• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penjual Mi Di Pasar Sentral Sibu ‘Hilang’ Lebih RM200K Gara-Gara Ditipu Bomoh

Oleh
Aina Musa
28 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Penjual Mi Di Pasar Sentral Sibu 'Hilang' Lebih RM200K Gara-Gara Ditipu Bomoh

Simpanan habis sekelip mata

Penjual Mi Di Pasar Sentral Sibu ‘Hilang’ Lebih RM200K Gara-Gara Ditipu Bomoh. Seorang penjual mi di Pasar Sentral Sibu terkejut apabila wang simpanannya sebanyak RM231,792 hilang begitu saja akibat tertipu oleh tiga individu yang mengaku sebagai bomoh.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri menjelaskan bahawa wanita berusia 65 tahun tersebut telah dihampiri oleh tiga wanita yang tidak dikenali pada 23 Jun yang lalu ketika dia berada di pasar tersebut. Mereka mengaku diri mereka sebagai pakar dalam meramal nasib.

Penjual Mi Di Pasar Sentral Sibu 'Hilang' Lebih RM200K Gara-Gara Ditipu Bomoh
Penjual Mi Di Pasar Sentral Sibu ‘Hilang’ Lebih RM200K Gara-Gara Ditipu Bomoh. Kredit: Dayak Daily

Menurut beliau, salah seorang daripada suspek mendakwa sebagai warganegara China manakala dua lagi adalah rakyat tempatan.

Mereka memberitahu mangsa bahawa nasib malang akan menimpa dirinya dan dia akan terlibat dalam kemalangan yang membawa maut.

“Oleh itu, mangsa diberi nasihat untuk mengeluarkan wangnya dan menggunakan wang tersebut untuk tujuan penyembahan bagi menghalau nasib malang yang akan menimpanya,” kata beliau dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Gambar hiasan

Mohd. Azman memberitahu bahawa mangsa telah mengeluarkan semua wang simpanannya seperti yang diarahkan oleh suspek, dengan meletakkannya dalam sebuah beg berwarna biru.

Selepas itu, mangsa diminta melaksanakan sesi sembahyang dan menyerahkan beg itu kepada salah seorang daripada suspek. Setelah semuanya selesai, mangsa diberitahu supaya membawa pulang beg tersebut dan diberitahu bahawa ia hanya boleh dibuka selepas satu bulan.

Menurut beliau, mangsa baru menyedari bahawa dia telah ditipu apabila dia membuka beg tersebut pada 24 Jun dan mendapati bahawa semua wangnya telah hilang.

“Oleh itu, polis menasihatkan agar orang ramai berhati-hati terhadap individu yang mengaku sebagai bomoh dan meminta bayaran dalam jumlah harta atau wang yang besar,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika mereka menjadi mangsa penipuan siber (phone scam, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud, dan sebagainya) dan jika mereka baru sahaja melakukan pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-wallet suspek.

Baca lagi artikel menarik:

Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda
Suka-Suka Beli, Lelaki Ini Dedah Menang Loteri RM28.9 Juta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jiran Sering Parking Suka Hati Depan Pagar Rumah, Wanita Terpaksa 'Mengemis' Minta Alih Jiran Sering Parking Suka Hati Depan Pagar Rumah, Wanita Terpaksa ‘Mengemis’ Minta Alih
Next Article ‘Give Up’ Tunggu Jodoh, Wanita Nekad Kahwini Diri Sendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?