I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Pengikrar VS Penderma, Ketahui Perbezaan Antara Pengikrar Penderma Organ Dan Penderma Organ Sebenar!
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengikrar VS Penderma, Ketahui Perbezaan Antara Pengikrar Penderma Organ Dan Penderma Organ Sebenar!

Last updated: 27/06/22 1:31 PM
Kedung BK
Kongsi
7 Min Bacaan
Pengikrar VS Penderma, Ketahui Perbezaan Antara Pengikrar Penderma Organ Dan Penderma Organ Sebenar!
Kongsi

Anda boleh melakukan satu perbuatan baik yang terakhir apabila masa anda di dunia ini sudah berakhir

Pengikrar VS Penderma, Ketahui Perbezaan Antara Pengikrar Penderma Organ Dan Penderma Organ Sebenar! Nyawa adalah sesuatu yang berharga; kita hanya hidup sekali dan kita perlu memastikan kita menghargai nyawa kita. Namun, ada lagi yang kurang bernasib baik yang tidak mempunyai kesihatan untuk menjalani kehidupan mereka sepenuhnya.

Setiap hari, pesakit yang berada dalam senarai menunggu pemindahan organ berharap untuk menjalani pembedahan yang boleh menyelamatkan mereka tetapi senarai ini sentiasa panjang. Malangnya, sebilangan pesakit tidak hidup cukup lama untuk menunggu giliran mereka.

Pengikrar VS Penderma, Ketahui Perbezaan Antara Pengikrar Penderma Organ Dan Penderma Organ Sebenar!

Jika anda ingin melakukan satu perbuatan baik terakhir selepas masa anda di dunia ini sudah berakhir, anda boleh berbuat demikian dengan membantu pesakit seperti ini mendapatkan organ yang mereka perlukan untuk menjalani kehidupan mereka sepenuhnya.

Tetapi sebelum anda mempertimbangkan untuk mendaftar menjadi penderma, terdapat kekeliruan antara istilah pengikrar penderma organ dan penderma organ. Baca selanjutnya untuk ketahui perbezaannya!

Sebelum anda mendakwa diri anda seorang ‘penderma’, ketahui perbezaan istilah ‘pengikrar’ dan ‘penderma’ terlebih dahulu.

Apakah ‘pengikrar penderma organ’?

Sebelum lanjut, anda perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘pengikrar penderma organ’ dan mengapa ia tidak mempunyai maksud yang sama dengan ‘penderma organ’.

Bagi mereka yang mendaftar sebagai pengikrar penderma organ, mereka merupakan penderma organ selepas kematian bagi tujuan menyelamatkan nyawa.

Kredit foto: The Star

Terdapat salah tanggapan bahawa mereka yang telah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ, organ mereka secara automatik akan diderma selepas mereka meninggal dunia. Tetapi perkara ini bukan selalunya berlaku.

Untuk pengetahuan anda, tidak semua pengikrar akan layak menjadi penderma organ kerana terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum prosedure pendermaan organ dilaksanakan.

Antara syaratnya adalah jenis dan tempoh kematian, kebenaran waris serta kesesuaian bakal penerima (sama ada si penerima dapat menerima organ tersebut atau tidak).

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Penang Foodie

Waris juga memainkan peranan dalam kelulusan pendermaan organ – sekiranya waris kepada individu yang telah berikrar sebagai penderma organ tidak membenarkan pendermaan organ selepas kematian, pendermaan tersebut tidak boleh dilaksanakan walaupun si mati telah berikrar.

Perlu diketahui juga bahawa Akta Tisu Manusia 1974 menyatakan pendermaan organ selepas kematian hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat kebenaran daripada waris.

Gambar sekadar hiasan.

Oleh itu, jika anda nekad untuk menderma organ anda selepas anda meninggal dunia, pastikan anda berbincang dahulu kepada ahli keluarga (waris) anda tentang hasrat anda agar mereka memahami dan membenarkan organ anda diderma jika didapati layak menjadi penderma organ selepas kematian kelak.

