• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penggunaan Istilah ‘Wilayah’ Untuk Sabah, Ketua Menteri Sabah Setuju

Oleh
Nazihah AN
9 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Ketua Menteri Sabah dan pihaknya mengalu-alukan penggunaan ‘wilayah’ untuk Sabah

Penggunaan Istilah ‘Wilayah’ Untuk Sabah, Ketua Menteri Sabah Setuju. Dilaporkan bahawa, isu berkenaan penggunaan wilayah untuk Sabah dan Sarawak yang tular, masih belum mengenal pasti kesahihannya.

Isi Isi Penting
  • Ketua Menteri Sabah dan pihaknya mengalu-alukan penggunaan ‘wilayah’ untuk Sabah
  • Bagi saya ini adalah satu usaha untuk menguatkan lagi kesatuan negara kita Malaysia
  • Pelaksanaannya berdasarkan keputusan dan arahan yang diterima
  • Baca lagi di sini:

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah telah mengulaskan bahawa pihaknya mengalu-alukan dengan isu penggunaan wilayah untuk Sabah. Jelas beliau, jika diimbas kembali dengan sejarah penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak sememangnya sebuah wilayah.

“Sebenarnya, itulah apabila kita bersetuju menubuhkan negara Malaysia, Sabah adalah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan bergabung dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan negara Malaysia.” -ulas beliau.

Penggunaan Istilah 'Wilayah' Untuk Sabah, Ketua Menteri Sabah Setuju
Penggunaan Istilah ‘Wilayah’ Untuk Sabah, Ketua Menteri Sabah Setuju

Bagi saya ini adalah satu usaha untuk menguatkan lagi kesatuan negara kita Malaysia

Beliau mengulas dalam sidang media selepas Majlis Pertemuan Bersama Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Zon Lima, Sabah, di Sandakan, pada Khamis malam.

“Jadi mungkin itulah antara yang diperlukan oleh penduduk-penduduk di Negeri Sabah dan juga di Sarawak supaya balik ke asal nama di mana Sabah dianggap satu wilayah dan juga Sarawak dianggap satu wilayah, dan ini amat kita alu-alukan. Bagi saya ini adalah satu usaha untuk menguatkan lagi kesatuan negara kita Malaysia.” – tambah beliau.

Khamis lepas, sebuah portal berita melaporkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melaksanakan untuk menukar nama cawangan semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.

Penggunaan Istilah 'Wilayah' Untuk Sabah, Ketua Menteri Sabah Setuju
Penggunaan Istilah ‘Wilayah’ Untuk Sabah, Ketua Menteri Sabah Setuju

Pelaksanaannya berdasarkan keputusan dan arahan yang diterima

Menurut portal tersebut, sumber KKMM menyatakan bahawa pelaksanaannya berdasarkan keputusan dan arahan yang diterima pada mesyuarat kabinet sebelumnya. Awal bulan ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa panggilan sebelumnya untuk Sabah dan Sarawak untuk ‘negeri’ segera diubah menjadi ‘wilayah’.

Perkara tersebut kemudiannya tular di media sosial.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Sehingga 26 April Ini
Next Article Lebih 11 Juta Maklumat Pengguna Facebook Di Malaysia Mungkin Terdedah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?