Percutian 9H8M ke Bangkok dan itinerari yang menarik dengan penuh aktiviti di sana
Penuh Dengan Aktiviti, Itinerari Melancong 9 Hari 8 Malam Ke Bangkok. Rakyat Malaysia memilih Hatyai dan Phuket sebagai destinasi percutian apabila mereka melancong ke Thailand. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat beberapa lagi destinasi ‘best’ di Thailand untuk anda melancong.
Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut tempat yang seronok untuk dilawati di Thailand ni mari kita ikuti perkongsian daripada Naseer Othman seperti yang dikongsinya di Facebook, memetik sumber dari Siakap keli.
Menurut Naseer, dia menghabiskan RM1,191 sahaja di Thailand selama sembilan hari lapan malam. Jimat kan? Bagaimanapun, difahamkan perjalanannya dimulakan pada 31 Mei lalu dengan menaiki pesawat AirAsia dari Pulau Pinang ke Dong Mueng.

Namun, disarankan untuk menempah tiket penerbangan terlebih awal sekiranya dimulakan dari Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi pelancong yang mahu pergi dari Sarawak, perlu menempah dua ‘flight’ iaitu, dari Sarawak ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Bangkok.
Hari pertama

- Sampai sahaja ke lapangan terbang Dong Mueng, Naseer mengambil bas untuk pergi ke Mo chit dengan menggunakan bus A1 blue. Harga tiket bagi perjalanan tersebut sebanyak 30 baht atau RM4 sahaja.
- Pada malam pertama Naseer di sana, dia telah menginap di sebuah hotel tiga bintang. Untuk malam pertama, Naseer hanya beli makan malam di 7Eleven kerana kedai makanan halal yang berdekatan sudah tutup pada malam tersebut.
Hari kedua

- Hari kedua Naseer memulakan harinya dengan bersarapan pagi di Rahim Halal Food. Kemudian dia bergerak ke Pattaya pada jam 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa sekitar dua jam menaiki bas dengan perbelanjaan sebanyak RM21.
- Semasa di Pattaya, Naseer telah menginap di hotel Ambiance selama dua malam dengan bayaran RM100 untuk satu malam.
- Sementara itu, dia pergi ke ‘pasar terapung’ untuk makan tengah hari menaiki Sonthaew dengan bayaran RM13 serta tiket masuk pasar terapung sebanyak RM26.
- Makan malam nasi ayam, kemudian berjalan kaki sekitar Pattaya menghabiskan hari kedua.
Hari ketiga

- Pergi ke Buakhao Market, kemudian bertolak ke ‘Santuary of truth’ dengan bayaran RM36.
- Tambah Naseer, kalau beli dekat Klook akan dapat murah sebanyak RM10 berbanding ‘walk in’. Naseer turut pergi ke Terminal 21 Pattaya menaiki van dengan bayaran RM13.
- Seterusnya bergerak ke The Lunar Beach House naik motor teksi bayaran RM8.
- Makan malam menu sama iaitu nasi ayam sebelum pusing berjalan Pattaya Night Bazaar.
Hari keempat

- Pergi sarapan pagi dan bergerak ke pasar hujung minggu Chatuchak untuk makan tengah hari.
- Naseer kemudian ‘check in’ pula di Grand President Bangkok dengan bayaran RM95. Rehat di hotel dan seterusnya pergi makan malam.
- Sebelum balik ke hotel, Naseer sempat singgah ke ‘Jodd Fairs night market’ menaiki motor teksi dengan bayaran RM3.
Hari kelima- Kanchanaburi

- Naik kereta api dari Thon Buri ke Thamkra Sae dengan bayaran tiket RM13 yang dibeli di kaunter jualan.
- Berhenti seketika di Thankra Sae dan Krasae Cave untuk menikmati pemandangan. Seterusnya kereta api bergerak ke Kanchanaburi.
- Naseer turut menyewa motosikal dengan bayaran RM33 sehari dan memerlukan lesen sebagai deposit.
- Naseer kemudiannya ‘check in’ di Chez Bure Homestay Kanchanaburi dengan bayaran RM74. Lepas check in, Naseer pergi makan tengah hari di Zubra Farm Islamic Food.
- Pada sebelah malam pergi ke sungai Khwae Bridge dan JJ Night Market Kanchanaburi.
Hari keenam

- Sarapan pagi beli dekat 7Eleven sahaja dan bergerak ke Safari World dengan bayaran RM73 serta RM6 untuk makanan haiwan di zoo tersebut.
- Lepas puas pergi zoo, Naseer pergi pula ke Zubra Farm Islamic Food untuk makan tengah hari. Menurut Naseer makanan di sini sedap-sedap.
- Lepas makan tengah hari, Naseer check out dan pulangkan motosikal yang disewa semalam.
- Perjalanan Naseer seterusnya mahu pergi ke Thonburi menaiki kereta api dengan bayaran tiket RM13.
- Sampai Thonburi check in pula di Kaya Heritage Hotel dengan bayaran RM98 untuk satu malam. Macam biasa makan malam kali ini hanya beli di 7Eleven.
Hari ketujuh- Samut Sakhon

- Pukul 7.00 pagi Naseer bergerak ke Sai Tai Mai dengan menaiki bas. Kemudian dia bergerak pula pergi ke Maeklong Railway market menaiki minivan dengan bayaran RM13.
- Di sini, Naseer check in di The Home Hotel dengan bayaran RM35 satu malam. Kemudian pergi makan tengah hari di Mini Plaza yang banyak buka gerai makanan halal.
- Pada pukul 3.00 petang pergi Chocolate Ville menaiki bot dengan bayaran RM9. Tiket untuk masuk ke Chocolate Ville dijual pada harga RM13 seorang.
- Pada malam pergi ke Ramkhamhaeng Night Market untuk cari makan malam.
Hari kelapan- Bangkok City

- Hari kelapan ini Naseer pergi ke Ibis Bangkok Riverside untuk check in menaiki bot. Penginapan Naseer kali ini hanya RM32 untuk satu malam.
- Untuk makan tengah hari, Naseer pergi ke Samat Muslim Food di Krung Thonburi. Seterusnya Naseer singgah ke Pratu Nam Market dan Halal Street Food Shop.
- Naseer kemudian pergi ke Siam Pargon, Bangkok Art & Culture Centre, Patpong Night Marekt dan terakhir ke Icon Siam di Sala Daeng.
Hari kesembilan terakhir
- Check out hotel kemudian bergerak ke lapangan terbang untuk balik ke Malaysia.
Menarik kan perjalanan percutian selama sembilan hari lapan malam ni? Diharapkan dengan berkongsi maklumat ini, anda akan dapat mengatur perjalanan anda ke Thailand dengan lebih baik pada masa akan datang tdan menempah tiket lebih awal adalah terbaik.