• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penumpang Kongsi Pengalaman Di TikTok, Kandas Dalam Keretapi Di Sabah Akibat Tanah Runtuh

Oleh
ILB - AI
11 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tanah runtuh dan penumpang kandas dalam keretapi di Terowong Papar

Penumpang Kongsi Pengalaman Di TikTok, Kandas Dalam Keretapi Di Sabah Akibat Tanah Runtuh. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, sudah pasti banyak juga rentetan kejadian mula berlaku kesan daripada hujan yang berpanjangan seperti banjir dan ada juga kejadian tanah runtuh.

Di Papar, Sabah, sebuah kereta api telah dilaporkan terkandas di landasan Terowong Papar akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku. Banyak penumpang terkandas di dalam gerobok keretapi tersebut dan pihak yang berwajib mula giat membantu.

Penumpang Kongsi Pengalaman Di TikTok, Kandas Dalam Keretapi Di Sabah Akibat Tanah Runtuh
Penumpang Kongsi Pengalaman Di TikTok, Kandas Dalam Keretapi Di Sabah Akibat Tanah Runtuh. Sumber gambar: astro AWANI

Suasana gelap, sempit dan penuh lumpur

Satu perkongsian di akaun Tiktok telah tular apabila pemilik telah berkongsi keadaan sebenar penumpang yang terkandas di dalam kereta api tersebut. Dengan keadaan suasana yang mula gelap dan dikawasan yang sempit, pastinya penumpang akan mula resah terutamanya anak-anak kecil dan orang tua yang lanjut usia.

Penumpang Kongsi Pengalaman Di TikTok, Kandas Dalam Keretapi Di Sabah Akibat Tanah Runtuh
Penumpang Kongsi Pengalaman Di TikTok, Kandas Dalam Keretapi Di Sabah Akibat Tanah Runtuh. Sumber gambar: TikTok @j.azwa

Dapat disaksikan juga melalui perkongsian tersebut dimana kelihatan seorang anggota polis masuk ke dalam kereta api untuk menenangkan penumpang serta memberi arahan untuk keluar daripada keretapi dalam keadaan berlumpur.

Bergerak sepanjang 300 meter dengan tanah kuning dan lumpur dalam sebelum berkumpul

Bahkan, mereka perlu berjalan kaki dengan keadaan tanah kuning dan lumpur yang dalam sepanjang 300 meter untuk sampai ke kampung berdekatan. Setiba mereka di kampung dan menumpang di rumah penduduk, mereka telah menaiki truk banduan untuk ke balai polis Papar.

Penumpang Kongsi Pengalaman Di TikTok, Kandas Dalam Keretapi Di Sabah Akibat Tanah Runtuh
Penumpang Kongsi Pengalaman Di TikTok, Kandas Dalam Keretapi Di Sabah Akibat Tanah Runtuh. Sumber gambar: TikTok @j.azwa

Menurut pihak Jabatan Keretapi Negeri Sabah, kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 7.30 malam. Jadi, semua aktiviti menyelamatkan mangsa dilakukan dalam keadaan sekitar yang gelap.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ambo Sakka mengesahkan bahawa tiada laporan kemalangan jiwa yang diterima setakat ini walaupun jumlah sebenar mangsa yang terkandas masih belum dapat dipastikan.

Semoga keadaan mangsa baik-baik sahaja dan tiada mangsa yang tercicir yang masih terkandas di dalam keretapi.

Musim tengkujuh ini, kita kena lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan seperti banjir. Banyak yang terkesan seperti dalam artikel dibawah:

Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir
Laluan Dua Hala Di Ulu Sebauh Bintulu Terputus Akibat Banjir
SUMBER :Astro AWANI@j.azwa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah, Sarawak Jadi Antara Lokasi Untuk Menyaksikan Fenomena Cerapan Juraian Meteor Orionids
Next Article Jumlah Mangsa Banjir Pindah Ke Pusat Pemindahan Di Sarawak Meningkat Jumlah Mangsa Banjir Pindah Ke Pusat Pemindahan Di Sarawak Meningkat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?