• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penumpang Sibu Ketakutan, Juruterbang Selamba ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan

Oleh
Aina Musa
1 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Penumpang Sibu Ketakutan, Juruterbang Selamba 'Naik Mengejut' Elak Pesawat Lain Di Landasan

Penerbangan dari Sibu ke Kuala Lumpur

Penumpang Sibu Ketakutan, Juruterbang Selamba ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan. Para penumpang dalam penerbangan syarikat tambang murah baharu dari Sibu ke Kuala Lumpur meraung ketakutan dalam satu insiden yang mencemaskan semasa pesawat tersebut hendak melakukan pendaratan di Kuala Lumpur (KLIA) 2 semalam.

Mengulas insiden itu, Pengerusi SUPP Dudong Wong Ching Yong yang menumpang pesawat tersebut berkata, pesawat itu terpaksa membatalkan pendaratan ketika hampir tiba di landasan KLIA 2 kerana terdapat pesawat lain berada di landasan berkenaan.

“Ramai penumpang dalam penerbangan Z98202 menjerit apabila pesawat itu tiba-tiba membuat tujahan menaik pada sudut yang curam dengan enjin mengaum dengan sangat kuat pada ketika menghampiri terminal.

Penumpang Sibu Ketakutan, Juruterbang Selamba 'Naik Mengejut' Elak Pesawat Lain Di Landasan
Penumpang Sibu Ketakutan, Juruterbang Selamba ‘Naik Mengejut’ Elak Pesawat Lain Di Landasan. Kredit: Borneo Network

Penumpang cemas dan takut

“Saya dan penumpang yang duduk di sebelah saya sangat takut,” katanya menerusi kenyataan media malam tadi. Tambahnya lagi, selang seminit kemudian, kapten mengumumkan bahawa beliau terpaksa membatalkan pendaratan kerana terdapat sebuah kapal terbang di landasan.

“Ia adalah satu pendedahan yang mengejutkan oleh kapten yang meminta maaf dan memaklumkan kepada kami bahawa pesawat itu akan mendarat 10 minit kemudian.

“Kali ini, pesawat itu mendarat di Terminal 2 KLIA tanpa sebarang halangan.

“Namun, penumpang amat tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilalui dan mengadu sesama sendiri semasa keluar dari pesawat.

Penumpang Sibu Ketakutan, Juruterbang Selamba 'Naik Mengejut' Elak Pesawat Lain Di Landasan

Wong berkata ini adalah kali pertama beliau terbang ke KL melalui syarikat tambang murah terbabit yang berlepas dari Lapangan Terbang Sibu pada 3.35 petang dan dijadualkan mendarat pada 5.10 petang dengan perjalanan lancar dan cuaca baik.

Sehubungan itu, beliau yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan menuntut jawapan dan penjelasan daripada syarikat penerbangan dan menara kawalan tentang apa yang menyebabkan pendaratan itu dibatalkan yang mana ia berisiko boleh meragut nyawa penumpang.

Tegasnya, ini kali pertama beliau mengalami pendaratan yang seumpama itu yang ia dibatalkan kerana terdapat pesawat lain yang masih berada di landasan.

“Siapa yang salah, syarikat penerbangan atau menara kawalan?

“Adakah ia kesilapan manusia atau teknikal atau keadaan cuaca buruk atau faktor lain yang tidak diketahui?” soalnya lagi.

Wong turut menuntut laporan terperinci mengenai jarak antara pesawat di landasan dan pesawat yang menghampiri untuk mendarat apabila kapten memutuskan untuk membatalkan pendaratan.

“Siapa yang memaklumkan juruterbang? Adakah menara kawalan atau sistem amaran automatik pesawat atau juruterbang sendiri melihat pesawat lain di landasan?

Selain itu, beliau juga mahu sektor berkaitan mendedahkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi.

Ini tegasnya demi keselamatan penerbangan, orang ramai khususnya penumpang menuntut jawapan dan penjelasan yang jujur ​​daripada kedua-dua pihak iaitu syarikat penerbangan dan menara kawalan.
Setakat berita ini ditulis, pihak syarikat penerbangan belum membuat sebarang kenyataan rasmi.

Baca lagi artikel terkini:

Gaya Hidup Tak Sihat Mungkin Punca Hospital Sesak, Timbalan PM Cadang Promosi Budaya Hidup Sihat
Dipaksa Batal Persembahan, Penari Terkilan Disingkir ‘Last Minute’ Di Stadium Perpaduan Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gaya Hidup Tak Sihat Mungkin Punca Hospital Sesak, Timbalan PM Cadang Promosi Budaya Hidup Sihat Gaya Hidup Tak Sihat Mungkin Punca Hospital Sesak, Timbalan PM Cadang Promosi Budaya Hidup Sihat
Next Article Port Makan Kegemaran Ramai, Nikmati Menu Thailand Authentic Di Nana Modern Thai Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?