Perkara ini sering menjadi penyebab utama mengapa organ pengikrar tidak dilaksanakan kerana waris tidak membenarkan organ si mati untuk diderma dan kebiasaannya mereka tidak mengetahui hasrat si mati kerana si mati gagal berbincang atau memaklumkan berkaitan pendaftaran sebagai pengikrar penderma organ. Jadi jangan lupa untuk berbincang dan memberitahu waris anda, ok?

Gambar sekadar hiasan.

Bagaimana pula dengan ‘penderma organ’?

Walaupun pengikrar penderma organ berjanji untuk menderma organ mereka selepas kematian, istilah ‘penderma organ’ sesuai digunakan untuk mereka yang sebenarnya telah menderma organ semasa hidup.

Pemindahan organ yang paling biasa dilakukan bagi prosedur organ penderma hidup ialah pemindahan buah pinggang dan hati. Orang yang masih hidup juga boleh menderma tisu seperti kulit, sumsum tulang dan sel pembentuk darah.

Salah satu organ yang boleh anda dermakan semasa anda hidup ialah buah pinggang anda.

Anda tidak semestinya hidup untuk menderma organ anda untuk digelar penderma organ, kerana anda akan mendapat gelaran itu apabila organ anda telah didermakan walaupun selepas kematian!

Pendek kata, mereka yang baru mendaftar sebagai pengikrar penderma organ bukanlah penderma organ, selagi mereka tidak melakukan sebarang prosedur pemindahan kepada pesakit lain.

Kenapa menderma organ adalah sesuatu perkara yang baik

Selain daripada melakukan satu perbuatan baik terakhir di dunia selepas kematian, anda juga boleh membantu mereka yang benar-benar memerlukan untuk menjalani kehidupan mereka sepenuhnya.

Tahukah anda bahawa seorang penderma organ boleh membantu ramai orang? Badan terdiri daripada banyak organ – satu organ boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa seseorang, manakala organ lain boleh digunakan untuk menyelamatkan yang lain. Malah, dilaporkan bahawa seorang penderma organ berpotensi menyelamatkan sekurang-kurangnya lapan nyawa!

Kredit foto: The Birmingham Times

Satu lagi perkara yang baik daripada menjadi penderma organ ialah ia mampu membantu keluarga dan rakan anda yang bersedih selepas kematian anda untuk berasa ‘tenang’, dengan mengetahui bahawa orang yang mereka sayangi telah membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Malah, terdapat fenomena di mana keluarga penderma organ akan bertemu dengan penerima organ orang tersayang yang telah meninggal dunia!

Kredit foto: Fox News

Kejadian seperti ini dilihat mempunyai impak yang kuat, dengan keluarga si mati mengatakan bahawa “mereka merasakan si mati masih hidup” dan penerima mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga penderma organ kerana memberi mereka peluang untuk menjalani kehidupan mereka sepenuhnya.

Adakah anda berminat untuk berikrar menjadi penderma organ?

Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengikrar penderma organ, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar dengan Pusat Sumber Transplan Nasional.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil tahu tentang kepentingan pendermaan organ dengan menyatakan hasrat untuk membantu mereka yang mengalami kegagalan organ akhir apabila mereka meninggal dunia serta memberi motivasi dan harapan kepada pesakit untuk kekal positif kerana terdapat ramai lagi di luar sana yang mulia hati yang sudi membantu mereka!

Gambar sekadar hiasan.

Dengan penyertaan anda dalam program ini, anda bukan sahaja menyelamatkan nyawa orang lain sebaik sahaja anda meninggal dunia, tetapi juga membantu ramai orang lain kerana membenarkan mereka meluangkan kehidupan mereka bersama pesakit yang diselamatkan oleh anda.

Anda boleh mendaftar untuk menjadi pengikrar penderma organ melalui pautan ini di sini! Terima kasih atas jasa baik anda!

Lagi di sini:

SUMBER : DERMA ORGAN
Kedung BK 27 Jun 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Dah Book Online! Mulai 1 Julai Ini Borneo Cultures Museum Terima Walk-in Sepenuhnya
Next Article Ini Sebab Mengapa Bandaraya Kuching Ditadbir Oleh 2 Datuk Bandar

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?