• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Pengurus Besar Agensi Kerajaan Negeri Sabah Mengaku Terima Suapan Dan Didenda RM15K

Oleh
Aina Musa
25 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Pengurus Besar Agensi Kerajaan Negeri Sabah Mengaku Terima Suapan Dan Didenda RM15K

Terima suapan berjumlah RM8,110

Pengurus Besar Agensi Kerajaan Negeri Sabah Mengaku Terima Suapan Dan Didenda RM15K. Pengurus besar sebuah agensi kerajaan negeri Sabah telah didenda sebanyak RM15,000 selepas mengaku salah atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM8,110 lima tahun yang lalu.

Ahmad Rudi Abd Rashid, 50 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan alternatif dibacakan di hadapan Hakim Jason di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, pada hari ini.

Pengurus Besar Agensi Kerajaan Negeri Sabah Mengaku Terima Suapan Dan Didenda RM15K. Sumber: Utusan Borneo

Menurut kertas pertuduhan alternatif, Ahmad Rudi telah membuat urusan berkaitan dengan harta iaitu wang tunai sejumlah RM8,110. Kesalahan tersebut melanggar Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) kerana menerima harta tersebut daripada pemilik Syarikat Pemborong Putramas yang dimiliki oleh Mohamad Sadeed Mohamad Said.

Perbuatan itu dilakukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria, Semporna, pada jam 5:30 petang pada 26 Februari 2019.

Bagi kesalahan tersebut, Ahmad Rudi didakwa di bawah Seksyen 26 Akta ASPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, Ahmad Rudi bertugas sebagai Pengurus Besar di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semporna, dan didakwa meluluskan Baucer Bayaran berjumlah RM8,110 kepada syarikat milik Mohamad Sadeed. Baucer tersebut adalah untuk bayaran Penyediaan Keperluan sempena Lawatan Mesyuarat LPP/MOA/JPA yang melibatkan 30 orang pada 28 hingga 31 Oktober 2018, sedangkan kerja-kerja tersebut dilakukan oleh Ahmad Rudi sendiri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, manakala Ahmad Rudi diwakili oleh peguam Dominic Chew Ban Huat.

Sebelum itu, Dominic melalui rayuan mitigasi memohon hukuman denda yang ringan berdasarkan beberapa hujahan yang dikemukakan termasuk tindakan pengakuan bersalah anak guamnya.

Ia bukan sahaja menjimatkan masa Mahkamah malah menunjukkan bahawa beliau kesal atas perbuatannya selain ingin bertaubat.

Katanya, ini juga adalah kesalahan pertama anak guamnya serta tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau malah beliau tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan tatatertib sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan hukuman denda sebanyak RM15,000 dan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Ahmad Rudi menjelaskan bahawa beliau akan membayar denda tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 10 Kawasan Panas Kecurian Kenderaan Dikenal Pasti Di Kuching
Next Article KWSP Perkenal Akaun 3, Penstrukturan Semula Akaun Mulai 11 Mei

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?