institusi Pendidikan Tidak Diwajibkan Mulai 11 Februari Ini
Next Article "Nang Kuat Kaki Ya" - Netizen Tabik Abang Motosikal Ini Bantu 'Tolak' Kereta Di Bulatan Gersik ‘Nang Kuat Kaki Ya’ – Netizen Tabik Abang Motosikal Ini Bantu ‘Tolak’ Kereta Di Bulatan Gersik

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?