• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Peniaga Pasar Malam Foh Sang CNY Sabah Dikenakan Caj 8 Kali Ganda

Oleh
Farisha
13 Februari 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Peniaga Pasar Malam CNY Sabah Dikenakan Caj RM550

Tular Peniaga Pasar Malam Foh Sang CNY Sabah Dikenakan Caj 8 Kali Ganda. Sabah baru-baru ini dilanda kontroversi selepas pasar malam Tahun Baru Cina (CNY) di Foh Sang, Luyang, mencetuskan kemarahan ramai.

Ini kerana para peniaga terpaksa membayar caj sewa tapak yang jauh lebih tinggi daripada kadar yang biasa dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Tular Peniaga Pasar Malam Foh Sang CNY Sabah Dikenakan Caj 8 Kali Ganda
Tular Peniaga Pasar Malam Foh Sang CNY Sabah Dikenakan Caj 8 Kali Ganda. Sumber foto: The Star

Bayar RM550 Untuk 3 Hari, Padahal DBKK Caj RM60 Je?

Peniaga yang ingin berniaga di pasar malam itu diminta membayar RM550 untuk tiga hari, sedangkan DBKK hanya mengenakan caj RM20 sehari, bersamaan RM60 untuk keseluruhan acara. Perbezaan ketara ini menimbulkan persoalan: ke mana perginya lebihan wang yang dikutip?

Pejabat ADUN Luyang, yang menguruskan pasar malam ini, mendakwa caj yang lebih tinggi diperlukan untuk menampung kos acara seperti penyewaan khemah, pencahayaan, sistem bunyi, persembahan tarian singa, dan bayaran untuk sukarelawan.

Namun, Ketua Penerangan Warisan Kota Kinabalu, Samuel Wong, mempersoalkan kenapa harus ada ‘orang tengah’ yang mengaut keuntungan daripada peniaga sedangkan mereka boleh terus membayar kepada DBKK.

“Ramai yang tertanya-tanya kenapa ada pihak tengah yang mengaut keuntungan daripada peniaga yang bekerja keras dengan mengenakan bayaran RM550, sedangkan caj sebenar DBKK hanya RM60. Ke mana perginya wang selebihnya?” ujar Samuel Wong, menurut laporan media tempatan.

ADUN Luyang Pertahan Caj, Kata Tak Untung Pun

Susulan kritikan orang ramai, ADUN Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe, tampil memberi penjelasan. Menurut beliau, yuran sewa tapak itu bukan untuk mengaut keuntungan tetapi digunakan sepenuhnya untuk menampung kos acara yang menelan belanja keseluruhan RM120,000.

Beliau turut menjelaskan bahawa bayaran daripada peniaga hanya meliputi separuh daripada jumlah kos tersebut, manakala selebihnya ditampung oleh peruntukan kerajaan.

“Kami mahu mencipta pengalaman meriah dan menyeronokkan untuk komuniti, dan semua ini memerlukan kos. Acara seperti Pasar Malam Kaamatan di KDCA Hall, Penampang mengenakan bayaran lebih RM1,000 sehari melalui sistem bidaan, tetapi tidak pula mendapat kritikan sebegini.” – Datuk Phoong Jin Zhe

Walaupun ADUN Luyang memberikan penjelasan, ramai yang masih tidak puas hati. Wong mendakwa bahawa pegawai di Pusat Khidmat Rakyat Luyang gagal memberi penjelasan terperinci mengenai ke mana perginya wang lebihan yang dikutip.

Lebih mengejutkan, video rakaman yang diambil oleh Wong menunjukkan bahawa beberapa pegawai di pejabat tersebut berkata hanya mereka yang telah membayar caj RM550 sahaja berhak mempersoalkan perkara ini.

Persatuan Pengguna Sabah: Ini Dah Kira Ambil Kesempatan

Bukan sekadar orang ramai, malah Yayasan Pengguna Kebangsaan (Cawangan Sabah) turut meluahkan kebimbangan. Presidennya, David Chan, mendesak pihak penganjur untuk memberi justifikasi kepada kenaikan harga sewa tapak yang mendadak.

Beliau juga mengingatkan bahawa DBKK sebelum ini hanya mengenakan caj RM4 sahaja untuk setiap tapak gerai, dan sebarang unsur keuntungan berlebihan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Chan turut menggesa peniaga dan pengguna yang terjejas untuk melaporkan caj tidak munasabah ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kesimpulan: Siapa Yang Betul, Siapa Yang Salah?

Walaupun pihak ADUN Luyang telah memberikan justifikasi mengenai caj yang tinggi, ramai yang masih skeptikal dan menganggap ini sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap peniaga kecil. Persoalannya, adakah sewa tapak RM550 ini benar-benar diperlukan, atau ada pihak yang mengambil kesempatan atas nama ‘kos operasi’?

Sama-sama kita tunggu kenyataan lanjut daripada pihak berwajib, termasuk DBKK dan pihak kementerian berkaitan. Untuk para peniaga yang terasa terbeban, mungkin ini masanya untuk bersuara dan menuntut keadilan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Mengadu Caj ‘Graphic Designer’ Terlalu Mahal, Netizen Sekolahkan Lelaki Ini Kerana Minta Logo RM50
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kelulusan Pinjaman Jadi Lebih Cepat, Affin Bank Bakal Tubuh Ibu Pejabat Di Kuching Kelulusan Pinjaman Jadi Lebih Cepat, Affin Bank Bakal Tubuh Ibu Pejabat Di Kuching
Next Article Sabah Bakal Miliki Tiga Taman Perindustrian Baharu Untuk Tarik Pelaburan Dan Jana Ekonomi Sabah Bakal Miliki Tiga Taman Perindustrian Baharu Untuk Tarik Pelaburan Dan Jana Ekonomi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?