• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penguasaan Bahasa Mandarin Lebih Diutamakan Oleh Majikan Berbanding Kelayakan Akademik

Oleh
Farisha
16 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kemahiran dan kelayakan yang diperlukan untuk berdaya saing dalam kerjaya, termasuk fasih berbahasa Mandarin

Penguasaan Bahasa Mandarin Lebih Diutamakan Oleh Majikan Berbanding Kelayakan Akademik. Faktor pendidikan formal kini kurang ditekankan oleh kebanyakan majikan semasa proses pengambilan pekerja.

Menurut sumber, majikan lebih memberi tumpuan kepada aspek seperti etika kerja yang baik, pengalaman kerja, kesesuaian budaya syarikat dan keupayaan untuk terus meningkatkan kemahiran demi kenaikan pangkat.

Penguasaan Bahasa Mandarin Lebih Diutamakan Oleh Majikan Berbanding Kelayakan Akademik
Penguasaan Bahasa Mandarin Lebih Diutamakan Oleh Majikan Berbanding Kelayakan Akademik. Gambar sekadar hiasan. Sumber: OSC

Menurut laporan terbaru Jobstreet by Seek Malaysia, kebanyakan majikan menyediakan program latihan dan pembelajaran kendiri untuk membantu pembangunan kerjaya pekerja.

Pendidikan formal tidak lagi menjadi kriteria utama

Oleh itu, pendidikan formal tidak lagi menjadi kriteria utama kerana majikan menyediakan latihan khusus mengikut keperluan syarikat.

Selain itu, permintaan terhadap bakat yang fasih berbahasa Mandarin juga semakin meningkat, terutamanya untuk jawatan peringkat pertengahan dan atasan.

Ini disebabkan peningkatan pelaburan asing di Malaysia, khususnya dari negara berbahasa Mandarin seperti China. Keupayaan dwibahasa menjadi keperluan penting bagi syarikat yang berurusan dengan pasaran antarabangsa.

Persekutuan Majikan Malaysia menegaskan bahawa majikan kini mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dalam menilai calon dengan mengambil kira gabungan pendidikan formal, kemahiran praktikal dan pengalaman berkaitan.

Penilaian seperti ini bertujuan mengenal pasti potensi sebenar calon untuk menyumbang kepada organisasi.

Bukan Mandarin sahaja, malah kepentingan bahasa Inggeris paling diperlukan

Walaupun kecekapan bahasa Mandarin semakin penting, bahasa Inggeris masih menjadi antara kemahiran paling diperlukan oleh majikan.

Selain itu, graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga semakin mendapat perhatian majikan kerana mereka memiliki kemahiran praktikal yang diperlukan oleh industri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Fasih Berbahasa Korea, Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai
Wanita Dari Sabah Bercakap Bahasa Korea Dengan Pelanggan Korea, Netizen Kagum Dengan Kefasihannya
SUMBER :NST
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Permohonan Dua Biasiswa Sarawak Kini Dibuka Untuk Sesi 2024/2025 Permohonan Dua Biasiswa Sarawak Kini Dibuka Untuk Sesi 2024/2025
Next Article Orang Awam Terkejut Temui Jasad Lelaki Tidak Bernyawa Di Sebuah Bilik Sewa Di Matang Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Hadapan Unit Apartment Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?