• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penutupan Beberapa Jalan Sekitar Kuching Sempena Perarakan Hari Wesak

Oleh
Aina Musa
29 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Penutupan Beberapa Jalan Sekitar Kuching Sempena Perarakan Hari Wesak

Beberapa Jalan sekitar Kuching terpaksa ditutup esok

Penutupan Beberapa Jalan Sekitar Kuching Sempena Perarakan Hari Wesak. Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan melakukan penutupan jalan dan lencongan sempena perarakan Hari Wesak, di Padang Jubilee, di sini, esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, perarakan tersebut merupakan anjuran Persatuan Buddhist Malaysia dan melibatkan seramai 2,000 orang serta 14 buah kenderaan pelbagai jenis.

Penutupan Beberapa Jalan Sekitar Kuching Sempena Perarakan Hari Wesak
Penutupan Beberapa Jalan Sekitar Kuching Sempena Perarakan Hari Wesak. Kredit: Suara Sarawak

Ini antara jalan yang terlibat

Katanya, laluan yang akan dilalui oleh perarakan ini adalah Jalan Padungan, Jalan Bulatan Sri Aman, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Temple, Jalan Tabuan, Jalan Ban Hock, Lorong Central Timur 3 dan Padang Jubilee.

Sementara katanya, lokasi jalan yang akan ditutup melibatkan jalan di lampu isyarat St Mary dan Bulatan Sri Aman, lampu isyarat Jalan Padungan dan Jalan Pending.

“Penutupan dan lencongan jalan ini bermula jam 4.30 petang hingga 11.30 malam.

Penutupan Beberapa Jalan Sekitar Kuching Sempena Perarakan Hari Wesak

“Penutupan dan lencongan jalan ini adalah bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian aliran trafik oleh pegawai polis yang bertugas agar tidak menggangu pengguna jalan raya yang lain yang ingin melakukan aktiviti harian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Warga Kuching dijemput hadir memeriahkan perarakan tersebut!

Beliau berkata, orang ramai yang ingin hadir menyaksikan perarakan itu dinasihatkan untuk meletak kenderaan di lokasi yang ditetapkan iaitu di Medan Letak Kenderaan Padang Jubilee dan Medan Letak Kereta Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi isyarat kawalan lalu lintas yang diarahkan oleh pegawai polis yang bertugas dan dilarang meletakkan kenderaan di bahu jalan yang boleh menggangu aliran trafik dan menyebabkan kesesakan.

Baca lagi artikel menarik:

Terserempak ‘Sosok Misteri’ Di Taman MBKS, Perkongsian Wanita Ini Buat Netizen Seram
Daihatsu Akui Salah Laku Dalam Ujian Keselamatan, Perodua Axia 2023 Dan Toyota Vios Antara Terjejas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Daihatsu Akui Salah Laku Dalam Ujian Keselamatan, Perodua Axia 2023 Dan Toyota Vios Antara Terjejas Daihatsu Akui Salah Laku Dalam Ujian Keselamatan, Perodua Axia 2023 Dan Toyota Vios Antara Terjejas
Next Article Tradisi Unik Pada Aidilfitri, Ketahui Adat ‘Berlanggar Meja’ Yang Hanya Ada Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?