• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Cipta Perapan Ayam Pansuh Segera Untuk Mengubat Kerinduan Anak Perantau

Oleh
Husna Hazmi
28 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kini semua orang boleh masak ayam pansuh dengan mudah!

Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Cipta Perapan Ayam Pansuh Segera Untuk Mengubat Kerinduan Anak Perantau. Ayam pansuh merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat dayak Sarawak dan kini menjadi menu yang amat digemari orang ramai! Hidangan ayam pansuh ini kebiasaanya menjadi hidangan wajib bagi musim perayaan Hari Gawai.

Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Cipta Perapan Ayam Pansuh Segera Untuk Mengubat Kerinduan Anak Perantau
Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Cipta Perapan Ayam Pansuh Segera Untuk Mengubat Kerinduan Anak Perantau. Kredit gambar: Borneo Digital

Ayam pansuh perlukan ramuan secukupnya bagi melengkapkan rasa unik menu ini

Walaupun cara masak ayam pansuh ini agak ringkas, tetapi ia memerlukan bahan atau ramuan secukupnya bagi melengkapkan rasa unik menu ini. Produk rempah ayam pansuh segera ini amatlah sesuai bagi mereka yang sibuk bekerja, tinggal di rumah seperti flat, pangsapuri atau kondominium yang tiada ruang untuk membakar buluh, dan juga mereka yang tinggal di luar negara di mana bahan untuk membuat ayam pansuh ini sukar untuk didapati.

Perkara ini mencetus idea bernas kepada empat pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak untuk menghasilkan rempah ayam pansuh dalam bentuk sedia dimasak. Pada asalnya idea untuk menghasilkan rempah perapan ayam pansuh ini timbul kerana ramai anak kelahiran Sarawak yang menetap di luar negara sukar menemui bahan untuk menyediakan pansuh ini.

Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Cipta Perapan Ayam Pansuh Segera Untuk Mengubat Kerinduan Anak Perantau
Kredit gambar: Utusan Borneo

Inovasi rempah perapan ayam pansuh ini masih lagi baharu

“Idea asalnya, kami berempat nak buat dalam bentuk perencah tetapi tidak pratikal disebabkan mudah rosak. 

“Jadi kami menghasilkan dalam bentuk rempah yang mana lebih pratikal dan sedia untuk dimasak. 

“Cara memasaknya sangat mudah iaitu diperap dan dimasak dalam periuk atau dalam buluh dengan video penyediaan masakan turut disediakan pada pek bungkusan,” jelas beliau.

Tambah Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 itu lagi, buat masa ini rempah perapan ayam pansuh ini dijual di pasaran tempatan dan dikomersialkan oleh BITCOM UiTM Cawangan Sarawak. Memandangkan inovasi rempah perapan ayam pansuh ini masih lagi baharu, pihaknya masih mencari cara untuk pengeluaran dalam jumlah yang lebih besar. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berjaya Padam Kebakaran Sebelum Bomba Tiba, Tindakan Penduduk Kasit Sungai Liuk Mukah Dianggap Berani Berjaya Padam Kebakaran Sebelum Bomba Tiba, Tindakan Penduduk Kasit Sungai Liuk Mukah Dianggap Berani
Next Article Amaran Hujan Dijangka Berterusan Sehingga 3 Januari 2022 Di Timur Sabah- MetMalaysia Amaran Hujan Dijangka Berterusan Sehingga 3 Januari 2022 Di Timur Sabah- MetMalaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?